E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)

MANASIK2025 Putrajaya, Malaysia, 7-8 Oktober 2025 459 zahir berpaut pada keikhlasan batin dan nilai takwa. Jadual 1 merumuskan dapatan i’jaz lughawi ayat 26 hingga 37 surah al-Hajj beserta implikasi terhadap penghayatan ibadah haji. Jadual 1: I’jaz Lughawi Ayat 26 Hingga 37 surah al-Hajj dan Implikasi Penghayatan Ibadah Haji # Unsur iʿjāz lughawī Petikan kunci Inti linguistik/retorik Implikasi penghayatan 1 Kepadatan makna ( ijâz ) اا أَنْ لاَ تُشْرِكْ بِي شَيْئ ; مَنَافِعَ (nakirah) Larangan syirik mutlak; nakirah meluaskan erti “manfaat” (ekonomi– sosial – rohani) Tauhid murni ( tahqīq al - tawḥīd ); manfaat dunia – akhirat yang selari syarak & membina komuniti 2 Peluasan bermakna ( itnāb ) ثُم لْيَقْضُوا… وَلْيُوفُوا… وَلْيَطوفُوا Deretan amr membentuk “skrip ibadah”; konjungsi & paralelisme memandu urutan Disiplin bertahap (self- regulation), patuh tertib; zahir – batin bergerak seiring 3 Muqābalah (kontras) & keutamaan batin طَهِرْ بَيْتِيَ ↔ اجْتَنِبُوا ِجْس/قَوْلَ الزور الر ; لَنْ يَنَالَ… وَلَكِنْ… التقْوَى Kontras zahir (fizikal) ↔ batin (niat/ucapan); taqwā > ritual luaran Etika lidah (jujur) melatih hati; ikhlas mengatasi penampilan 4 Metafora & visual ِجْس الر (berhala = “kotoran”); تشبيه مركب : jatuh, disambar, dihumban Metafora cipta jijik moral; visual kuat bangkitkan khawf & yaqzah Imunisasi akidah; emosi meneguhkan kepatuhan & syukur 5 Sintaksis, isyārah & “ritma ibadah” وَأَذِنْ… فَكُلُوا… وَأَطْعِمُوا ; لَكُمْ ↔ ِهِ عِندَ رَب Pasangan amr → ritma komunal; dwi-orientasi: manfaat ( لَكُمْ ) & penilaian Ilahi Solidariti & agihan (makan – memberi makan); nikmati halal sambil sedar hisab 6 Variasi qirāʾāt ا /رُجَال رِجَالا ; يَأْتِينَ/يَأْتُونَ Luaskan fokus cara hadir & subjek tanpa ubah maksud pokok Inklusiviti & kesanggupan ( ijabah ); adab musafir: sabar, saling bantu, tawaduʿ 7 Ḥadhf (pengguguran) فَاذْكُرُوا اسْمَ اللَِّ عَلَيْهَا Objek “sembelihan” digugur → fokus zikir; ujaran padat & lancar Prioriti niat & zikir sebagai inti korban; prosedur sah + taqwā yang hidup Sumber: al- Rāzī (2012), al - Jurjānī (1992), al - Bāqillānī (1997), Halliday & Hasan (1976), Beaugrande & Dressler (1981), Abdul Raof (2018), Dahham (2007), al-Seyf (2024). Rumusan dapatan menunjukkan bahawa ayat 26 – 37 Surah al- Ḥajj memperagakan rangkaian unsur iʿjāz lughawī yang saling mengikat dalam satu naẓm bertumpu kepada tauhid. Kepadatan makna ( ijâz ) melalui larangan syirik mutlak dan bentuk nakirah pada manāfiʿ membuka keluasan erti haji merentas dimensi tohani sosial; sementara peluasan berfungsi ( itnāb ) dalam deretan amr membina tertib manāsik yang bertahap. Muqābalah menegaskan keutamaan batin ( taqwā ) berbanding zahir (daging/darah korban), dan metafora gambaran visual mencetus aversi moral terhadap syirik. Pada masa yang sama, susunan sintaksis serta penunjukan (deiksis) dengan ritma ibadah berjemaah menghasilkan ‘skrip’ yang memandu komuniti beramal. Variasi qirāʾāt pula memperlihatkan keluasan semantik tanpa mengubah makna pokok (keterjangkauan seruan haji); dan ḥadhf memusatkan inti korban pada zikir. Keseluruhannya, bentuk bahasa bukan hiasan, tetapi mekanisme tarbiah yang mengukuhkan mesej haji. Implikasi penghayatan yang lahir daripada struktur bahasa ini ialah: haji sebagai latihan taḥqīq al - ta wḥīd yang memurnikan niat; disiplin bertahap yang melatih pengawalseliaan diri; keutamaan taqwā di atas formaliti; etika pertuturan yang menjadikan lidah sebagai latihan hati; solidariti dan pengagihan melalui makan dan memberi makan sebagai etika sosial ibadah; timbangan dua hubungan iaitu menikmati manfaat yang halal sambil sedar penilaian Ilahi; inklusiviti dan adab musafir (sabar, tolong- menolong, tawaduʿ ); serta prioriti zikir dan niat sebagai pusat nilai korban. Dengan itu, iʿjāz lughawī ayat-ayat ini - sebagaimana dihuraikan al- Rāzī - menjadikan haji satu program pembentukan diri yang berkesan untuk memusatkan tauhid, memperhalus akhlak, dan mengekalkan kesan transformasi rohani melampaui musim ibadah.

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=