E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)

MANASIK2025 Putrajaya, Malaysia, 7-8 Oktober 2025 519 bentuk pembelajaran interaktif, simulasi praktikal dan analisis ramalan untuk mengurangkan jurang antara teori kursus dan amalan sebenar, sekali gus meningkatkan kefahaman dan keyakinan pelajar Diploma Haji dan Umrah di Kolej Profesional MAIWP. METODOLOGI Kajian ini dijalankan menggunakan pendekatan kuantitatif berbentuk tinjauan untuk menilai sejauh mana Modul Kursus Asas Haji (KAH) sesuai dijadikan bahan rujukan pembelajaran oleh pelajar Diploma Haji dan Umrah. Kaedah utama yang digunakan dalam kajian ini ialah soal selidik yang dibina melalui Google Form dan diedarkan kepada pelajar Diploma Haji dan Umrah di Kolej Profesional MAIWP (KPMAIWP). Soal selidik ini mengandungi beberapa soalan yang dibahagikan kepada tiga bahagian utama iaitu kandungan modul, kaedah penyampaian dan tahap kepuasan pelajar secara keseluruhan terhadap penggunaan modul tersebut. Setiap soalan menggunakan skala empat mata iaitu “sangat memuaskan”, “memuaskan”, “, kurang memuaskan” dan “tidak memuaskan” bagi mendapatkan maklum balas yang lebih jelas daripada pelajar. Responden dipilih dalam kalangan pelajar yang telah menggunakan atau didedahkan dengan Modul KAH semasa sesi pembelajaran. Data yang diperoleh akan dianalisis secara analisis berdasarkan maklum balas untuk melihat tahap penerimaan pelajar terhadap modul ini, dan seterusnya membantu mengenal pasti aspek yang boleh diperbaiki. ANALISA DAN DAPATAN Kutipan Data Bagi memperoleh data yang mencukupi dan berkredibiliti, kutipan data dilaksanakan melalui borang soal selidik yang telah dibuat menggunakan aplikasi Google Form . Responden yang terdiri daripada pelajar Diploma Haji dan Umrah, KPMAIWP telah menjawab borang soal selidik ini secara atas talian. Seramai 38 orang responden telah terlibat dalam kajian ini dan berjaya memberikan kerjasama penuh dengan menjawab semua soalan yang diutarakan. Borang soal selidik ini mengandungi tiga bahagian utama yang merangkumi penilaian terhadap kandungan Modul Kursus Asas Haji (KAH), kaedah penyampaian modul, serta tahap kepuasan keseluruhan pelajar terhadap modul tersebut. Soalan-soalan yang disediakan berkaitan dengan kefahaman pelajar tentang ibadah haji dan umrah, dan responden diminta menjawab berdasarkan 4 skala likert yang terdiri daripada pilihan “Sangat Memuaskan (4), Memuaskan (3), Kurang Memuaskan (2), Tidak Memuaskan (1)”. Bagi integrasi AI pula, beberapa inisiatif seperti penggunaan bahan visual, simulasi, kuiz, serta nota ringkas yang dijana melalui AI juga disertakan sepanjang sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) berlangsung selama 14 minggu. Bahagian A: Bahagian ini mengandungi soalan yang menilai tahap kesesuaian dan keberkesanan kandungan Modul KAH sebagai bahan rujukan pembelajaran dalam kalangan pelajar Diploma Haji dan Umrah. Antara aspek yang dinilai termasuklah kejelasan dalam penerangan rukun-rukun haji, susunan topik dalam modul, serta kefahaman terhadap larangan ihram. Responden perlu memberikan maklum balas terhadap beberapa pernyataan berdasarkan pengalaman dan pandangan mereka setelah menggunakan modul tersebut dalam sesi pembelajaran. Bahagian B: Bahagian ini merangkumi soalan-soalan yang menilai kesesuaian kandungan Modul KAH sebagai bahan rujukan pembelajaran dalam kalangan pelajar. Soalan-soalan ini menyentuh aspek kefahaman pelajar terhadap susunan topik, penjelasan rukun dan larangan ihram, serta tahap keberkesanan isi kandungan modul. Terdapat 4 soalan yang perlu dijawab bagi mendapatkan gambaran umum tentang persepsi responden terhadap isi modul tersebut.

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=