E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)

MANASIK2025 Putrajaya, Malaysia, 7-8 Oktober 2025 511 jurnal, disertasi, tesis, latihan ilmiah, buku, majalah, artikel, laporan, risalah, surat khabar dan laman web. Pengalaman peribadi yang terlibat secara langsung dalam kursus bimbingan haji melibatkan refleksi dan analisis serta pengamatan terhadap situasi berkaitan dengan pengurusan haji dengan penggunaan teknologi AI. Metodologi ini dapat memberikan gambaran mendalam tentang pengalaman subjektif dan persepsi pengguna terhadap aplikasi AI dalam TH. INTEGRASI TEKNOLOGI DALAM BIMBINGAN HAJI: SATU PERKONGSIAN PENGALAMAN Perkembangan teknologi dalam ibadah haji dapat dilihat melalui beberapa era yang berbeza, masing- masing membawa perubahan yang signifikan dalam cara ibadah ini dilaksanakan. Masyair haji, yang merujuk kepada perjalanan dan ritual yang dilakukan oleh jemaah haji di tempat-tempat suci seperti Mina, Arafah dan Muzdalifah, juga telah dipermudah dengan adanya teknologi. Dari masa lampau hingga era digital, teknologi telah memainkan peranan penting dalam mempermudah dan meningkatkan pengalaman jamaah haji. Melihat ke masa depan, teknologi terus berkembang dengan adanya inovasi baharu seperti penggunaan kecerdasan buatan (AI) untuk pengurusan keramaian dan analisis data untuk meningkatkan pengalaman jemaah. AI dapat digunakan untuk mengoptimumkan pengurusan pengangkutan, kawalan keramian dan pengurusan logistik, menjadikan pelaksanaan ibadah haji lebih efisien dan lestari. Dengan adanya teknologi ini, ibadah haji dapat dilaksanakan dengan lebih lancar dan khusyuk serta memberikan pengalaman yang lebih baik bagi para jemaah (e-Wacana, 2025). Di Malaysia, Lembaga Tabung Haji (TH) telah memperkenalkan pelbagai teknologi untuk mempermudah pengurusan haji. Sistem pendaftaran dan pengurusan data jemaah kini dilakukan secara digital, mengurangkan birokrasi dan mempercepatkan proses permohonan. Aplikasi mobile yang dibangunkan oleh TH menyediakan panduan lengkap mengenai pelaksanaan ibadah haji, termasuk jadual perjalanan, lokasi tempat ibadah dan maklumat penting mengenai kesihatan serta keselamatan. Sistem biometrik seperti pengenalan wajah dan cap jari digunakan untuk pengesahan identiti, memastikan keselamatan dan kecekapan dalam pengurusan jemaah. i) WhatsApp WhatsApp memainkan peranan yang signifikan bagi jemaah haji dalam pelbagai aspek, terutamanya dalam meningkatkan komunikasi, keselamatan, dan pengalaman keseluruhan semasa menunaikan ibadah haji. Menyingkap pengalaman, perkara pertama yang perlu diikuti oleh peserta yang memperoleh pesanan ringkas dari pihak TH ialah perlu mengikuti Kursus Asas Haji yang dikendalikan oleh pihak TH. Oleh itu, para peserta kursus perlu menyertai kumpulan WhatsApp yang disediakan oleh pihak TH. Bakal jemaah haji boleh mengikut Kursus Asas Haji di masjid yang berhampiran dengan tempat tinggal masing-masing. Kursus Asas Haji ini dilaksanakan di masjid yang terpilih. Untuk itu, bakal jemaah haji yang mengikuti Kursus Asas Haji digalakkan menyertai kumpulan WhatsApp yang dikendalikan oleh pihak masjid tempat kursus ini. Maklumat kursus seperti tarikh kursus, bahan-bahan kursus seperti nota dan penceramah kursus sentiasa dikemaskini di dalam kumpulan WhatsApp ini. Malah, kehadiran kursus diambil dengan cara mengimbas respon pastas (Kod QR). Ini sangat memudahkan bakal jemaah haji. Akan tetapi terdapat sedikit kekurangan dalam kelebihan teknologi yang pantas ini iaitu tahap penguasaan teknologi dalam kalangan warga emas. Golongan ini perlu dibantu untuk mengimbas kod QR bagi mengesahkan kehadiran dalam Kursus Asas Haji. Ketika di Madinah dan di Mekah, WhatsApp juga menjadi platform penyampaian maklumat pihak TH kepada para jemaah haji. Ini termasuk jadual perjalanan, lokasi berkumpul dan arahan dari pihak TH. WhatsApp juga menjadi tempat pertanyaan para jemaah jika terdapat kemusykilan. Jemaah juga boleh menggunakan WhatsApp untuk berkongsi gambar dan video pengalaman semasa haji, yang boleh menjadi kenangan berharga serta sumber inspirasi kepada orang lain. Contohnya, menghantar gambar Masjidil Haram kepada rakan-rakan dan keluarga yang tidak dapat hadir. Dengan WhatsApp juga membolehkan jemaah berhubung dengan keluarga dan rakan-rakan dengan mudah, tanpa mengira

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=