E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)

MANASIK2025 Putrajaya, Malaysia, 7-8 Oktober 2025 471 CABARAN DALAM MENANGANI PERMASALAHAN JAMAAH DI MASYA’IR Hamidah Binti A Razak PENDAHULUAN Rukun Islam yang ke lima adalah melaksanakan fardhu haji. Kesempurnaan ibadah haji bermaksud mengunjungi Baitullah al Haram, untuk menunaikan ibadah khusus ini perlulah penuhi segala syaratnya yang khusus. Antara penyumbang kesempurnaan ibadah haji tersebut, sedaya upaya mesti berada di Arafah. Wukuf di Arafah bermaksud jamaah haji berada di Kawasan Arafah dengan syarat dan hukum tertentu, Al Nawawi, Yahya bin Sharif.1994.Al Idah Fi Manasik al Hajj Wa al Umrah.ms 262. Kawasan Masya’ir al Haram terletak di M akkah, ia merupakan kawasan penting yang merangkumi bumi Arafah, Muzdalifah dan Mina. Ia menjadi tumpuan dan tempat klimaks ibadah haji bagi jamaah haji yang hadir setiap tahun di Tanah Suci. Sabda Nabi SAW, ibadat haji itu adalah berwukuf di bumi Arafah, Riwayat Ahmad, Ibnu Hibban dan al Hakim. Masya’ir al Haram juga merupakan antara tempat wujudnya pelbagai cabaran bagi para petugas haji TH, petugas tempatan kerajaan Saudi Arabiah, yang berperanan sebagai penyantun dan jamaah haji berperanan sebagai tetamu Allah. Namun tidak dinafikan wujud pelbagai masalah yang menggugat keselesaan dan ibadah mereka. Sewajarnya kedua pihak saling melengkapi, terangkum baik dalam acuan aqidah, ibadah dan akhlak tasawuf yang sebenar jika mereka benar benar menghayati perjalanan ibadah yang mulia ini. Merujuk Syeikh Nuh Salman al-Qudah apabila ditanya yang tersirat disebalik ibadat haji, beliau menyatakan, dengan ibadat haji dapat diperoleh banyak manfaat selain memuji Allah SWT, usaha ibadah zahir, ia adalah untuk mengabdikan diri kepada Allah agar mabrur, melalui firman Allah SWT, ليشهدوا منفع لهم و يذکروا اسم الله في أيام معلومات على ما رزقهممن بهيمة الأنعام فکلوا منها و أطعموا الباءس الفقير (Al-Quran.Al-Hajj:28) “Supaya mereka menyaksikan berbagai perkara yang mendatangkan faedah kepada mereka serta ingat dan menyebut nama Allah, pada hari-hari tertentu, kerana kurniaanNYA kepada mereka dengan haiwan- haiwan ternakan, makanlah kamu dari (daging) haiwan yang yang dijadikan korban, dan berilah makan kepada orang yang fakir miskin.” Objektif 1. Mengenalpasti perihal yang menjadi cabaran utama yang dihadapi oleh jamaah dan para petugas semasa di Masya’ir al Haram. 2. Menganalisis perihal faktor permasalahan jamaah di Masya’ir al Haram 3. Menilai usaha yang telah dilaksanakan dalam menangani permasalahan tersebut. 4. Membina hubungan baik dalam kalangan petugas haji TH, petugas haji tempatan Saudi Arabia dan kalangan jamaah. 5. Mencadangkan beberapa langkah penambahbaikan dalam menangani perrmasalahan para petugas dan jamaah di Masya ’ir.al Haram ANTARA CABARAN JAMAAH HAJI DI ARAFAH, MUZDALIFAH DAN MINA Kepadatan dan Kesesakan Jamaah Pada 9 Zulhijjah jamaah haji, berwukuf di bumi Arafah. Ia antara rukun haji yang mesti dilaksanakan oleh jamaah yang hadir ke Makkah setiap musim hajitiba. Apabila jamaah seluruh dunia hadir dengan niat yang sama, Arafah menjadikan tapak perhimpunan yang sangat padat dan sesak. Walaupun ramai

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=