E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)

MANASIK2025 Putrajaya, Malaysia, 7-8 Oktober 2025 514 ini bagi TH memproses visa haji bakal haji berkenaan (Tabung Haji, 2025). Aplikasi ini mudah untuk digunakan. Akan tetapi pada bahagian imbasan 10 jari perlu diulang imbasan beberapa kali. Aplikasi ini perlu digunakan pada telefon pintar terkini yang sesuai dan mempunyai ruang storan mencukupi. Malah turut memerlukan sokongan internet stabil ketika muat naik dokumen keperluan. v) Nusuk Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi melancarkan aplikasi NUSUK (nusuk.sa) , platform digital bersepadu Arab Saudi yang menawarkan perancangan pintu masuk yang mudah. Aplikasi ini digunakan untuk perjalanan jemaah umrah serta pelawat ke Mekah dan Madinah. NUSUK dilancarkan dengan kerjasama Pihak Berkuasa Pelancongan Saudi untuk menyediakan rangkaian perkhidmatan di seluruh ekosistem Visit Saudi termasuk memudahkan visa, permit, proses tempahan dan prosedur. NUSUK adalah antara inisiatif Program Pengalaman Jemaah Wawasan 2030. Aplikasi ini perlu dimuat turun ke dalam telefon bagi membolehkan jemaah memilih tarikh dan masa yang dirancang untuk memasuki RAUDHAH. Hanya mereka yang telah memperolehi permit sahaja akan dibenarkan masuk oleh petugas masjid yang akan melakukan pemeriksaan diluar masjid. Jemaah hanya perlu menunjukan paparan PERMIT tersebut kepada petugas masjid dan kemudian barulah dibenarkan untuk memasuki Raudhah (Salsabila Aflah Tour & Travel, t.t). Namun begitu, aplikasi Raudhah ini tidak digunakan ketika musim haji kerana pihak TH terlebih dahulu menyusun masa dan jadual untuk jemaah memasuki Raudhah. Permit untuk Raudhah terhad. Ini boleh menyebabkan sesetengah jemaah tidak dapat masuk pada masa yang diinginkan. Akan tetapi, Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan kad NUSUK fizikal yang menjadi pengenalan diri jemaah. Kad ini perlu dibawa ke mana sahaja jemaah pergi. Tanpa kad ini, Jemaah boleh ditangkap oleh pihak berkuasa di Kota Mekah dan dianggap sebagai pesalah kerana memasuki Kota Mekah tanpa kebenaran. Jika seorang jemaah disoal, perkara pertama yang perlu ditunjukkan sebagai pengenalan diri adalah kad NUSUK ini. Apabila kad ini dicetak secara fizikal, akan berisiko kehilangan. Ini boleh mengakibatkan masalah besar kerana kad ini dianggap sebagai dokumen rasmi. Selain itu, masalah penggunaan bahasa dalam aplikasi yang lebih mesra bahasa Arab dan bahasa Inggeris tetapi kurang mesra bahasa Melayu. PENUTUP Integrasi teknologi dalam bimbingan haji telah membawa perubahan yang signifikan dalam pengalaman jemaah haji. Melalui penggunaan aplikasi mudah alih, platform dalam talian, dan alat komunikasi moden, jemaah kini dapat mengakses maklumat dan bimbingan dengan lebih mudah dan cepat. Malah penggunaan teknologi dalam proses bimbingan haji mampu meningkatkan keberkesanan dan kecekapan dalam penyampaian maklumat serta pengurusan jemaah dapat dipertingkatkan. Integrasi teknologi ini bukan sahaja meningkatkan pemahaman tentang ibadah haji, tetapi juga memudahkan pengurusan logistik dan komunikasi antara jemaah dan petugas bimbingan. Dengan adanya teknologi, proses bimbingan haji menjadi lebih teratur dan efisien, sekaligus meningkatkan keselamatan dan keselesaan jemaah. teknologi tidak hanya memudahkan urusan, tetapi juga memperkukuh keyakinan jemaah dalam menunaikan ibadah haji dengan lebih teratur dan berinformatif. Ini jelas menunjukkan bahawa penerapan teknologi dalam bimbingan haji adalah satu langkah strategik yang perlu diberi perhatian bagi memastikan keberkesanan dan kelestarian program bimbingan pada masa hadapan. Demi masa depan yang lebih gemilang, mungkin pihak TH boleh mempertimbangkan integrasi AI chatbot dalam THhujjaj’. Manakala pihak Arab Saudi boleh menghubungkan NUSUK dengan MyBorderPass. Oleh itu, adalah penting untuk terus mengembangkan dan memanfaatkan teknologi dalam bimbingan haji bagi memastikan pengalaman yang lebih baik dan bermakna bagi semua jemaah. Hal ini kerana peluang menunaikan haji hanya sekali seumur hidup. Penghargaan: Terima kasih kepada pihak Tabung Haji Malaysia kerana memberi peluang kepada penulis untuk menjadi salah seorang jemaah haji Malaysia 2025.

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=