E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)

MANASIK2025 Putrajaya, Malaysia, 7-8 Oktober 2025 530 Visual 4. Set Soalan Kuiz berdasarkan Modul KAH minggu 10 janaan perisian AI di Wayground Aplikasi 4: Nota Ringkas Rukun Haji Formula Hafalan Perincian Utama Niat Ihram Haji N.I.A.T N – Niat di Miqat • Miqat Zamani: Bulan Haji (Syawal, Zulkaedah, 1 – 10 Zulhijjah) • Miqat Makani: Lokasi (Bi’r Ali, Yalamlam, dll.) I – Ihram (Pakaian khas) • Lelaki: 2 kain tanpa jahitan, idtiba’ ketika tawaf • Wanita: Tutup aurat (kecuali muka & tapak tangan) A – Amalan sunat ihram: mandi, wuduk, solat sunat ihram, talbiah T – Tertib: Wajib dilakukan di miqat Wuquf di ‘Arafah W.A.K.T.U W – Wajib (rukun terpenting, tanpa wuquf haji batal) A – Arafah (lokasi sah) K – Ketetapan masa: 9 Zulhijjah (zuhur) – 10 Zulhijjah (subuh) • Afdhal: siang + malam T – Tumpuan ibadat: doa, zikir, Quran, tidak berpuasa U – Utamakan hadir walau seketika Tawaf T.A.W.A.F 7 T – 7 pusingan (mula & tamat di Hajarul Aswad) A – Aurat ditutup • Lelaki: pusat – lutut • Wanita: seluruh tubuh kecuali muka & tapak tangan W – Wuduk & suci (badan, pakaian, tempat) A – Arah kiri Kaabah, berjalan ke hadapan F – Fokus niat (Tawaf Wada’, Sunat, Nazar, Qudum, Haji, Umrah) 7 (Sunat) – Idtiba’, Ramal, Istilam, doa & solat sunat tawaf Jadual 13. Nota Ringkas berdasarkan Modul KAH minggu 3 janaan DeepSeek RUMUSAN KESELURUHAN Data kajian diperoleh melalui soal selidik atas talian menggunakan Google Form melibatkan 38 pelajar Diploma Haji dan Umrah di KPMAIWP. Soal selidik terbahagi kepada empat bahagian iaitu kandungan Modul Kursus Asas Haji (KAH), kaedah penyampaian modul, kepuasan keseluruhan, dan aplikasi AI dalam pengajaran. Responden menilai aspek seperti kefahaman terhadap rukun dan larangan ihram, susunan topik, gaya penyampaian pensyarah, penggunaan bahan visual, serta kesesuaian modul sebagai rujukan akademik. Skala Likert empat mata digunakan bagi mengukur tahap kepuasan pelajar sepanjang tempoh PdP 14 minggu. Hasil dapatan bagi kandungan Modul KAH menunjukkan majoriti pelajar berpuas hati dan menganggap modul ini jelas serta mudah difahami. Sebagai contoh, 74% hingga 100% responden menyatakan modul membantu mereka memahami rukun haji, susunan topik, dan larangan ihram. Tiada respon negatif direkodkan, menandakan isi kandungan modul benar-benar relevan sebagai sumber pembelajaran di peringkat diploma. Modul ini juga dinilai sesuai sebagai bahan akademik kerana berjaya memenuhi keperluan teori dan praktikal ibadah haji serta umrah. Bagi kaedah penyampaian, semua responden memberi maklum balas positif. Kaedah pengajaran pensyarah, penggunaan bahan visual, serta simulasi dianggap berkesan dan menarik. Lebih 90% responden menyatakan pendekatan ini sangat memuaskan atau memuaskan. Sebagai contoh, simulasi

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=