E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)
MANASIK2025 Putrajaya, Malaysia, 7-8 Oktober 2025 520 Bahagian C Bahagian ini menilai keberkesanan pendekatan dan kaedah penyampaian Modul KAH, termasuk penggunaan bahan visual, gaya pengajaran pensyarah, serta penerimaan terhadap kaedah simulasi dan tunjuk ajar. Ia juga mengukur tahap kepuasan keseluruhan responden terhadap penggunaan modul dalam konteks pembelajaran formal di institusi pengajian tinggi. Bahagian ini mengandungi beberapa soalan yang direka bentuk untuk mengetahui sejauh mana pendekatan penyampaian memberi kesan kepada pemahaman pelajar. Bahagian B dan C menggunakan skala Likert empat mata untuk mendapatkan maklum balas, skala likert ini diklasifikasikan seperti berikut: Tahap Penerangan 4 Sangat Memuaskan 3 Memuaskan 2 Kurang Memuaskan 1 Tidak Memuaskan Jadual 1 . Penerangan empat skala likert Bahagian D Bahagian ini memaparkan aplikasi AI dalam sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) subjek Pengenalan kepada Haji dan Umrah (PPM 2113) yang menjadi subjek wajib kepada semua pelajar Diploma Haji dan Umrah. Beberapa inisiatif seperti penggunaan bahan visual, simulasi, kuiz, serta nota ringkas yang dijana melalui AI juga disertakan dalam sesi PdP bagi meningkatkan kefahaman pelajar berkenaan teori dan praktikal ibadah Haji serta Umrah. Berikut merupakan contoh soalan yang dikemukakan oleh responden berkaitan tahap kesesuaian isi kandungan Modul KAH sesuai untuk bahagian A: 1. Kandungan Modul KAH membantu saya memahami rukun-rukun haji dengan jelas. Sebanyak 74% responden menyatakan ia memuaskan, manakala 26% menyatakan sangat memuaskan. Tiada responden yang memberi jawapan negatif . 2. Topik-topik dalam Modul KAH disusun secara teratur dan mudah difahami. 50% menyatakan sangat memuaskan dan 47% memuaskan. Ini menunjukkan struktur penyampaian isi modul diterima baik. 3. Penjelasan tentang larangan ihram dalam Modul KAH mudah difahami. 50% responden menjawab sangat memuaskan, 50% pula memuaskan . 4. Modul KAH sesuai digunakan sebagai rujukan pembelajaran di peringkat diploma. 58% menyatakan sangat memuaskan dan 42% memuaskan. Ini menunjukkan kesesuaian modul dari segi akademik. Berikut merupakan contoh soalan yang dikemukakan oleh responden bagi menilai pendekatan pengajaran dan penyampaian pensyarah berdasarkan Modul KAH untuk bahagian B: 1. Kaedah pengajaran berdasarkan Modul KAH menarik dan mudah diikuti. 50% sangat memuaskan, 50% memuaskan. Ini menunjukkan pendekatan yang digunakan berkesan. 2. Bahan visual (gambar, rajah) dalam Modul KAH membantu saya memahami topik. 63% menyatakan memuaskan dan 37% sangat memuaskan. Tiada responden yang tidak berpuas hati. 3. Pendekatan yang digunakan oleh pensyarah dalam menyampaikan Modul KAH adalah berkesan. 57% sangat memuaskan, 43% memuaskan.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=