E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)
MANASIK2025 Putrajaya, Malaysia, 7-8 Oktober 2025 457 pada مَنَافِعَ membuka ruang semantik yang luas (ekonomi, sosial, rohani) dan tidak membataskan manfaat haji kepada satu dimensi sahaja. Dari aspek kohesi dan naẓm , larangan syirik (ayat 26) mengikat keseluruhan rangkaian ayat (26 – 37) sebagai paksi nilai dan semua perintah seterusnya bergerak dalam orbit tauhid. Implikasi penghayatan haji melalui ijâz ini boleh difokuskan kepada dua aspek. Pertama, aspek akidah iaitu haji ialah latihan ta ḥ qīq al -taw ḥ īd (pemurnian tauhid) yang memurnikan niat daripada “sekutu kecil” seperti riya ʾ atau tujuan selain Allah di samping menjauhi syirik besar. Kedua, aspek ritual dan sosial iaitu konsep مَنَافِعَ ( manāfi ʿ ) menormalisasikan dwifokus manfaat duniawi dan ukhrawi. Manfaat duniawi berupa perdagangan dan jaringan ummah, manakala manfaat ukhrawi berupa maghfirah dan tazkiyah , sekali gus meluruskan persepsi bahawa pencarian manfaat halal sepanjang pelaksanaan haji tidak menafikan kesucian ibadah, bahkan menyokong tujuan syarak dalam membina komuniti beriman yang tertib dan sejahtera (al- Rāzī, 2012; Abdul Raof, 2018b). 2) Peluasan bermakna ( itnâb ): ثُم لْيَقْضُوا… وَلْيُوفُوا… وَلْيَطوفُوا Urutan amr dengan ثُم/وَ membentuk hierarki tindakan iaitu penyempurnaan kebersihan dan larangan- larangan ihram ( تَفَث ), penunaian nazar ( نُذُور ), seterusnya tawaf ifāḍah . Bermula daripada penyucian diri, seterusnya penetapan komitmen dan berakhir pertemuan puncak di hadapan kaabah (al- Rāzī, 2012). Dari aspek kohesi dan irama liturgi. deretan amr berfungsi sebagai ‘skrip ibadah’ yang memandu jemaah melalui konjungsi dan paralelisme leksikal (Halliday & Hasan, 1976; Beaugrande & Dressler, 1981). Hasilnya membina tertib manāsik , menanda keutamaan langkah, serta mewujudkan ‘rentak’ arahan yang mudah diikuti. Implikasi penghayatan haji melalui itnab ini memperlihatkan bahawa disiplin bertahap membentuk pengawalseliaan diri ( self-regulation ) iaitu mematuhi tertib, menunda kehendak, dan menyempurnakan janji, sehingga setiap langkah manāsik dilaksanakan dengan sedar dan terarah. Pada masa yang sama, penyatuan zahir dan batin diperkukuh melalui itnāb yang berfungsi sebagai kerangka bimbingan. Peluasan ini menuntun langkah-langkah zahir agar seiring dengan niat dan makna batin, sehingga haji difahami sebagai pengalaman menyeluruh, bukan sekadar prosedur yang terpisah (al- Rāzī, 2012). 3) Keseimbangan makna ( muqābalah ) dan keutamaan batin: طَهِرْ بَيْتِيَ ↔ فَاجْتَنِبُوا الرِجْسَ … وَاجْتَنِبُوا قَوْلَ الزورِ ; لَنْ يَنَالَ … وَلَكِنْ يَنَالُهُ التقْوَى Muqābalah menempatkan pembersihan kaabah bukan sekadar fizikal seperti sampah dan berhala, tetapi spiritual iaitu membersih ucapan dari zur (pembohongan) (al- Rāzī, 2012). Klimaksnya, korban dinilai pada taqwā , bukan daging dan darah. Kontras zahir batin pada ayat ini diikat dengan lafaz لَكِنْ . Dari aspek kohesi dan koheren, jaringan kontras memusatkan maqṣad iaitu syiar zahir bernilai kerana mengakar pada niat yang sahih (Dahham, 2007). Implikasi penghayatan haji melalui muqabalah ini menegaskan bahawa etika pertuturan merupakan teras pembinaan rohani. Larangan qaul al- zūr (kata bohong) menjadikan disiplin lidah sebagai latihan hati, kerana kata-kata yang benar membina kejujuran diri dan mewujudkan ibadah yang teratur. Seiring itu, penekanan pada taqwā berfungsi menyaring motivasi iaitu mengutamakan keikhlasan berbanding prestasi ritual luaran, lantas mengalihkan fokus daripada penampilan kepada tujuan Ilahi. Gabungan adab lisan dan kebersihan niat ini mentransformasikan manāsik daripada amalan bersifat prosedur kepada penyerahan diri yang jujur, konsisten, dan bertanggungjawab di hadapan Allah. 4) Metafora dan gambaran visual: الرِجْس (berhala) & تشبيه مُرَكب kejatuhan musyrik Penyebutan berhala sebagai رِجْس memindahkannya daripada ‘kesalahan intelektual’ kepada ‘kekotoran eksistensial’ merupakan metafora yang mencipta aversi moral (al - Rāzī, 2012). Tashbīh murakkab iaitu jatuh dari langit, disambar burung, dihumban angin ialah gambaran berlapis yang menegaskan kepincangan teologi dan kehilangan orientasi (al- Jurjānī, 1992). Dari aspek retorik dan kesan, visual
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=