E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)
MANASIK2025 Putrajaya, Malaysia, 7-8 Oktober 2025 517 bahawasanya Ibadah Haji wajib dilaksanakan bagi sesiapa yang memenuhi 3 kriteria ini iaitu beragama Islam atau Muslim, mampu menanggung taklifan atau Mukallaf serta berkemampuan. Bagi menjelaskan maksud berkemampuan itu, beliau menyatakan bahawasanya berkemampuan terbahagai kepada dua iaitu berkemampuan dengan sendirinya seperti mempunyai belanja pergi dan pulang, kenderaan serta berkeadaan aman ketika pergi serta pulang dari Haji. Adapun berkemampuan jenis yang kedua adalah berkemampuan dengan bantuan orang lain semisal mereka yang melaksanakan badal Haji kerana sakit atau telah meninggal dunia dalam keadaan berkemampuan melaksanakannya semasa hidup (An- Nawawi, 2022). Kesemua hal ini menuntut seseorang Muslim supaya memahami perincian aspek “berkemampuan” agar tidak terkeliru dikemudian hari. Justeru, pelaksanaan Haji bukan sahaja menuntut persediaan secara fizikal mahupun kewangan, malah memerlukan kefahaman mendalam mengenai tatacara serta falsafah ibadah tersebut. Oleh itu, pelbagai usaha telah dijalankan oleh pihak berwajib dalam memperkasakan ilmu dan kefahaman masyarakat terhadap ibadah haji, termasuklah melalui penganjuran Kursus Asas Haji (KAH) oleh Lembaga Tabung Haji. KAH yang disediakan oleh Tabung Haji telah menjadi rujukan utama dalam kalangan bakal jemaah haji sebagai panduan pelaksanaan ibadah haji yang sah dan sempurna. Modul KAH merupakan program bimbingan ibadat haji dan umrah yang dianjurkan secara percuma serta terbuka kepada seluruh lapisan masyarakat tanpa terhad kepada jemaah haji yang terpilih sahaja (Tabung Haji, 2024). Kursus ini dilaksanakan selama empat bulan bermula dari bulan Rabiulakhir hingga Jamadilakhir pada setiap tahun, dengan sesi pengajaran yang dijalankan pada hujung minggu iaitu hari Sabtu atau Ahad. Setiap sesi diperuntukkan selama dua jam, namun selepas semakan modul pada tahun 2019, tempoh pembelajaran dipanjangkan kepada dua jam tiga puluh minit, manakala bilangan minggu pengajian dipendekkan daripada 17 siri kepada 13 siri. Modul KAH merangkumi 12 topik iaitu 10 topik berkaitan ibadat haji dan umrah serta dua topik berkaitan kesihatan dan pengurusan haji sama ada di tanah air atau di Tanah Suci. Secara keseluruhan, modul ini dapat dihuraikan kepada tiga bahagian utama, iaitu tujuh topik berkaitan haji dan umrah, dua topik berfokus kepada permasalahan wanita, serta satu topik mengenai taharah dan solat (Amran, 2021). Walaubagaimanapun, modul ini juga berpotensi untuk dimanfaatkan dalam konteks pendidikan formal, khususnya di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang menawarkan program pengajian berkaitan haji dan umrah, antaranya adalah Kolej Profesional Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (KPMAIWP), yang menawarkan program Diploma Haji dan Umrah bagi melahirkan graduan yang berkemahiran dalam bidang pengurusan ibadah haji dan umrah serta mampu menjadi tenaga pengajar atau pembimbing ibadah haji pada masa hadapan. Namun begitu, tahap kesesuaian dan keberkesanan modul KAH sebagai bahan rujukan pembelajaran dalam kalangan pelajar Diploma Haji dan Umrah secara khusus masih belum dikaji secara mendalam. Persoalan seperti adakah modul ini memenuhi keperluan akademik dan pembelajaran pelajar di peringkat diploma serta sejauh manakah ia dapat membantu pelajar memahami aspek teori dan praktikal ibadah haji secara menyeluruh masih perlu diteliti. Malahan, dunia kini yang mula fokus kepada Kecerdasan Buatan (AI) juga menuntut supaya kaedah pembelajaran secara integrasi dengan AI diwujudkan. Justeru, kajian ini dijalankan untuk meninjau pandangan pelajar Diploma Haji dan Umrah KPMAIWP terhadap penggunaan Modul KAH sebagai rujukan pembelajaran mereka serta keberkesanan integrasi Kecerdasan Buatan (AI) dalam Modul KAH. Intihannya, dapatan kajian diharapkan dapat memberikan implikasi penting terhadap pembangunan kurikulum serta pendekatan pengajaran Haji dan Umrah di institusi pengajian tinggi di Malaysia SOROTAN LITERATUR Amran, M. A., Hamzah, M. I., & Che Noh, M. A. (2021). Kajian ini menekankan bahawa pengajaran ibadat haji kepada masyarakat awam memerlukan pendekatan pedagogi yang bersesuaian dengan latar belakang peserta yang berbeza dari segi pendidikan, usia dan pengalaman. Kajian mereka meneliti kaedah pengajaran yang diaplikasikan oleh Pengkursus Ibadat Haji Tanah Air (PEKTA) berasaskan Modul Bimbingan Haji Bersepadu yang dibangunkan oleh Lembaga Tabung Haji. Menggunakan kaedah keperpustakaan serta analisis terhadap pelaksanaan kursus, kajian ini mendapati bahawa
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=