E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)
MANASIK2025 Putrajaya, Malaysia, 7-8 Oktober 2025 521 4. Kaedah tunjuk ajar dan simulasi meningkatkan kefahaman saya tentang praktikal haji. 63% responden menyatakan sangat memuaskan, 37% pula memuaskan. Tiada responden memberikan respons negatif. Berikut merupakan contoh soalan yang dikemukakan oleh responden bagi menilai pendekatan pengajaran dan penyampaian pensyarah berdasarkan Modul KAH untuk bahagian C: 1. Secara keseluruhan, saya berpuas hati dengan Modul KAH sebagai bahan rujukan pembelajaran. 57% menyatakan sangat memuaskan, 43% pula memuaskan . 2. Saya akan mencadangkan Modul KAH digunakan secara meluas di program Diploma Haji dan Umrah. 67% menyatakan sangat memuaskan, 33% memuaskan. Tiada responden yang menolak cadangan ini. Analisis Data Borang soal selidik yang telah diedarkan secara atas talian ini akan diproses dan disemak untuk dianalisis data tersebut. Data-data tersebut disunting menggunakan aplikasi Microsoft Excel. Data-data yang berjaya dikutip akan disunting akan diubah menjadi dengan cara yang lebih mudah untuk dianalisis. Segala rekod data akan diubah suai menjadi carta pai dan bentuk jadual. Skala likert empat mata digunakan bagi menganalisis bahagian ini. Skor yang digunakan adalah sangat memuaskan dengan skor 4, memuaskan dengan skor 3, kurang memuaskan dengan skor 2 dan tidak memuaskan dengan skor 1. Data yang diproses menggunakan statistik yang melibatkan peratusan dan min. Soal selidik ini juga dibina berdasarkan skala Likert 1 hingga 4 yang telah dikategorikan dan dinterprestasikan kepada empat tahap seperti dalam jadual. INTERPRESTASI PURATA INTERPRESTASI 1.00 – 1.49 Tidak Memuaskan 1.50 – 2.49 Kurang Memuaskan 2.50 – 3.49 Memuaskan 3.50 – 4.00 Sangat Memuaskan Jadual 2. Kiraan purata skor min Bahagian A: Penilaian Kandungan Modul KAH Analisis data bahagian ini menghuraikan secara bagi mengenalpasti tahap kepuasan pelajar Diploma Haji dan Umrah berkenaan kandungan Modul KAH. Soalan 1
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=