E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)
MANASIK2025 Putrajaya, Malaysia, 7-8 Oktober 2025 533 MODEL AI-MUTAWWIF MEDIUM SOKONGAN EMOSI BERASASKAN KECERDASAN BUATAN UNTUK JEMAAH HAJI MALAYSIA: SATU KAJIAN KONSEP Wan Nurdiana Wan Ibrahim ( corresponding author ), Nurul Nadirah Abu Hasan Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Malaysia Emel: wannurdiana@gmail.com ABSTRAK Ibadah haji merupakan pengalaman kerohanian yang agung tetapi penuh cabaran, melibatkan aspek fizikal, logistik, serta kestabilan emosi jemaah. Tekanan akibat kesesakan, keletihan, kerinduan keluarga, dan tuntutan ibadah sering mempengaruhi pengalaman psikososial jemaah haji. Secara tradisi, mutawwif memainkan peranan penting sebagai pembimbing ibadah dan pemberi sokongan moral. Namun, dengan perkembangan teknologi, peranan ini berpotensi diperkukuh melalui integrasi kecerdasan buatan (AI) bagi menyokong kesejahteraan emosi jemaah. Kertas konsep ini mencadangkan Model AI-Mutawwif Emotional Support (AI-MESM) sebagai outcome kajian, yang menggabungkan fungsi tradisional mutawwif dengan teknologi pintar. Model ini berasaskan tiga komponen utama: (i) input berupa cabaran dan keperluan emosi jemaah, (ii) mekanisme sokongan AI melalui sistem panduan ibadah pintar, analitik emosi, kaunseling maya dan integrasi peranti boleh pakai (wearable) serta (iii) output yang menjangkakan kestabilan emosi, peningkatan pengalaman ibadah dan pengukuhan peranan mutawwif. Kajian ini diharapkan dapat menyumbang kepada literatur haji pintar dan psikologi ibadah, di samping menyediakan asas bagi pembangunan modul latihan mutawwif digital yang menitikberatkan aspek sokongan psikososial berasaskan teknologi AI. Kata kunci: Haji pintar, AI, mutawwif digital, sokongan emosi, pengalaman jemaah. PENDAHULUAN Ibadah haji merupakan pengalaman kerohanian yang agung namun sarat cabaran fizikal, logistik dan psikososial. Kajian semasa menunjukkan ibadah ini menimbulkan spektrum emosi, daripada ketenangan rohani kepada tekanan dan keletihan yang boleh menjejaskan fokus ibadah sekiranya tidak ditangani secara sistematik (Alzeer, 2024). Dalam konteks perhimpunan mega seperti haji, bukti terkini menggunakan penderia boleh pakai dan pemetaan persekitaran menunjukkan kewujudan tekanan fizikal-psikologi yang ketara dalam kalangan jemaah (Alshamrani et al., 2025), ianya mengukuhkan lagi keperluan pemantauan dan intervensi yang proaktif. Secara tradisi, mutawwif berperanan sebagai pembimbing manasik, penyelaras logistik dan pemberi sokongan moral. Literatur berkaitan menunjukkan peranan mutawwif mempengaruhi pengalaman dan kesetiaan jemaah, namun terdapat kekangan dari segi skala dan intensiti sokongan yang boleh diberikan apabila bilangan jemaah meningkat (Buchari et al., 2020). Seiring dengan kemajuan teknologi, AI dan sistem digital lain telah mula diterapkan dalam pengurusan haji/umrah, tetapi tumpuan utama masih pada kecekapan logistik dan kawalan orang ramai; dimensi sokongan emosi dan psikososial masih
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=