E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)

MANASIK2025 Putrajaya, Malaysia, 7-8 Oktober 2025 456 Para mufassir memainkan peranan kritikal dalam menjelaskan iʿjāz pada aras ayat dan surah. Al- Kashshāf (al- Zamakhsharī, 2009) memaparkan keperluan gaya ( ḍarūrah bayāniyyah ) yang menjadikan ungkapan Qur’an padat namun berlapis. Mafātīḥ al -Ghayb (al- Rāzī, 2012) pula menyerlahkan keluasan iʿjāz melalui perbandingan qirāʾāt , implikasi semantik, dan sintesis kalam , uṣūl dan balāghah . Al- Taḥrīr wa-al- Tanwīr (Ibn ʿĀshūr, 1984) menonjolkan koheren dalaman surah dan tujuan ( maqāṣid ) bahasa. Manakala Naẓm al -Durrar (al- Biqāʿī, 1969 -1984) memusatkan tanāsub (keterkaitan) ayat dengan surah yang menyokong teori naẓm . Setiap tafsir, dengan fokus metodologinya, memperlihatkan bahawa iʿjāz bukan hiasan, sebaliknya mekanisme hujah yang membentuk makna, emosi, dan resepsi pembaca. Berkaitan surah al- Ḥajj, Taʿāmirah menganalisis aplikasi ilmu munāsabāt pada al- Rāzī dan Ibn ʿĀshūr (dengan Surah al- Ḥajj sebagai kajian kes). Beliau mendapati al - Rāzī kadang -kadang memulakan, menangguh, atau tidak menyatakan munāsabāt secara eksplisit, manakala Ibn ʿĀshūr lebih sistematik (Taʿāmirah, 2024). Dalam konteks gaya bahasa, al -Seyf (2024) menunjukkan bagaimana ḥadhf (penghapusan) menyumbang kepada tatanan kohesi dalam Surah al- Ḥajj. Unsur yang digugurkan memperkukuh isyarat makna dan daya retorik ayat-ayat haji. Dapatan ini selaras dengan penemuan Dahham (2007) yang menunjukkan bahawa kohesi bahasa membantu umat Islam menghayati nilai-nilai ritual dan membentuk identiti bersama sebagai jemaah haji. Walau bagaimanapun, jurang kajian masih wujud pada peringkat pertautan langsung antara unsur iʿjāz dalam ayat 26 hingga 37 - sebagaimana dihuraikan oleh al- Rāzī - dengan implikasi penghayatan ibadah haji. Jurang ini menjadi fokus kajian. (11pt space) (11pt space) METODOLOGI (11pt space) Kajian ini menggunakan reka bentuk kualitatif interpretatif dengan strategi analisis teks dan hermeneutik retorik. Fokus analisis ialah mengenal pasti dan menghuraikan perangkat iʿjāz lughawī dalam surah al- Ḥajj (ayat 26 hingga 37) sebagaimana ditafsirkan oleh Fakhr al - Dīn al - Rāzī, dan mengekstrak implikasi konseptual terhadap penghayatan ibadah haji. Pendekatan ini sepadan dengan penyelidikan makna dan fungsi bahasa wahyu dalam konteks teologi dan amalan ibadah (Abdul Raof, 2018a). Data utama terdiri daripada teks al- Qur’an Surah al - Ḥajj ayat 26 hingga 37 (muṣḥaf rujukan) dan tafsir primer Mafātīḥ al - Ghayb (al- Rāzī, 2012). Kriteria inklusi meliputi perbahasan yang menyentuh unsur balāghah dan linguistik serta hubungannya dengan maksud teologi dan fiqh haji. Iʿjāz lughawī dalam kajian ini difokuskan kepada keunggulan retorik al-Qur’an pada aras diksi, sintaksis, dan naẓm (susunan makna dan lafaz) yang melahirkan kesan makna yang tidak mampu ditandingi (al-Jurjānī, 1992; al-Bāqillānī, 1997). Manakala penghayatan ibadah haji pula merujuk kepada pemahaman dan internalisasi nilai teras haji seperti tauhid, ikhlas/ taqwā , tertib manāsik , dan solidariti sosial yang dituntun oleh isyarat linguistik dan retorik ayat (Abdul Raof, 2018b). Kajian ini menggabungkan balāghah klasik seperti naẓm , ḥadhf , taʾkīd , muqābalah , tashbīh , iltifāt , tikrār dan tradisi tafsir bayānī (al- Jurjānī, 1992) serta linguistik moden seperti kohesi (rujukan, pengguguran, konjungsi, kohesi leksikal) dan koheren (jaringan makna) mengikut Halliday dan Hasan (1976) serta Beaugrande dan Dressler (1981). (11pt space) ANALISA DAN DAPATAN KAJIAN Analisis mendapati bahawa ayat 26 hingga 37 Surah al-Ḥajj menampilkan tujuh unsur iʿjāz lughawī yang berimplikasi besar terhadap penghayatan ibadah haji. 1) Kepadatan makna ( ijâz ): اا أَنْ لاَ تُشْرِكْ بِي شَيْئ dan مَنَافِعَ (nakirah) Struktur larangan dengan partikel penegas أَنْ ( mufassirah ) dan tambahan اا شَيْئ meluaskan skop larangan ke tahap mutlak iaitu “jangan sekutukan Aku walau apa pun” (al - Rāzī, 2012). Manakala bentuk nakirah

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=