E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)

MANASIK2025 Putrajaya, 7-8 Oktober 2025 48 Aplikasi lain ialah Manaseek , yang dibangunkan oleh Manaseek International Sdn. Bhd. Ia menyediakan platform sehenti untuk pembelian pakej umrah, barangan, dan khidmat tambahan berkaitan ibadah (Manaseek, 2023). Walau bagaimanapun, fungsi utamanya bersifat komersial dan logistik, bukan checklist ibadah. Kajian akademik turut memperkenalkan MyUmrah: A Digital Umrah Mobile Guide Application yang dibangunkan di Malaysia menggunakan pendekatan reka bentuk berpusatkan pengguna (UCD). Aplikasi ini menyediakan panduan doa, rukun dan tatacara ibadah, dengan penekanan kepada kebolehgunaan dan akses maklumat (Zainuddin et al., 2023). Walaupun begitu, aplikasi ini lebih menekankan panduan umum berbanding fungsi senarai semak sah atau batal ritual secara mendalam. Di peringkat global, aplikasi My Umrah Companion oleh BookMyUmrahTrip menyediakan interactive checklist untuk persiapan dan pelaksanaan ibadah, termasuk doa, panduan langkah demi langkah dan alat tasbih digital (BookMyUmrahTrip, 2022). Fungsi ini lebih hampir dengan konsep checklist ritual kerana ia membolehkan jemaah menanda setiap fasa ibadah yang telah disempurnakan. Aplikasi lain seperti My Personal Hajj-Umrah Guide menekankan persiapan ibadah dengan menyediakan preparation checklist , panduan doa dalam pelbagai bahasa, serta ujian kefahaman interaktif (TMS, 2022). Aplikasi ini menunjukkan pendekatan antarabangsa lebih menekankan fungsi panduan syarak dan pendidikan berbanding aplikasi tempatan yang lebih cenderung kepada logistik. Selain itu, Nusuk, aplikasi rasmi Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi, digunakan secara meluas oleh jemaah termasuk Malaysia. Walaupun fokusnya ialah permit, slot ibadah Raudhah dan logistik perjalanan, ia turut menyediakan panduan umum pelaksanaan ibadah (Ministry of Hajj & Umrah, 2023). Sorotan literatur menunjukkan bahawa aplikasi tempatan di Malaysia cenderung menekankan aspek logistik dan maklumat umum, manakala aplikasi antarabangsa lebih banyak mengintegrasikan checklist ritual dan fungsi pendidikan interaktif. Hal ini menandakan wujudnya jurang dalam pembangunan aplikasi tempatan, khususnya keperluan kepada platform digital yang memudahkan urusan kesempurnaan ibadah dari perspektif syarak berdasarkan Mazhab Syafie dan Keputusan Muzakarah haji Peringkat Kebangsaan. METODOLOGI Metodologi kajian yang diguna berasaskan model Reka bentuk berpusatkan Pengguna (RBP – User- Centered Design ) melibatkan empat (4) fasa kajian terdiri daripada: Fasa Analisis: Penentuan masalah kajian diselaraskan secara komprehensif pada fasa ini. Kemudian, aktiviti menentukan keperluan pengguna sebenar iaitu berfokus kepada Jemaah umrah dilaksanakan untuk memperoleh spesifikasi keperluan pengguna sebenar. Pengesahan hasil pemetaan spesifikasi keperluan pengguna sebenar daripada Jemaah umrah dilaksanakan pada fasa ini. Fasa reka bentuk: Input dalam fasa ini ialah spesifikasi keperluan Jemaah umrah yang akan diguna untuk mereka bentuk papan cerita antara muka aplikasi prototaip menggunakan perisian Adobe XD. Pengesahan hasil reka bentuk papan cerita ini dilaksana terhadap pakar. Hasil daripada fasa ini ialah papan cerita. Fasa pembangunan: Input dalam fasa ini pula ialah papan cerita yang akan diguna sebagai panduan kepada pembangun untuk membangunkan aplikasi Umrah D’jari. Hasil daripada fasa ini ialah aplikasi Umrah D’jaRI yang berfungsi sepenuhnya.

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=