E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)

MANASIK2025 Putrajaya, Malaysia, 7-8 Oktober 2025 537 Kerangka Konsep Model AI-Mutawwif Emotional Support Model (AI-MESM) Kerangka konsep Model AI-Mutawwif Emotional Support Model (AI-MESM) dibangunkan bagi menangani cabaran psikososial jemaah haji dengan menggabungkan kelebihan mutawwif tradisional dan kecerdasan buatan (AI). Model ini disusun dalam tiga komponen utama: input, mekanisme intervensi dan output. Pada peringkat input, jemaah berdepan cabaran fizikal dan emosi seperti keletihan, kepanasan, kerinduan keluarga, tekanan ibadah dan keperluan bimbingan spiritual. Keadaan ini mencetuskan stres yang boleh menjejaskan fokus dan kesejahteraan mereka (Alzeer, 2024; Mohammed et al., 2024). Mekanisme intervensi merupakan teras model ini. Dari aspek teknologi, AI berperanan menyediakan panduan ibadah pintar (contoh: aplikasi yang memberi notifikasi masa dan langkah ritual), analitik emosi berasaskan wearable dan teks untuk mengesan tahap tekanan, serta chatbot berasaskan CBT yang memberi sokongan psikososial asas (Farzan et al., 2025; MacNeill et al., 2024). Mutawwif pula kekal sebagai mediator spiritual dan moral, memberi validasi sah ibadah, motivasi dan sokongan rohani. Integrasi ini menjadikan mutawwif lebih berkesan kerana mereka mempunyai akses kepada maklumat tambahan yang diproses AI mengenai keadaan emosi jemaah. Akhir sekali, output model menekankan impak positif iaitu kestabilan emosi jemaah, peningkatan fokus dan kekhusyukan dalam ibadah serta pengalaman haji yang lebih positif. Peranan mutawwif juga diperkasa kerana mereka dilengkapi sokongan data dan teknologi. Daripada segi teori, model ini disandarkan kepada tiga asas. Teori Kecerdasan Emosi menjelaskan keupayaan jemaah mengurus emosi boleh ditingkatkan dengan sokongan latihan psikologi dan teknologi motivasi (Thalib et al., 2024). Teori Stres dan Coping (Maryam, S., 2017) pula menerangkan bahawa tekanan haji dapat diatasi melalui coping strategi yang disokong oleh AI (seperti pengesanan stres masa • KESTABILAN EMOSI • FOKUS DAN KHUSYUK MENINGKAT • PENGALAMAN POSITIF • PERANAN MUTAWIF DI PERKASA TEORI KECERDASAN EMOSI (2024) TAM/UTAUT TEORI STRES & COPING CABARAN DAN KEPERLUAN JEMAAH MEKANISME AI + MUTAWWIF OUTPUT & IMPAK • KELETIHAN FIZIKAL • TEKANAN PSIKOSOSIAL • KERINDUAN • KEPELUAN BIMBINGAN SPRITUAL AI • PANDUAN IBADAH • ANALITIK EMOSI • CHATBOT MUTAWIFF • BIMBINGAN SPIRITUAL • SOKONGAN MORAL • VALIDASI IBADAH

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=