E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)

MANASIK2025 Putrajaya, Malaysia, 7-8 Oktober 2025 458 intens ini membangkitkan emosi takut ( khawf ) dan sedar ( yaqzah ) yang menggerakkan penerimaan tauhid. Implikasi penghayatan haji melalui metafora ini memperlihatkan dimensi pendidikan afektif yang melampaui kerangka kognitif hukum. Ia menata rasa, menumbuhkan kegusaran meninggalkan tauhid sejati dan membangkit rasa syukur kerana dapat berada dalam orbit kaabah, sehingga emosi menjadi pemandu kepatuhan. Selain itu, haji juga bertindak sebagai imunisasi akidah dengan menggantikan daya tarikan berhala sama ada literal mahupun simbolik moden dengan aversi moral terhadap syirik, membentuk kebencian batin terhada p segala bentuk penyekutuan. Hasilnya, ritual dan gambaran Qur’an mengenai haji menjadi set emosi seperti cinta kepada Allah, hormat pada syiʿar -Nya, jijik kepada kebatilan, sekali gus meneguhkan kompas nurani untuk kekal bertauhid selepas pulang dari tanah suci. 5) Sintaksis, ishariyyah dan irama liturgi: وَأَذِنْ… فَكُلُوا… وَأَطْعِمُوا … ; لَكُمْ ↔ ِهِ عِندَ رَب Kumpulan amr dan jawab ( وَأَذِنْ… فَكُلُوا… وَأَطْعِمُوا ) menghasilkan irama liturgi, manakala لَكُمْ menandai manfaat duniawi yang sah dan ِهِ عِندَ رَب mengacu timbangan ukhrawi (al- Rāzī, 2012). Ini mencipta dwi - orientasi iaitu komuniti dan ketuhanan. Dari aspek kohesi tindakan sosial, konfigurasi amr berpasangan ( فَكُلُوا وَأَطْعِمُوا ) menyusun akhlak korban iaitu menikmati rezeki dan berkongsi dengan البَائِسَ الفَقِير merupakan kohesi leksikal dan semantik (Halliday & Hasan, 1976). Implikasi penghayatan haji dalam aspek ini menegaskan solidariti dan keadilan. Ibadah korban bukan pesta eksklusif, tetapi amalan pengagihan yang mendidik empati dan memupuk kebajikan melalui amalan menikmati sebahagian rezeki sambil memastikan bahagian yang layak sampai kepada yang memerlukan. Serentak itu, ia menuntut pertimbangan dua asas iaitu menikmati manfaat yang dihalalkan ( لَكُمْ ) tanpa melupakan horizon penilaian Ilahi ( ِهِ عِندَ رَب ) agar setiap tindakan sosial yang baik berakar pada niat yang ikhlas dan kesedaran bahawa nilai sebenar ibadah dinilai di sisi Allah. 6) Variasi qirāʾāt dan keluasan semantik: ا /رُجَال رِجَالا ; يَأْتِينَ/يَأْتُونَ Perbezaan ini menajamkan fokus sama ada pada cara datang (berjalan atau berkenderaan) atau subjek datang (manusia, kumpulan atau unta). Al- Rāzī menjelaskan bahawa perbezaan bacaan ( qirāʾāt ) itu walau pun berbeza penekanan pada cara dan subjek datang, tetap menyampaikan mesej yang sama iaitu seruan haji bersifat menyeluruh dan dapat disahut oleh semua orang dan meneguhkan keterjangkauan universal panggilan tersebut (al- Rāzī, 2012). Implikasi penghayatan haji melalui variasi qiraat ini menegaskan inklusiviti dan kesanggupan. Seruan haji ialah respons seluruh umat tanpa mengira kemampuan. Yang diutamakan ialah ijābah iaitu kesediaan menyahut, sama ada dengan berjalan kaki atau berkenderaan. Pada masa yang sama, variasi cara datang yang ditampilkan dalam ayat-ayat haji mengingatkan adab musafir yang perlu dijaga sepanjang perjalanan, iaitu sabar menghadapi kesukaran, saling tolong-menolong, dan tawaduʿ terhadap sesama jemaah serta penduduk setempat, agar perjalanan menjadi latihan akhlak selain ibadah ritual (Dahham, 2007). 7) Ḥadhf (pengguguran) : فَاذْكُرُوا اسْمَ اللَِّ عَلَيْهَا Dalam frasa فَاذْكُرُوا اللَِّ اسْمَ عَلَيْهَا , objek yang difahami sebagai ‘sembelihan’ digugurkan ( ḥadhf ) tetapi tetap jelas melalui konteks ayat-ayat sebelumnya. Pengguguran ini mengalihkan tumpuan pembaca kepada zikir sebagai inti korban (al-Seyf, 2024). Dari sudut kohesi teks, pengguguran ( ḥadhf ) menjadikan ayat lebih ringkas dan mudah difahami, sekali gus menegaskan bahawa menyebut nama Allah adalah inti nilai ibadah, bukan sekadar prosedur teknikal dalam penyembelihan (Abdul Raof, 2018a). Implikasi penghayatan korban melalui hadhf di atas menegaskan prioriti niat dan zikir. Walaupun prosedur teknikal mesti dipatuhi, inti ibadah terletak pada tasmiyah dan taʿẓīm kepada Allah, iaitu menghadirkan nama dan kebesaran-Nya dengan hati yang terjaga ketika menyembelih, agar amalan

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=