E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)

MANASIK2025 Putrajaya, Malaysia, 7-8 Oktober 2025 492 semasa pelaksanaan ibadah haji, dan (iii) pemantapan rohani secara berterusan. Cadangan-cadangan ini diharapkan dapat membantu jemaah mengekalkan ketenangan mental, kestabilan emosi, dan kekuatan rohani agar perjalanan haji yang dilalui benar-benar mendekatkan diri mereka kepada Allah SWT serta mencapai matlamat haji yang mabrur. Solusi Cabaran Mental dan Emosi (Homesick) • Tarbiah Pra-Haji: Modul kaunseling dan bimbingan emosi sebelum berangkat membantu jemaah memahami bahawa perasaan rindu adalah normal serta sebahagian ujian rohani. • Sokongan Sosial: Rakan sebilik dan pembimbing haji berperanan sebagai “ support system ” untuk mendengar dan memberi motivasi. • Aktiviti Rohani: Mengisi masa dengan zikir, bacaan al-Quran, doa, dan menghadiri kuliah agama dapat mengurangkan rasa rindu. • Teknologi Terkawal: Komunikasi dengan keluarga melalui telefon atau aplikasi digital boleh mengurangkan kerinduan, namun perlu terkawal agar tidak menjejaskan tumpuan ibadah. Solusi Cabaran Penyesuaian Diri • Latihan Kognitif & Emosi Pra-Haji: Persediaan mental tentang kepadatan, jadual padat, dan suasana asing dapat mengurangkan kejutan budaya. • Pengukuhan Identiti Kolektif: Penekanan bahawa semua jemaah adalah “satu ummah” membantu mengurangkan rasa terasing dan meningkatkan kerjasama sesama jemaah (rujuk dapatan Khan, 2016). • Teknik Pengurusan Emosi: Mengamalkan doa sabar, istighfar, dan teknik pernafasan (breathing technique) untuk mengawal kegelisahan. • Pembimbing Haji Aktif: Peranan mutawwif/kaunselor lapangan penting dalam menenangkan jemaah melalui nasihat praktikal dan spiritual. Solusi Cabaran Cuaca Panas atau Sejuk Ekstrem • Persediaan Fizikal: Penggunaan pakaian sesuai (payung, topi, jaket, kasut selesa) serta membawa ubat asas. • Pengurusan Haba & Sejuk: Amalan hidrasi berterusan, berehat di tempat teduh, dan penggunaan lap basah ketika panas; manakala ketika sejuk, memastikan lapisan pakaian mencukupi. • Didikan Rohani: Kefahaman bahawa cuaca ekstrem adalah sebahagian daripada ujian haji yang menguji sabar dan reda. • Intervensi Kesihatan: Layanan kesihatan segera (klinik tabung haji, pusat rawatan) bagi jemaah yang menunjukkan simptom keletihan haba atau masalah pernafasan. Solusi Tekanan Rakan Sepenginapan atau Perjalanan • Latihan Toleransi & Empati: Kursus haji perlu menekankan kepentingan komunikasi berhemah dan menghormati perbezaan. • Pengurusan Konflik: Pembimbing haji dilatih mengurus konflik kecil (contoh: penggunaan

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=