E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)
MANASIK2025 Putrajaya, Malaysia, 7-8 Oktober 2025 474 diperlukan untuk meredakan keadaan. Contoh kedua, kajian dapati apabila segelintir jamaah warga emas yang bersemangat berjalan kaki untuk pergi melontar di jamarat tetapi, di pertengahan jalan, ada yang cedera atau terlalu keletihan , untuk menunggu bantuan mengambil masa yang lama, kecuali disedari pihak Saudi atau pertolongan rakan rakan. Jika tidak, jamaah akan duduk lama di tempat yang mereka cedera, atau terpaksa menunggu rakan mereka memaklumkan kepada pihak pengurusan setelah sampai di khemah, bagi mendapatkan bantuan. Perkhidmatan Keselamatan dan Kesihatan Berkaitan isu perkhidmatan untuk beberapa tahun kebelakangan ini, semua dalam keadaan terkawal, kerana peringatan kerap diulang ulang siar agar jamaah berhati hati dalam menjaga keselamatan dan kesihatan diri, dalam pergerakan di persekitaran, ubatan tidak diabaikan terutama yang dalam rawatan. Jika di Tanah Air ada hospital, ada KKM, bila jamaah berada di Masya’ir, pihak pengurusan telah menyediakan Klinik Maktab, dan untuk mendapatkan perkhidmatan perubatan, laluan untuk ke klinik tersebut terkadang membuat ramai jamaah kalut, terutama golongan warga emas kerap terkeliru, sebaiknya diingatkan awal lagi kepada jamaah dalam taklimat sebelum berangkat ke Arafah, apabila sampai di Arafah, jamaah dikelilingi dengan khemah, untuk menuju ke Klinik Maktab adalah, di mana lokasi pejabat pengurusan, di sebelahnya ada klinik telah disediakan. Penempatan Strategik bagi Jamaah dan Petugas Untuk setakat ini, merujuk zaman kajian menunai haji akhir tahun 80an, memang terlalu banyak perubahan dari masa ke masa penempatan di Masya’ir , mengikut yang disediakan oleh Kerajaan Saudi, bahkan semakin kemas, tersusun mengikut kawasan negara negara yang telah ditetapkan. Dalam pemerhatian kajian, penempatan jamaah telah disusunatur dengan baik oleh pihak pengurusan TH, ada surau, pejabat, klinik termasuk khemah para petugas dan jamaah adalah dalam keadaan yang strategik. Cuma ketidak selesaan itu bergantung kepada individu jamaah itu sendiri. Bimbingan dan Pendidikan yang Berterusan Pihak pengurusan tidak pernah mengabaikan jamaah, terutama dalam bahagian bimbingan ibadah. Dari Tanah Air ke Makkah atau Madinah, disusunatur jadual ceramah ibadah dan taklimat, disediakan sesi soal jawab di akhir ceramah dan taklimat, terkini juga disediakan secara on line whats up, sistem e TAIB, untuk membantu jamaah dalam meyakini ibadah yang dilaksanakan, sehinggakan sepanjang jamaah berada di Masya’ir, bantuan menjawab soalan jamaah secara bersemuka, atau dengan cara maya melalui sistem e-TAIB, semua dibimbing oleh PIHTAS dan pihak pengurusan. Bimbingan solat berjamaah, tazkirah, tausiah, khutbah Arafah dan pelbagai aktiviti seperti tadarrus AL-Quran, hidupkan zikir dan lain lain lagi sebagai pengisian ruhani bagi jamaah, sepanjang berada di bumi Arafah, Muzdalifah dan Mina. Ada kalanya, segelintir jamaah lebih selesa buat sendiri amalan seperti membaca al Quran kerana hajat, atau berzikir secara individu. Dalam era kecerdasan Buatan (AI) ini, pihak bimbingan boleh menambah satu lagi kaedah untuk membimbing jamaah dengan promosi, peringatan, amaran atau provokasi melalui iklan pendek katun AI dalamasa 5-7 minit sebelum ceramah atau taklimat, samada situasi di Arafah, perbualan di Muzdalifah, karenah jamaah di Mina yang bersesuaian dengan tajuk setiap minggu dalam kursus yang dilaksanakan di Tanah Air, dalam KAH, KIH, KKH dan KPH. Jika diterapkan juga dalam ceramah atau taklimat di Tanah Suci juga dapat membantu jamaah. KESIMPULAN 1. Keselamatan dan keselesaan para petugas dan jamaah, adalah matlamat utama Tabung Haji dalam merealisasikan ibadah yang mulia di tempat yang mulia 2. Kelancaran ibadah jamaah dan peranan petugas dengan kesihatan yang stabil, adalah menjadi hasrat utama semua pihak untuk terus beribadah. 3. Pengurangan risiko kesesakan pengangkutan, penempatan, atau lain lain, majoritinya berkait
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=