E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)
MANASIK2025 Putrajaya, Malaysia, 7-8 Oktober 2025 543 ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN Bahagian A : Demografi Responden Kajian ini melibatkan seramai 1269 responden jemaah Muassasah musim Haji 1446H. Dari sudut jantina, majoriti responden ialah wanita (61.1%), manakala selebihnya lelak (38.9%). Dari segi umur, kumpulan terbesar responden berumur 50 – 59 tahun (38.6%), diikuti 40 – 49 tahun (25.5%), 60 tahun ke atas (23.4%), dan selebihnya bawah 40 tahun (12.5%). Taburan ini mencerminkan realiti jemaah Malaysia yang kebanyakannya berada dalam lingkungan usia pertengahan hingga lanjut, dengan komposisi wanita yang lebih besar berbanding lelaki. Hal ini memberi implikasi bahawa bahan bimbingan perlu mengambil kira keperluan spesifik jemaah wanita serta pendekatan mesra usia. Rajah 1 : Taburan jantina dan taburan umur responden Bahagian B : Tahap Kefahaman Maqasid Dapatan kajian menunjukkan tahap kefahaman maqasid jemaah berada pada tahap yang sangat tinggi. Semua item mencatatkan min melebihi 4.6, menandakan bahawa majoriti jemaah mampu memahami dengan baik tujuan dan hikmah di sebalik ibadah haji. Antara kesemua item, tauhid muncul sebagai aspek tertinggi (min = 4.92), diikuti rapat oleh elemen ikhlas, sabar, dan mengikuti sunnah Rasulullah SAW (masing-masing min = 4.91). Dapatan ini memberi gambaran bahawa dimensi spiritual seperti mengesakan Allah, menjaga keikhlasan, dan meneladani sunnah Rasulullah SAW benar-benar difahami dan menjadi asas kefahaman jemaah. Sementara itu, aspek rukhsah atau keringanan mencatatkan skor terendah (min = 4.61), walaupun masih berada dalam kategori tinggi. Hal ini menunjukkan bahawa jemaah kurang menguasai konsep keringanan hukum berbanding aspek maqasid lain. Walaupun hukum rukhsah disediakan untuk memudahkan ibadah, sebahagian jemaah mungkin masih ragu-ragu mengaplikasikannya, atau tidak sepenuhnya memahami rasional maqasid di sebaliknya. Keadaan ini selari dengan pemerhatian Raihanah et al. (2018) yang menegaskan perlunya penjelasan maqasid dalam isu mabit di Muzdalifah agar jemaah tidak sekadar melihatnya sebagai pengecualian teknikal, tetapi sebagai sebahagian daripada tujuan syariah. Secara keseluruhan, dapatan Bahagian B memperlihatkan bahawa kefahaman jemaah terhadap maqasid sangat kukuh khususnya dalam aspek tauhid, ikhlas, zikrullah dan sabar. Namun, ruang untuk memperkukuh kefahaman terhadap konsep rukhsah masih wujud, yang boleh diperhalusi melalui
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=