E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)
MANASIK2025 Putrajaya, Malaysia, 7-8 Oktober 2025 518 PEKTA, sebagai tenaga pengajar bertauliah, menerapkan pelbagai strategi pengajaran seperti syarahan, kuliah, dialog, perbincangan, soal jawab, tunjuk cara, demonstrasi dan simulasi. Kepelbagaian kaedah ini terbukti mampu meningkatkan kefahaman peserta dan memberi implikasi positif terhadap persediaan mereka dalam melaksanakan ibadat haji dengan lebih sempurna. Mohd, H., Hashim, J., Wan Khairuldin, W. M. K. F., Engku Alwi, E. A. Z., & Reshad, H.F. M. (2020). Kajian dibuat untuk menilai secara kritikal persepsi negatif terhadap pendekatan bimbingan Lembaga Tabung Haji (TH) yang sering dilihat kaku dan kurang mesra jemaah. Melalui analisis dokumen dan temu bual dengan pihak berkepentingan, kajian mendapati bahawa TH sebenarnya mengamalkan pendekatan sistematik dan fleksibel, dipandu oleh mazhab al- Shāfi‘ī serta disesuaikan dengan keperluan semasa. Modul bimbingan haji merangkumi kursus berperingkat (KAH, KIH, KKH, KPH), bahan bertulis, media elektronik dan aplikasi digital, yang sentiasa dikemas kini untuk menjamin kesesuaian dengan konteks kontemporari. Penemuan ini menunjukkan keberkesanan modul-modul TH dalam meningkatkan kefahaman jemaah haji, di samping mencadangkan penggunaan teknologi pintar secara lebih meluas bagi memenuhi keperluan generasi muda. Syed Abdul Aziz Hamid Edruce, Nizar, T. J., & Mohd Yusof, F. (2014). Dapatan kajian menegaskan bahawa meskipun jemaah haji Malaysia telah mengikuti pelbagai kursus bimbingan dan menerima bahan cetakan, tahap kefahaman mereka terhadap pelaksanaan ibadat haji di Tanah Suci masih tidak memuaskan. Kajian ke atas jemaah pakej Nilam Tabung Haji Travel & Services semasa musim haji 1433H/2012M mendapati sebanyak 5,544 persoalan dikemukakan, yang menunjukkan wujud jurang ketara antara teori kursus dan amalan sebenar. Kekeliruan terhadap larangan ihram, haid, tawaf dan dam masih berleluasa, malah sebahagian jemaah melaksanakan ibadah dengan rasa was-was sehingga membawa kepada pembayaran dam yang tidak jelas. Dapatan juga mendedahkan tahap kepuasan yang rendah dalam kalangan jemaah, serta keinginan mereka untuk menunaikan haji semula. Menariknya, responden menunjukkan penerimaan tinggi terhadap penggunaan pendekatan visual seperti simulasi 3D dan aplikasi virtual haji, sekali gus menekankan keperluan memperluas penggunaan teknologi interaktif dalam bimbingan haji bagi meningkatkan kefahaman dan pengalaman praktikal jemaah. Tumiran, M. A., Baharuddin, B. H., & Mohammad, N. (2025). Kajian ini menegaskan bahawa kecerdasan buatan (AI) mempunyai potensi transformatif yang besar dalam sistem pendidikan Malaysia, namun masih wujud jurang penyelidikan signifikan berkaitan pengintegrasiannya. Dengan menggunakan kaedah analisis kandungan, kajian ini menyoroti potensi AI dalam beberapa aspek penting, termasuk pembelajaran personal, pengalaman pembelajaran interaktif, kebolehcapaian dan keterangkuman, peningkatan prestasi pelajar, pembangunan perisian dan aplikasi, serta penggunaan chatbot atau tutor maya. Walaupun AI berupaya meningkatkan kualiti pendidikan melalui fleksibiliti, penyesuaian, dan pengajaran inovatif, kajian turut menekankan cabaran praktikal seperti infrastruktur, latihan guru, penyesuaian kurikulum, serta isu etika termasuk privasi data dan bias algoritma. Secara keseluruhan, kajian ini menegaskan bahawa penyelidikan lanjut, khususnya berbentuk empirikal dan longitudinal, amat diperlukan untuk menilai keberkesanan AI dalam konteks bilik darjah sebenar. Penulis mendapati penekanan terhadap aspek personalisasi dan simulasi interaktif yang diketengahkan oleh kajian ini amat relevan dengan usaha memperkasa Modul Kursus Asas Haji, khususnya dalam meningkatkan kefahaman pelajar Diploma Haji dan Umrah di Kolej Profesional MAIWP. Justeru, integrasi AI dalam Modul Kursus Asas Haji dilihat berpotensi untuk menyediakan pengalaman pembelajaran lebih praktikal sekali gus mengurangkan kekeliruan ibadah serta meningkatkan keyakinan pelajar sebelum mengaplikasikannya dalam konteks sebenar. Khan, E. A., & Shambour, M. K. ( 2025). Kajian ini meneliti aplikasi kecerdasan buatan (AI) dalam pengurusan acara mega seperti haji dan umrah, khususnya dalam aspek pengangkutan, robotik, pengurusan jemaah, penjadualan, pengesanan dan penjagaan kesihatan. Dapatan menunjukkan AI mampu meningkatkan keselamatan, melancarkan pergerakan jemaah dan mengoptimumkan sumber, meskipun cabaran seperti pergantungan kepada simulasi dan kelemahan integrasi teknologi masih wujud. Penekanan terhadap penggunaan simulasi dan algoritma pintar ini amat relevan dengan Integrasi Kecerdasan Buatan dalamModul Kursus Asas Haji, kerana teknologi sama berpotensi diterapkan dalam
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=