E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)
MANASIK2025 Putrajaya, Malaysia, 7-8 Oktober 2025 513 mula menggunakan sistem pelepasan imigresen menggunakan Kod QR di 40 lorong khas di KLIA khusus buat warganegara Malaysia. Ini adalah inisiatif KDN bagi membantu melancarkan proses imigresen di pintu masuk KLIA dan inisiatif ini bakal diperluaskan lagi selepas mengkaji hasil fasa percubaan di KLIA. Aplikasi ini bukan sahaja menyimpan maklumat perjalanan pengguna, tetapi juga membolehkan pengesahan wajah untuk keselamatan tambahan. Penggunaan MyBorderPass kini menjadi keperluan bagi warganegara Malaysia yang ingin menggunakan sistem kod QR di KLIA. Melalui aplikasi ini, kod QR akan dijana untuk diimbas pada autogate. Dengan hanya memuat turun aplikasi ini dan mendaftarkan maklumat perjalanan pengguna, pengguna boleh menikmati proses pelepasan imigresen yang lebih pantas dan lancar. Kelebihan utama sistem ini ialah pengurangan masa yang ketara dalam proses pelepasan imigresen. Dengan menggunakan kod QR, pengembara hanya memerlukan 5 hingga 7 saat untuk melepasi pemeriksaan imigresen. Ini merupakan peningkatan yang besar berbanding sistem autogate konvensional yang mengambil masa 15 hingga 25 saat. Walaupun sistem ini mempercepatkan proses pelepasan imigresen, Jabatan Imigresen Malaysia memberi jaminan bahawa keselamatan tidak akan terjejas. Penggunaan teknologi pengesahan wajah dalam aplikasi MyBorderPass menambah lapisan keselamatan tambahan, memastikan hanya individu yang sah boleh menggunakan sistem ini. Setelah memuat turun aplikasi MyBorderPass, anda perlu daftar dan isi semua maklumat yang perlukan, Rujuk langkah-langkah berikut: 1. Buka aplikasi MyBorderPass dan klik “Register Now” 2. Kemudian, anda akan diminta untuk scan passport. 3. Isi semua maklumat yang diperlukan seperti Passport Details dan Contact Details . 4. Swafoto untuk pengesahan wajah. 5. Setelah semua maklumat diisi dengan lengkap termasuklah swafoto wajah, QR kod akan dijana (NAS, 2025). Jemaah haji 2025 dari Malaysia menggunakan aplikasi ini. Berdasarkan pengalaman penulis, aplikasi ini sangat mudah dan mempercepatkan proses ketika pendaftaran melalui pihak imegresen. Penggunaan aplikasi ini lebih menyenangkan jemaah haji dari Malaysia apabila pihak imegresen Malaysia berkerjsama erat dengan pihak imegresen Arab Saudi. Penggunaan aplikasi ini juga lebih mudah apabila mendapat tunjuk ajar dari para petugas KLIA. Akan tetapi, aplikasi ini hanya berfungsi di KLIA dan bukan di semua lapangan terbang. iv) Saudi Visa Bio Lembaga Tabung Haji (TH) memaklumkan bahawa Kerajaan Arab Saudi telah menguatkuasakan penggunaan aplikasi Saudi Visa Bio bagi tujuan permohonan visa haji bakal haji ke Arab Saudi. Aplikasi Saudi Visa Bio merupakan satu lagi inovasi baharu yang diperkenalkan oleh Kerajaan Arab Saudi pada musim haji mulai tahun 2023. Aplikasi ini bertujuan untuk memudahkan permohonan visa selain memendekkan tempoh prosedur kemasukan bakal haji ke Tanah Suci melalui Jeddah dan Madinah. Malaysia merupakan antara lapan negara terawal di dunia selain Indonesia, Bangladesh, Pakistan, Kuwait, United Kingdom, Tunisia dan Morocco yang dipilih untuk projek perintis ini mengambil kira reputasi Malaysia sebagai antara pengendali haji terbaik dunia yang telah menerima pelbagai pengiktirafan antarabangsa dan kemudahan dari kerajaan Arab Saudi. semua bakal haji memuat turun sendiri aplikasi Saudi Visa Bio pada telefon pintar masing-masing menerusi Google Play store atau Apple app store . Ia merangkumi empat proses mudah iaitu: i. Melengkapkan alamat e-mail. ii. Memuatnaik imbasan muka surat butiran peribadi di dalam passport Malaysia. iii. Imbasan muka. iv. Imbasan 10 jari (biometrik). Bakal haji akan menerima emel pengesahan pendaftaran daripada Kementerian Luar Arab Saudi apabila maklumat peribadi telah berjaya dimuat naik ke dalam aplikasi tersebut melalui emel yang didaftarkan. Bakal haji juga diingatkan untuk terus menyerahkan pasport kepada TH setelah mendapat pengesahan
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=