E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)

MANASIK2025 Putrajaya, 7-8 Oktober 2025 46 APLIKASI UMRAH D’JARI SEBAGAI MEDIUM PINTAR BAGI PEMANDUAN IBADAH UMRAH Jamalluddin bin Hashim ( Corresponding author ), Normala binti Rahim, Hasanulddin bin Mohd, Siti Fatimah binti Salleh, Ramlah binti Mat Ali UniSZA, Malaysia Emel: jamalluddin@unisza.edu.my ,UniSZA, Malaysia ABSTRAK Peningkatan jumlah rakyat Malaysia yang menunaikan umrah selepas Arab Saudi membenarkan semula pelaksanaannya pada 30 Julai 2022 menunjukkan bahawa ibadah ini semakin mendapat perhatian. Laporan Berita Harian (2 Mac 2023) merekodkan seramai 300,000 jemaah umrah Malaysia ke Tanah Suci, sama ada melalui syarikat pelancongan atau secara DIY. Namun, kesilapan dalam pelaksanaan umrah semakin membimbangkan kerana walaupun nampak kecil, ia memberi implikasi besar terhadap sah atau batalnya ibadah. Menurut al-Nawawi (1994), kegagalan menutup aurat ketika tawaf — seperti mendedahkan sebahagian rambut, kuku atau kaki wanita — menyebabkan tawaf tidak sah. Kes seumpama ini turut dilaporkan MStar Online (15 Ogos 2023) mengenai seorang jemaah lelaki Malaysia yang masih dianggap berihram selepas menyentuh Kaabah ketika tawaf, sekali gus memberi kesan terhadap status perkahwinan anak-anaknya menurut Mazhab Syafie. Fenomena ini membuktikan kecuaian kecil boleh membawa kesan hukum besar, malah berulang dari dahulu hingga kini. Bagi menangani cabaran ini, kajian ini mereka bentuk aplikasi mudah alih Senarai Semak Umrah (Umrah D’jaRI) sebagai alat bantu digital untuk mengurangkan risiko kesalahan serta memastikan ibadah menepati tuntutan syarak. Pendekatan Model Reka Bentuk Berpusatkan Pengguna digunakan melalui empat fasa utama: (i) Analisis – mengenal pasti masalah dan keperluan pengguna berdasarkan data jemaah sebenar; (ii) Reka Bentuk – membangunkan prototaip antara muka menggunakan Adobe XD dan pengesahan pakar; (iii) Pembangunan – menghasilkan aplikasi berfungsi berdasarkan prototaip; dan (iv) Penilaian – soal selidik terhadap 30 responden sebenar bagi menilai aspek kebolehgunaan meliputi pembelajaran, penggunaan, keberkesanan, kecekapan dan kepuasan. Dapatan menunjukkan Umra h D’jaRI menepati ciri kebolehgunaan tinggi serta membantu jemaah menyemak, mengurus dan melaksanakan ibadah dengan lebih teratur, yakin dan sahih menurut syarak. Kajian ini menyumbang kepada pembangunan solusi digital berasaskan keperluan pengguna, sekali gus menyokong transformasi pendigitalan bimbingan umrah dalam kalangan jemaah Malaysia. Katakunci: Umrah, Aplikasi Mudah Alih, Senarai Semak PENDAHULUAN Sejak kebelakangan ini, ramai rakyat Malaysia yang berkunjung ke Tanah Suci bagi melaksanakan umrah. Seramai 300,000 jemaah umrah Malaysia telah berkunjung ke Tanah Suci sejak Arab Saudi membenarkan pelaksanaan umrah bermula pada 30 Julai tahun lepas, kata Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabiah (Berita Harian Online, 2 Mac 2023). Kebanyakan jemaah umrah pergi dengan syarikat pelancongan umrah yang dibimbing oleh mutawwif. Namun terdapat juga yang pergi sendiri tanpa mutawwif yang disebut sebagai Jemaah Umrah DIY atau Jemaah Umrah Backpackers . Sedangkan pada hakikatnya, pelaksanaan umrah tanpa bimbingan yang betul dan sempurna akan terdedah kepada kesalahan yang boleh menyebabkan jemaah balik ke Tanah Air tanpa mendapat umrah dan masih dalam keadaan berihram. Walaupun jemaah dibimbing sepenuhnya oleh

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=