E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)

MANASIK2025 Putrajaya, Malaysia, 7-8 Oktober 2025 510 Berdasarkan kajian oleh Yusof et al. (2021), integrasi AI dalam bidang pendidikan dan latihan ibadah mampu mempertingkatkan tahap kefahaman dan keberkesanan proses pembelajaran, sekali gus menyumbang kepada pelaksanaan ibadah yang lebih sempurna dan bermakna. Oleh yang demikian, penggunaan AI dalam bimbingan haji bukan sahaja memberi manfaat dari segi keberkesanan komunikasi, malah turut menyumbang kepada peningkatan kualiti dan keberhasilan proses persiapan jemaah dalam menunaikan ibadah yang suci ini. Kertas kerja ini perkongsian pengalaman sebagai pengguna aplikasi tersebut dalam bimbingan kursus haji yang di bawah kelolaan TH. SOROTAN LITERATUR Sorotan kajian tentang haji merangkumi pelbagai aspek yang berkaitan dengan perjalanan ibadah ini, termasuk sejarah, pengurusan, pengalaman jemaah, serta impak sosial dan ekonomi. Melalui kajian ini, akan dapat menghargai kepentingan haji bukan sahaja sebagai ibadah, tetapi juga sebagai fenomena sosial yang kompleks. Antaranya ialah kajian oleh Hasanulddin et.al (2020) yang bertajuk “Metode Bimbingan Lembaga Tabung Haji Terhadap Jemaah Haji Malaysia: Satu Tinjauan Awal”. Kajian ini menyorot metode bimbinganTH kepada para jemaah haji Malaysia serta membuat penilaian ringkas terhadapnya. Kajian menggunakan metode analisis dokumen, temu bual dan dianalisis menggunakan metode analisis kandungan dan perbandingan. Hasil kajian ini mendapati TH mempunyai pendekatan dan manhaj yang tersendiri dalam bimbingan terhadap jemaah haji Malaysia. Ia dikawal selia oleh badan tertinggi yang dikenali sebagai Ahli Jawatankuasa Pakar Rujuk Ibadah Haji TH-JAKIM (AJPIH). Manakala keseluruhan rujukan yang digunakan adalah berautoriti yang menggambarkan kredibiliti yang ada pada bimbingan TH. Bimbingan yang dikemukakan menepati pendekatan ulama mazhab al- Shafi‘e . Di samping panel pengarang juga memiliki pendekatan yang fleksibel ketika membincangkan permasalahan hukum yang tertentu. Kajian ini dapat menyumbang saham dalam merungkai kemusykilan yang dilontarkan secara ilmiah dan kritis. Selain itu, jurnal hasil kajian Wan Zahari dan Ahmad Faisal (2019) bertajuk “ Sejarah Perjalanan Haji Orang Melayu Ke Mekah (1911-2017 Masihi) .” Hasil kajian telah menunjukkan bahawa terdapat ramai dalam kalangan orang Melayu yang mengerjakan ibadah haji sekitar tahun 1911-2017 Masihi dengan menaiki kapal laut dan kapal terbang. Mereka juga telah menyediakan pelbagai keperluan sebelum berangkat ke Mekah. Antara perkara yang dikupas dalam artikel ini ialah berkaian dengan sejarah perjalanan seorang Jemaah haji bermula dengan penyimpanan kewangan yang mencukupi termasuk sumbangan tajaan yang disediakan oleh beberapa buah negeri sebagai tanda sokongan kepada jemaah haji dan menghadiri kursus bimbingan sebagai persediaan diri ke tanah suci, Walaupun pelbagai perkara persiapan mengerjakan haji dilakukan secara manual, tidak menjadi halangan untuk setiap umat Islam menyimpan cita-cita untuk menjejak kaki ke Mekah. Berikutnya artikel oleh Nurin Sahira & Farid (2022) tentang “ Pelaksanaan Haji Dalam Kalangan Masyarakat Melayu Satu Analisis Teks Tuhfat Al-Nafis .” Artikel ini memilih teks Tuhfat al-Nafis yang merupakan teks yang ditulis sekitar tahun 1866-1872M sebagai bahan kajian. Teks ini menyebut mengenai perjalanan dua tokoh bangsawan Riau iaitu Raja Ahmad dan Raja Ali Haji dalam melaksanakan haji. Selain itu artikel ini menjelaskan perjalanan haji Raja Ahmad dan rombongan ke tanah suci serta pengalaman dalam pelaksanaan ibadah haji tersebut. Selain itu, artikel ini juga menitikberatkan tentang catatan di Kota Makkah dalam penglibatan masyarakat Melayu dalam pendidikan, politik dan sosial. Justeru didapati bahawa pengalaman peribadi dalam melaksanakan haji dan peristiwa yang dilalui semasa pelaksanaan tersebut menjadi input yang bernilai dalam sejarah pelaksanaan haji dalam kalangan orang Melayu. METODOLOGI Pada aspek metodologi pula, kertas kerja ini menggunakan metodologi secara kualitatif. Pengkaji telah membuat penekanan kepada refleksi pengalaman peribadi dan digabungkan dengan kajian perpustakaan yang melibatkan pelbagai jenis bahan rujukan. Sumber-sumber rujukan tersebut adalah berbentuk,

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=