E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)

MANASIK2025 Putrajaya, Malaysia, 7-8 Oktober 2025 534 kurang diteroka secara mendalam (Abdoh, 2025). Di pihak teknologi, penyelidikan kesihatan digital menunjukkan bahawa chatbot berasaskan AI untuk sokongan psikologi/ terapi tingkah laku kognitif (CBT) berpotensi meningkatkan kesejahteraan emosi pengguna dan menjadi pelengkap yang mudah diakses (MacNeill et al., 2024; Farzan et al., 2025), manakala ulasan sistematik tentang penderia boleh pakai memperlihatkan keupayaan pengesanan tekanan berterusan menggunakan metrik fisiologi untuk amaran awal dan saranan kendiri (Pinge et al., 2024; Ismail et al., 2024). Walau bagaimanapun, aspek etika, keselamatan penggunaan dan integrasi dengan sokongan manusia perlu dirangka dengan teliti (Moylan et al., 2025). Berasaskan jurang-jurang ini, kertas konsep ini mensasarkan tiga objektif yang bersepadu dengan pernyataan masalah: (1) mengenal pasti cabaran emosi utama jemaah haji Malaysia dan batasan intervensi semasa berasaskan peranan mutawwif dan teknologi sedia ada (Alzeer, 2024; Buchari et al., 2020); (2) menilai potensi aplikasi AI — termasuk analitik emosi, chatbot kaunseling berasaskan CBT dan integrasi penderia boleh pakai — untuk menyokong kesejahteraan emosi jemaah dalam konteks haji (MacNeill et al., 2024; Farzan et al., 2025; Pinge et al., 2024); (3) membangunkan model konseptual AI-Mutawwif Emotional Support (AI-MESM) yang mengintegrasikan sokongan spiritual mutawwif dengan keupayaan AI secara beretika, selamat dan mesra pengguna bagi meningkatkan pengalaman ibadah. PENGALAMAN EMOSI JEMAAH HAJI Pengalaman haji bukan sekadar ritual ibadah, tetapi juga perjalanan emosi yang mendalam. Kajian oleh Alzeer (2024) menekankan bahawa jemaah melaporkan kepelbagaian emosi sepanjang ibadah, daripada rasa syukur dan kebersamaan hingga tekanan, kerinduan keluarga, dan keletihan fizikal. Beliau menyatakan bahawa faktor persekitaran seperti cuaca panas, kesesakan manusia, serta ritual fizikal intensif menyumbang kepada tekanan psikologi yang signifikan. Keadaan ini menunjukkan perlunya pendekatan sokongan yang menggabungkan aspek spiritual dan psikososial. Kajian empirikal menggunakan teknologi sensor juga menyokong dapatan ini. Alshamrani et al. (2025) menjalankan analisis menyeluruh menggunakan data wearable dan remote sensing bagi mengukur tahap tekanan dan keletihan jemaah haji. Hasil kajian mendapati bahawa jemaah mengalami variasi tekanan fizikal dan mental yang boleh dijejaki secara masa nyata melalui data biometrik seperti kadar denyut jantung dan pola tidur. Penyelidikan ini mengesahkan bahawa tekanan emosi jemaah bukan sekadar persepsi subjektif, tetapi boleh diukur secara saintifik. Selain itu, kajian oleh Mohammed et al. (2024) mengenai kejadian syncope (pengsan) dalam kalangan jemaah domestik menunjukkan hubungan rapat antara tekanan fizikal, persekitaran, dan impak psikologi. Faktor pencetus seperti berdiri lama dan cuaca panas bukan sahaja menjejaskan kesihatan fizikal, tetapi juga meningkatkan keresahan emosi dalam kalangan jemaah. Dapatan ini menekankan bahawa pengalaman emosi jemaah perlu ditangani secara holistic, bukan sahaja dari sudut ibadah, tetapi juga kesihatan fizikal dan kesejahteraan mental. PERANAN MUTAWWIF DALAM PENGURUSAN HAJI Mutawwif memainkan peranan penting dalam membimbing jemaah dari sudut ritual dan spiritual. Kajian oleh Buchari et al. (2020) menegaskan bahawa mutawwif bukan sahaja pembimbing teknikal dalam pelaksanaan manasik, tetapi juga berfungsi sebagai penghubung emosi yang meningkatkan kesetiaan dan kepuasan jemaah. Namun, bilangan jemaah yang terlalu ramai menghadkan kemampuan mutawwif untuk memberi sokongan individu secara mendalam. Kajian lapangan di Malaysia dan Indonesia menunjukkan bahawa mutawwif sering menjadi rujukan utama ketika jemaah berdepan cabaran emosi. Walau bagaimanapun, kebergantungan total kepada mutawwif boleh menimbulkan jurang kerana keterbatasan masa, kapasiti dan kompetensi psikologi

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=