E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)

MANASIK2025 Putrajaya, Malaysia, 7-8 Oktober 2025 531 praktikal haji membantu meningkatkan kefahaman pelajar terhadap ibadah secara menyeluruh. Hal ini menunjukkan gabungan tunjuk ajar tradisional dengan pendekatan interaktif berjaya mengekalkan minat serta meningkatkan pemahaman pelajar. Dari segi kepuasan keseluruhan, modul ini mendapat penilaian amat tinggi. Semua responden bersetuju modul sesuai dijadikan bahan rujukan, malah lebih 50% mencadangkan penggunaannya diperluaskan dalam program Diploma Haji dan Umrah. Keputusan ini membuktikan Modul KAH mempunyai nilai akademik dan praktikal yang tinggi serta wajar dijadikan modul asas dalam kurikulum rasmi. Kesepakatan positif ini menunjukkan tahap keberkesanan modul bukan sahaja pada isi kandungan, tetapi juga dari aspek kesesuaian penggunaannya secara lebih meluas. Selain itu, integrasi AI dalam PdP turut memberi impak positif. Antara aplikasi yang digunakan termasuk bahan visual, video simulasi, set kuiz, dan nota ringkas berbentuk formula hafalan. Inisiatif ini membantu pelajar memahami teori serta menguasai amalan praktikal ibadah dengan lebih efektif. Nota ringkas berformula seperti N.I.A.T, W.A.K.T.U, dan T.A.W.A.F memudahkan hafalan rukun- rukun haji. Penggunaan AI ini menunjukkan pendekatan moden dapat melengkapkan pembelajaran tradisional, sekali gus meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dalam program Diploma Haji dan Umrah. PENUTUP Kajian ini membuktikan bahawa Modul Kursus Asas Haji (KAH) sesuai dijadikan rujukan pembelajaran utama dalam kalangan pelajar Diploma Haji dan Umrah di Kolej Profesional MAIWP. Berdasarkan soal selidik yang melibatkan 38 responden, dapatan menunjukkan modul ini berkesan dari segi kandungan kerana membantu pelajar memahami rukun haji, larangan ihram, serta susunan topik yang jelas dan sistematik. Penilaian positif ini menegaskan bahawa modul bukan sahaja relevan untuk kegunaan bakal jemaah, tetapi juga berpotensi digunakan secara lebih meluas dalam pendidikan formal. Selain itu, pendekatan penyampaian melalui bahan visual, tunjuk ajar, dan simulasi telah meningkatkan kefahaman praktikal pelajar. Kesemua responden memberikan maklum balas positif terhadap kaedah pengajaran pensyarah yang dianggap menarik, mudah difahami, dan bersesuaian dengan keperluan pelajar masa kini. Gabungan antara kandungan modul yang mantap dan pendekatan pengajaran yang berkesan membuktikan keberkesanan Modul KAH dalam menyokong pembelajaran teori dan amali ibadah haji. Tambahan pula, integrasi teknologi seperti aplikasi AI melalui visual, simulasi, kuiz, dan nota ringkas memberikan nilai tambah yang signifikan. Dapatan menunjukkan tahap kepuasan keseluruhan pelajar adalah tinggi, malah majoriti mencadangkan modul ini diperluaskan penggunaannya. Justeru, penyelidik mencadangkan penambahbaikan berterusan melalui inovasi teknologi dan pedagogi moden agar Modul KAH kekal relevan serta mampu melahirkan graduan berpengetahuan, berkemahiran, dan berkaliber sebagai pembimbing ibadah haji dan umrah. RUJUKAN 1. Ali, N., Abdullah, M. H., & Ab. Rahman, A. (2020). Penilaian keberkesanan modul pembelajaran kendiri strategi pemahaman membaca teks bahasa Arab (MPK SPMBA) untuk pelajar Pengajian Islam di Institusi Pengajian Tinggi. Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari , 21(1), 20 – 37. 2. Amran M.A., & Che Noh, M. A. (2021). Penilaian kefahaman peserta Kursus Asas Haji berpandukan Modul Kursus Asas Haji. In Proceedings of the International Conference on Social Science and Humanities (ICSSH 2021), 454 – 465. . 3. Amran, M. A., Hamzah, M. I., & Che Noh, M. A. (n.d.). Kaedah pengajaran ibadat haji kepada orang awam. Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan & Universiti Kebangsaan Malaysia. Diakses

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=