E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)
MANASIK2025 Putrajaya, Malaysia, 7-8 Oktober 2025 473 ketiga, sistem Tanazul pula, bas membawa jamaah balik terus ke hotel tanpa bermalam di Mina yang merujuk kepada keperluan dan situasi. Isunya apabila bas lewat, keadaan sesak bas sukar bergerak, Jamaah yang tidak memahami system ini, telah menimbulkan pelbagai spekulasi dalam kalangan mereka. Pihak pengurusan acapkali meminta jamaah bersedia menerima pelbagai kemungkinan yang berlaku dengan tenang serta mengikut arahan pihak pengurusan. Hal ini juga melibatkan akidah, ibadah serta adab hamba kepada Allah yang mengatur segalanya. Ini juga elok diingatkan dalam kursus haji di Tanah Air kepada jamaah sebelum berangkat. Komunikasi Antara Jamaah, Petugas dengan Perbezaan Bahasa dan Budaya Arafah, Muzdalifah dan Mina merupakan antara tempat yang mustajab berdoa. Jamaah telah diingatkan melalui pelbagai kursus di Tanah Air, ditambah dengan beberapa ceramah lagi di Tanah Suci. Ingatan dan pesanan sentiasa diberikan agar mereka saling ingat mengingatkan, jaga hati, jaga lisan antara tujuh deria yang penting dijaga sepanjang hidup, terutama dalam beribadah, dalam ihram, sesama rakan sebilik, rakan sekhemah. Cuma, ada ketika emosi yang kurang stabil, atau di luar kawalan, mereka melontarkan kata kata tanpa berfikir bertindak tanpa berbincang, sebelum berkomunikasi, ini menyumbang kepada ketidakselesaan dalam kalangan jamaah lain, para petugas atau ahli keluarga, terutama semasa berada di tempat mustajab doa. Bila berlaku perkara diluar jangkaan, timbul pula andaian yang negatif, akan muncul rafath, jidal dalam kalangan jamaah. Bahkan ketika itu, jamaah terlupa yang mereka berada di tempat mustajab doa, sedang beribadah, dan mereka kesampingkan akidah dan adab di Tanah Suci. Antara Cadangan Strategi Dan Pendekatan Dalam Penyelesaian Permasalahan Jamaah Haji Dan Petugas Haji Di Arafah , Muzdalifah Dan Mina Tatacara Pengelolaan dengan Sistem Berteknologi Apabila jamaah mula beransur menaiki bas seperti yang diatur oleh pihak pengurusan, bermula dari tempat penginapan selesa ke khemah Arafah, Muzdalifah dan Mina. Dengan sokongan teknologi digital yang canggih dihujung jari, whats up, telegram atau lain, semua maklumat, arahan, mudah disampaikan dan mereka yang mahir menggunakan aplikasi seperti Nusuk atau Tawakkalna begitu juga arahan, jadual serta maklumat penting dapat disampaikan kepada jamaah. Tetapi perlu diingat yang ketinggalan adalah, kumpulan warga emas samada lelaki atau wanita yang kurang mahir, yang tidak peka dengan maklumat terkini, selalunya tertinggal mengikuti program atau taklimat, maka mereka lebih selesa duduk dalam khemah, berjamaah solat di tempat yang dekat dan mudah. Kecuali rakan sekhemah prihatin terhadap golongan ini. Contoh seperti yang termaklum, di Mina pihak pengurusan telah menetapkan masa dan tempat berkumpul untuk ke jamarat tetapi, ada juga mereka yang sakit tidak dimaklumkan, yang letih, lesu dan tertidur, tidak dibangunkan, begitu juga yang patutnya datang berpasangan tapi hanya seorang, ada yg sakit kronik atau sakit mental yang berlaku di sana, golongan ini akan tertinggal dari kumpulan, dan pelbagai isu lain lain lagi yang muncul. Sebaiknya di Malaysia lagi, diterapkan rasa kekitaan dalam kalangan jamaah semasa ceramah atau taklimat dalam kursus yang dianjurkan oleh TH. Agar jamaah berasa siapsiaga menerima dengan tangan terbuka dan berlapang dada terhadap apa juga kemungkinan yang berlaku, sama seperti mereka berada di Malaysia. Bagi jamaah, mahupun petugas, terutama yang melaksanakan haji kali pertama, berjiwa kekitaan ini pasti akan memberi impak yang besar terhadap akidah, ibadah serta akhlak mereka dalam mempersembahkan ibadah haji yang diimpikan mabrur disisi Allah. Pengurusan Krisis dan Keselamatan Petugas dan Jamaah Dalam menguruskan pelbagai krisis, seperti contoh berdasarkan pengalaman dan pengamatan kajian, jamaah pelbagai saiz tubuh, peruntukan khemah atau alatan adalah sama saiz mengikut perkiraan dan sukatan pihak Saudi dalam menyediakan perkara tersebut. Tindakan pantas pengurusan dan petugas membuat pemantauan sebelum jamaah sampai, semasa jamaah sampai, amatlah baik. Bila bilangan jamaah dan keluasan khemah tidak seimbang, pihak tersebut memang perlu bertindak di luar kotak pemikiran bagi atasi kelebihan bilangan jamaah yang tersadai di lorong laluan, yang duduk di luar khemah atau bina khemah sendiri, dengan mengikhtiarkan tempat yang bersesuaian. Ketika ini kebanyakkan jamaah yang emosinya tidak stabil, memang peranan pengurus dan para petugas amat
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=