E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)

MANASIK2025 Putrajaya, Malaysia, 7-8 Oktober 2025 512 lokasi. Ini membantu mengurankan rasa kerinduan dan meningkatkan sokongan emosi semasa berada jauh dari rumah. Jemaah boleh menghantar mesej dan membuat panggilan video untuk berkongsi pengalaman secara langsung dengan adik-beradik yang lain. Namun begitu, aplikasi WhatsApp juga terdapat kekurangan terutamanya kepada jemaah yang tidak mahir menggunakan teknologi. Sudah tentu jemaah menghadapi kesukaran untuk menggunakan aplikasi ini dengan berkesan. Selain itu, terdapat masalah kekeliruan dalam komunikasi. Situasi ini terjadi apabila terdapat banyak kumpulan dan mesej yang dihantar. Ini boleh mengelirukan jemaah dan berkemungkinan boleh terlepas maklumat penting yang disampaikan. Selain itu, masalah dalam pengurusan masa. Mesej yang bertubi-tubi boleh mengganggu fokus jemaah dalam menjalankan ibadah. Ini menyebabkan jemaah teralih perhatian daripada tujuan utama haji. Keterbatasan akses internet di beberapa lokasi juga menjadi masalah terutamanya ketika di Madinah dan Mekah. Sambungan internet yang tidak stabil dan terhad menyukarkan jemaah untuk berkomunikasi. Seterusnya isu keselamatan data. Penggunaan WhatsApp melibatkan pertukaran maklumat peribadi. Terdapat risiko kebocoran data atau serangan siber yang boleh membahayakan keselamatan maklumat jemaah. Secara keseluruhan, WhatsApp telah menjadi alat yang sangat berguna bagi jemaah haji, memudahkan komunikasi, meningkatkan keselamatan, dan memperkaya pengalaman ibadah. Penggunaan aplikasi ini menunjukkan bagaimana teknologi moden dapat menyokong tradisi dan ibadah agama, menjadikan perjalanan haji lebih lancar dan bermakna. Walaupun WhatsApp mempunyai banyak kelebihan dalam memudahkan komunikasi, adalah penting untuk menyedari kekurangan ini agar jemaah haji dapat merancang dan berkomunikasi dengan lebih berkesan. ii) THhujjaj Peredaran teknologi yang semakin pantas, TH tidak ketinggalan mendapatkan penggunaan sistem terbaik dan terkini supaya tidak membebankan jemaah haji. Proses pembangunan digitalisasi dilakukan selepas TH melihat keperluan untuk memudahkan jemaah. Pihak TH memulakan THhujjaj ini sudah melebihi empat tahun termasuk mengkaji apa yang boleh ditambah baik dengan membuat pelbagai versi percubaan. Sistem ini hanya boleh digunakan ketika berada di bumi Mekah. Penggunaan THhujjaj ini sangat mudah walaupun jemaah haji menggunakan pertama kali (BERNAMA, 2022). Semua isu berkaitan haji boleh diperoleh daripada aplikasi ini. Jemaah haji perlu mempunyai aplikasi ini semasa menunaikan ibadah haji. Segala maklumat berkaitan dengan penginapan dan perjalanan boleh dirujuk dalam aplikasi ini. Contohnya, maklumat pergerakan perjalanan dari kota Madinah ke Mekah berkaitan dengan perjalanan menaiki bas. Maklumat nombor bas terdapat dalam sistem ini. Berikutnya adalah nombor bilik penginapan dan nama hotel turut dapat diperoleh dalam aplikasi ini. Apabila menghampiri hari wukuf di Arafah, pihak TH akan menyalurkan maklumat pergerakan dalam sistem ini. Jemaah haji boleh mengetahui pergerakan perjalanan dan tempat penginapan seperti nombor khemah penginapan semasa di Arafah dan di Mina lebih awal. Aplikasi ini sangat membantu jemaah haji pada musim haji. Ini bermakna, aplikasi ini bukan menjadi saluran maklumat penting untuk petugas TH tetapi rujukan kepada pelbagai persoalan jemaah haji Malaysia. Oleh kerana aplikasi ini mudah digunakan, pengguna termasuk warga emas mampu menguasai dalam tempoh yang singkat walaupun yang kurang cekap menggunakan teknologi. Namun begitu, aplikasi ini hanya berfungsi di Mekah. Jemaah tidak boleh menggunakan aplikasi ini lebih awal untuk membuat persiapan. Manakala warga emas yang tidak celik teknologi tetap memerlukan bantuan. iii) MyBorderPass Seterusnya ialah penggunaan aplikasi MyBorderPass. MyBorderPass merupakan aplikasi mudah alih yang diperkenalkan oleh Kementerian Dalam Negeri untuk memudahkan proses pelepasan imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Bermula Januari 2025, Jabatan Imigresen akan

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=