E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)

MANASIK2025 Putrajaya, Malaysia, 7-8 Oktober 2025 516 INTEGRASI KECERDASAN BUATAN DALAM MODUL KURSUS ASAS HAJI: KAJIAN KES PELAJAR DIPLOMA HAJI DAN UMRAH DI KOLEJ PROFESIONAL MAIWP 1 Mohd Adam Hakim Bin Mohd Shahlan, 2 Akmal Danish Bin Anuar, 3 Raffil Harith Bin A. Rahman, 4 Muhammad Arif Aidil Bin Amir 5 Muhammad Danish Iman Bin Mansor & 6 Muhammad Faris Hakimi Bin Md Nazri 1,2,3,4,5,6 Kolej Profesional Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (KPMAIWP), 55100, Kuala Lumpur, Malaysia Emel : adamhakim@kpmaiwp.edu.my ABSTRAK Kajian ini menilai kesesuaian dan keberkesanan integrasi Kecerdasan Buatan (AI) dalam Modul Kursus Asas Haji sebagai bahan rujukan pembelajaran pelajar Diploma Haji dan Umrah di Kolej Profesional MAIWP. Kajian kuantitatif ini menggunakan kaedah tinjauan melalui soal selidik dalam talian melibatkan 38 responden yang mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran berasaskan modul tersebut. Instrumen kajian merangkumi empat aspek utama, iaitu penilaian kandungan modul, kaedah penyampaian, integrasi AI, dan tahap kepuasan keseluruhan. Hasil analisis menunjukkan majoriti pelajar menilai modul ini pada tahap memuaskan hingga sangat memuaskan, khususnya dalam aspek penjelasan rukun haji, larangan ihram, serta susunan topik yang sistematik dan mudah difahami. Penggunaan bahan visual, simulasi, kuiz, serta nota ringkas yang dijana melalui AI turut didapati berkesan dalam meningkatkan kefahaman pelajar terhadap amalan praktikal ibadah haji. Secara keseluruhan, integrasi AI dalam Modul Kursus Asas Haji disimpulkan relevan untuk diaplikasikan secara lebih meluas di peringkat diploma dengan penambahbaikan berterusan agar selaras dengan keperluan akademik semasa. Dapatan kajian ini memberikan implikasi penting terhadap pembangunan kurikulum serta pendekatan pengajaran Haji dan Umrah di institusi pengajian tinggi di Malaysia. Katakunci: Modul Kursus Asas Haji, Diploma Haji dan Umrah, Kolej Profesional MAIWP, Kecerdasan Buatan (AI) PENDAHULUAN Ibadah haji merupakan salah satu daripada rukun Islam yang tidak boleh disangkal lagi kewajibannya, dan ianya dilaksanakan oleh setiap Muslim yang berkemampuan (Mustofa al-Khin, 2016). Kewajiban ini bertitiktolak daripada firman Allah SWT dalam Surah Ali ‘Imran ayat ke -97: “Di situ ada tanda-tanda keterangan yang nyata (yang menunjukkan kemuliaannya; di antaranya ialah) Makam Nabi Ibrahim. Dan sesiapa yang masuk ke dalamnya aman tenteramlah dia. Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat Haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang berkemampuan sampai kepadanya. Dan sesiapa yang kufur (ingkarkan kewajipan ibadat Haji itu), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatu pun) dari sekalian makhluk” [Surah Ali ‘Imran, 3: 97]. Rentetan daripada firman Allah tersebut yang mengisyaratkan adanya aspek “berkemampuan” sebagai syarat wajib perlaksanaanya, maka para Sarjana ataupun Ulama telah mengupas secara mendalam berkenaan perincian syarat-syarat tersebut. Imam an-Nawawi dalam Minhaj al-Talibin menjelaskan

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=