E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)

MANASIK2025 Putrajaya, 7-8 Oktober 2025 47 mutawwif namun masih terdapat kes-kes kesalahan umrah yang berlaku akibat terlepas pandang dan kecuaian kecil yang boleh menyebabkan kesan yang besar terhadap hukum umrah. Terkini, kita dikejutkan dengan berita seorang jemaah lelaki yang balik dari Tanah Suci dalam keadaan berihram. Selepas lapan tahun barulah dia menyedari dia masih lagi berada dalam keadaan berihram. Ini kerana semasa beliau melakukan umrah, beliau telah menyentuh bangunan Kaabah. Sedangkan salah satu daripada syarat-syarat sah tawaf dalam Mazhab Syafie ialah tawaf di luar daripada bangunan Kaabah. Ini bermakna, semasa tawaf jemaah tidak boleh menyentuh bangunan Kaabah, kelambunya, Syazarwan dan Hijir Ismail. Akibat daripada itu, perbuatannya mengahwinkan tiga orang anaknya tidak sah menurut Mazhab Syafie kerana dia masih lagi berada dalam keadaan berihram (MStar Online, 15 Ogos 2023; Al- Khatib al-Shirbini, 2000). Justeru itu, selari dengan perkembangan teknologi maklumat dan multimedia, kajian ini mengimplementasi teknologi itu dengan mereka bentuk dan membangunkan aplikasi mudah alih Senarai Semak Umrah (Umrah D’jaRI) sebagai alat bantu bagi menyempurnakan pelaksa naan ibadah umrah. Aplikasi Umrah D’jaRI menyediakan dan menyenaraikan senarai penting melibatkan rukun, wajib dan sunat -sunat dalam pelaksanaan umrah. Apabila jemaah dapat melepasi semua senarai semak ini, ibadah umrah seseorang jemaah itu dikira sah dan sempurna. Senarai semak dalam aplikasi ini merangkumi rukun, wajib dan sunat dalam pelaksanaan umrah yang dipilih daripada pandangan Mazhab Syafie dan keputusan-keputusan Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan oleh Tabung Haji. Pandangan fiqh haji dan umrah oleh Tabung Haji adalah pandangan fiqh yang paling muktamad yang perlu diikuti dalam industri umrah di Malaysia. Seterusnya pihak pembangun aplikasi ini akan senantiasa mengemaskini kandungan item-item senarai semak berdasarkan keputusan-keputusan terkini yang diperolehi melalui Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan yang bersudang pada tiap-tiap tahun. Dengan bilangan jemaah umrah yang sentiasa bertambah saban tahun, Aplikasi Umrah D’jaRI boleh membantu memudahkan tugasan seorang mutawwif bagi memastikan ibadah jemaahnya adalah sah dan sempurna. Di samping itu juga, aplikasi ini boleh digunapakai secara kendiri oleh jemaah persendirian yang pergi ke Tanah Suci tanpa bimbingan mutawwif. Tuntasnya, jemaah boleh menggunakan aplikasi ini untuk mengulangkaji pelaksanaan ibadah umrah sebelum berangkat ke Tanah Suci dan juga sebagai senarai semak bagi memastikan pelaksanaan ibadah umrah yang telah dilakukannya adalah sah dan sempurna. SOROTAN LITERATUR Perkembangan aplikasi mudah alih berkaitan ibadah haji dan umrah telah mendapat perhatian dalam konteks tempatan dan antarabangsa. Usaha ini lahir daripada keperluan untuk mengurangkan kesilapan jemaah ketika melaksanakan ibadah, di samping menyediakan panduan digital yang mudah diakses. Namun, analisis literatur menunjukkan fokus aplikasi berbeza antara logistik, panduan ritual, serta fungsi checklist syarak. Di Malaysia, aplikasi Umroo – Umrah & Hajj Personal Tracker dibangunkan oleh Proven Mobility (Malaysia) Sdn. Bhd. Aplikasi ini menekankan aspek penjejakan GPS masa nyata, komunikasi dua hala, itinerari dan notifikasi. Fungsi ini membantu mutawwif dan agensi mengawal pergerakan jemaah di lapangan (Proven Mobility, 2024). Walaupun bermanfaat, aplikasi ini lebih berfokus kepada logistik berbanding panduan ritual syarak.

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=