E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)
MANASIK2025 Putrajaya, Malaysia, 7-8 Oktober 2025 544 pendekatan bimbingan yang lebih menekankan dimensi maqasid di sebalik keringanan hukum. Bahagian C: Tahap Penghayatan Maqasid Walaupun kefahaman jemaah terhadap maqasid berada pada tahap tinggi, analisis menunjukkan bahawa aspek penghayatan masih sedikit rendah. Skor purata bagi item penghayatan berada antara min 4.54 hingga 4.92, dengan aspek tauhid, ikhlas, dan zikrullah mencatat nilai tertinggi. Sebaliknya, aspek ukhuwah, akhlak, dan taysir berada pada kedudukan lebih rendah, meskipun masih dalam kategori tinggi. Keadaan ini memperlihatkan bahawa jemaah lebih mudah menguasai maqasid yang bersifat individu dan rohani, berbanding maqasid yang menuntut dimensi sosial dan kolektif. Rajah : Tahap Kefahaman dan Penghayatan Maqasid Soalan C11 yang menilai persepsi terhadap keseimbangan fiqh – maqasid dalam modul bimbingan pula mencatat skor sederhana (min = 3.82). Pecahan data menunjukkan lebih separuh responden (51.9%) bersetuju bahawa bimbingan lebih menekankan fiqh berbanding maqasid, manakala 20.8% tidak bersetuju, dan 27.3% memilih neutral. Dapatan ini memberi gambaran bahawa walaupun fiqh sememangnya perlu menjadi asas kepada tatacara ibadah, penekanan terhadap maqasid masih perlu diperkukuh agar kedua-duanya dapat diintegrasikan secara lebih harmoni. Rajah : Tahap Kefahaman dan Penghayatan Maqasid
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=