E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)
MANASIK2025 Putrajaya, Malaysia, 7-8 Oktober 2025 472 yang boleh berhimpun di Arafah, Muzdalifah dan bumi Mina, tidak boleh dinafikan tetap ada insan insan yang berasa tidak selesa dalam situasi ini. Antaranya seperti berada dalam kawasan di sekitar khemah, situasi di dalam khemah, dengan kemunculan jamaah belum pernah dikenali dan pelbagai latar belakang, dalam keadaan yang kekurangan atau tiada keserasian, ditambah lagi perlu banyak berjalan kaki untuk memenuhi keperluan diri, dengan perihal yang pelbagai lagi. Ada jamaah yang boleh terima semua ini dengan seadanya tetapi ada yang sangat terkesan dan sukar untuk menerimanya, yang boleh menimbulkan pelbagai lagi permasalahan lain. Faktor Cuaca Panas Melampau Beberapa tahun kebelakangan ini hingga 2025, memang amat disedari bahawa cuaca amat panas, membahang hingga ke subuh, Kebanyakkan jamaah rehatkan diri selepas subuh kerana berasa selesa pada waktu tersebut Tetapi apabila sentiasa berhadapan dengan cuaca panas untuk ke masjid mulai zohor hingga waktu isyak, yang mereka tidak pernah dialami di Tanah Air, tambahan pula panas melampau ini semasa berada kawasan Masya’ir, di Arafah, Muzdlifah dan Mina. Hal ini juga telah menyumbang kepada kecelaruan emosi, tenaga yang letih lesu terutama golongan warga emas, jamaah yang sakit, disamping hal hal lain. Walaupun maklumat tentang cuaca dan situasi di Tanah Suci telah diberikan pendedahan awal dan diketahui jamaah, semasa di dalam kursus KAH, KIH, KPH atau KKH di Tanah Air tetapi, maklumat ini perlu diingatkan agar mereka siapsiaga menerima suasana ini secara terbuka dari segi mental fizikal dan ruhani, redha dengan ikhtiar. Isu Kesihatan dan Keselamatan Ketahanan mental dan fizikal amat penting apabila jamaah berhasrat untuk menunaikan fardhu haji. Selain bekalan ubatan persendirian, bila berhadapan dengan ribuan dan jutaan manusia, tidak boleh dinafikan, ada jamaah Malaysia dan negara lain yang terkena penyakit berjangkit, ada yang terlibat dengan kemalangan atau kecederaan kecil atau besar atau kes kematian, atau isu mistik yang kebanyakkannya di luar jangka. Isu kepelbagaian ini, memerlukan persediaan diri dalam aspek ruhani, jasmani dan mental jamaah agar menerima dengan redha hal tersebut terlebih dahulu. Kemudian pihak tertentu usahakan membantu selain daripada sokongan ubatan, hospital, khidmat kaunseling,atau lain lain yang telah disediakan oleh pihak TH. Arahan penting yang perlu diakur oleh jamaah yang dimaklumkan oleh pihak TH perlu sentiasa dipatuhi jamaah, terutama ketika berada di persekitaran Masya’ir iaitu, Arafah, Muzdalifah dan Mina tanpa diabaikan dan terima tanpa syarat arahan tersebut. Tetapi sebaliknya, seperti contoh permasalahan timbul apabila ada dalam kalangan jamaah yang balik ke hotel Makkah, ada yang hendak berulang alik Mina ke Makkah tanpa memaklumkan kepada pihak pengurusan, kemudian ada yang sakit ketika hendak kembali ke khemah, ada juga jamaah yang tersasar apabila pada awalnya jamaah yakin semua boleh dilaksanakan sendiri. Tetapi berlaku sebaliknya, di luar jangka. Maklumat lewat sampai kepada pihak pengurusan. Tindakan yang wajar memang akan terus diambil oleh pihak pengurusan tetapi pihak jamaah perlu terima denga redha antara cepat atau lambat bantuan akan sampai, samada lipan bara, petugas Kebajikan atau petugas Kesihatan, hal ini juga perlu diingatkan dari Tanah Air lagi agar tidak berulang agar semua pihak dapat beribadah dengan tenang terutama ketika di Masya’ir. Jamaa h yang berisiko, menjadi ujian. Jamaah yang tenang menyumbang kemabruran. قالت عائشة : أن رسول الله صلى الله عليه و سلم قال : ما من يوم اکثر من أن يعتق الله فيه عبدا من النار , من يوم عرفة Berkata Aishah RA, bahawa Rasullah SAW bersabda : “ Tidak ada sehari yang lebih banyak dibebaskan hamba- NYA daripada api neraka melainkan pada hari Arafah” (HR Muslim.No Hadith 1348.jil 2.Ms 982) Logistik dan Pergerakan Jamaah Apa yang kita ketahui dan difahamkan, setiap tahun pihak TH telah menyediakan banyak bas yang bertujuan mengangkut jamaah dari airport ke hotel, dari hotel ke Arafah, Muzdalifah dan Mina dan balik ke hotel semula serta dari Madinah ke Makkah juga sebaliknya. Merujuk system pengangkutan untuk jamaah ke kawasan Masyer, ada tiga, iaitu pertama sistem Regular iaitu biasa, seperti cara taraddudiyah yang dilaksanakan oleh pihak TH. Yang kedua kebelakangan ini penggunaan system Murur, iaitu bas membawa jamaah bergerak terus dari Arafah ke Mina dengan hanya lalu sahaja di Muzdalifah. Dan
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=