E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)
MANASIK2025 Putrajaya, Malaysia, 7-8 Oktober 2025 490 OBJEKTIF KAJIAN 1. Meneliti cabaran psikospiritual utama jemaah Malaysia dalam ibadah haji. 2. Menghubungkan nilai sabar, husn al-khuluq , dan tazkiyah al-nafs dengan kesejahteraan mental- spiritual (mental wellness). 3. Mengemukakan cadangan penambahbaikan modul bimbingan haji Malaysia dengan penekanan aspek psikospiritual. METODOLOGI Kajian ini menggunakan pendekatan analisis kepustakaan melalui kitab turath, hadis Nabi SAW, serta penulisan kontemporari berhubung psikologi Islam, pengurusan haji, dan wellness studies. Di samping itu, ia turut meneliti dapatan laporan rasmi Tabung Haji, pengalaman lapangan, serta kajian lepas berkaitan kesihatan mental jemaah haji. Analisis tematik digunakan untuk mengenal pasti cabaran utama, prinsip Islam yang relevan, serta model cadangan yang bersifat holistik. JENIS-JENIS CABARAN TERHADAP PSIKOSPIRITUAL JEMAAH HAJI Terdapat beberapa jenis cabaran yang dihadapi oleh jemaah haji, khususnya dalam aspek psikospiritual. Cabaran ini merangkumi tekanan emosi, kesabaran yang diuji, disiplin diri yang menuntut pengorbanan, serta kehidupan berjemaah yang memerlukan toleransi dan empati. Antara cabaran-cabaran tersebut ialah: 1.1 Cabaran Mental dan Emosi Terhadap Persekitaran Baharu “Homesick” atau kerinduan kepada rumah dan keluarga sering dialami jemaah, terutama yang pertama kali ke luar negara, warga emas, dan mereka yang mempunyai hubungan emosional yang kuat dengan keluarga. Keadaan ini boleh membawa kepada: i. Kesedihan berpanjangan dan rasa kehilangan. ii. Kegelisahan (anxiety) kerana bimbang keselamatan ahli keluarga di tanah air. iii. Kurang fokus dalam ibadah kerana fikiran terganggu oleh kerinduan. iv. Kajian psikologi mendapati homesick boleh menjejaskan kesejahteraan mental, menyebabkan simptom seperti murung, kurang tidur, atau cepat marah (Thurber, 2012) Suatu ketika, tatkala baginda Nabi SAW dan para sahabat telah berhijrah ke Madinah, kesan “homesick” turut dirasai oleh baginda SAWdan para sahabat seperti yang dirasakan oleh Rasul SAW beberapa ketika sebelum turunnya ayat 144 dari surah al-Baqarah yang mengarahkan agar kiblat dialihkan ke arah Masjid al-Haram dari Masjid al-Aqsa. (al-Suyútî, Cetakan Pertama 1422H/2002M). Itu juga yang dirasakan oleh baginda selepas berlakunya peperangan Khandaq, hadirnya kerinduan kepada bumi Mekah sehingga mendorong baginda melakukan perjalanan umrah pada tahun ke 6 hijrah. (Al-Mubarakfurî, Cetakan Pertama 1428/2007). 1.1 Cabaran Penyesuaian Diri Peralihan mendadak ke persekitaran asing, rutin ibadah yang intensif, bunyi bising, jadual padat, serta kepadatan manusia menambah beban kognitif dan emosi. Kajian naratif kontemporari tentang Haji menunjukkan ia menimbulkan spektrum emosi (takjub, cemas, syukur) yang memerlukan proses penyesuaian berterusan agar pengalaman rohani kekal positif (Alzeer, 2024). Kepadatan manusia dalam persekitaran haji menurunkan rasa selamat, namun pengenalan sosial kepada jemaah haji bahawa
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=