E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)

MANASIK2025 Putrajaya, Malaysia, 7-8 Oktober 2025 455 antara kalam , uṣūl dan balāghah . Al-Razi menelusuri implikasi qirāʾāt , nuansa semantik, serta status normatif amr nahy untuk menunjukkan bahawa bentuk bahasa al-Quran sendiri ialah hujah kebenaran (al- Rāzī, 1985; 2012). Penyelidikan semasa tentang Surah al - Ḥajj mengesahkan relevansi dimensi linguistik ini. Misalnya, peranan ḥadhf dalam membina tatanan kohesi (al-Seyf, 2024) dan hubungan munāsabāt intra surah (Taʿāmirah, 2024). Namun jurang masih wujud pada pemetaan langsung antara iʿjāz lughawī ayat 26 hingga 37 menurut al- Rāzī dengan implikasi penghayatan ibadah haji. Bertitik tolak daripada jurang tersebut, artikel ini bertujuan menganalisis iʿjāz lughawī pada ayat 26 hingga 37 Surah al- Ḥajj berdasarkan Tafsir al - Rāzī, dan menjelaskan implikasinya terhadap penghayatan haji. Kajian ini secara khusus bertujuan mengenal pasti unsur bahasa dan retorik utama yang dihuraikan oleh al- Rāzī, meneliti bagaimana bent uk bahasa melahirkan fungsi dan seterusnya implikasi yang membantu memahami maksud dan tertib syariat haji, serta merumuskan bagaimana strategi bahasa al- Qur’an menyokong pembinaan akidah, pembudayaan amalan yang teratur, dan semangat kebersamaan dalam kalangan jemaah. Dari segi sumbangan, kajian ini memperkaya khazanah tafsir bayānī dan linguistik al-Quran dengan menghubungkan analisis bentuk bahasa kepada pengalaman ritual yang diamalkan, sekali gus menawarkan asas konseptual bagi pedagogi haji yang berteraskan teks. (11pt space) (11pt space) SOROTAN LITERATUR (11pt space) Perbincangan mengenai keindahan dan estetika al- Qur’an telah diasaskan oleh sarjana Arab silam melalui tiga jalur ilmu: majāz , maʿānī , dan bayān . Antara tokoh- tokoh utama ialah Abū ʿUbaydah (1381H) melalui Majāz al - Qurʾān yang menelusuri pemindahan makna dan metafora; al- Farrāʾ (t.th .) melalui Maʿānī al - Qurʾān yang menumpukan analisis sintaksis dan semantik konteks; al- Rummānī (1976) melalui al- Nukat fī Iʿjāz al - Qurʾān yang merumuskan faktor kebahasaan iʿjāz ; serta al- Khaṭṭābī (1976) menerusi Bayān Iʿjāz al - Qurʾān yang menegaskan aspek dalālah dan keindahan retorik. Puncak awal wacana ini diperkukuh oleh al- Bāqillānī (1997) dalam Iʿjāz al - Qurʾān yang menstrukturkan hujah ketidaktertandingan ( inimitability ) pada gabungan lafaz, makna dan susunan. Sementara itu, majāzāt Qur’an disusun secara sistematik oleh al - Sharīf al - Raḍī (t.th .) dalam Talkhīṣ al - Bayān fī Majāzāt al - Qurʾān , yang menghimpun pola metafora dan pemindahan makna sebagai sebahagian daripada estetika teks wahyu. Keseluruhan korpus ini membekalkan istilah dan kerangka awal bagi memahami iʿjāz lughawī sebagai fenomena linguistik dan kesepaduan estetik. Kemunculan ʿAbd al - Qāhir al - Jurjānī menandai fasa pembakuan disiplin balāghah melalui Dalāʾil al - Iʿjāz dan Asrār al - Balāghah yang meletakkan naẓm sebagai “rahsia” iʿjāz (al - Jurjānī, 1992). Kaedah ini menjadi asas penilaian stilistik bagi tokoh selepasnya. Al- Zamakhsharī pula menerapkan balāghah secara langsung dalam tafsirnya al- Kashshāf . Beliau memperlihatkan bagaimana pilihan diksi, taqdīm– taʾkhīr , dan permainan majāz menghasilkan kesan makna yang berlapis (al- Zamakhsharī, 2009). Fakhr al- Dīn al - Rāzī mengembangkan dimensi teori melalui Nihāyat al - Ijāz fī Dirāyat al - Iʿjāz . Beliau mensintesiskan hujah retorik dengan kerangka kalām dan usul al-fiqh (al- Rāzī, 1985). Tiga rangkaian karya ini menampilkan balāghah sebagai disiplin tersusun yang bukan sekadar menghias teks, tetapi memaknai kebenaran mesej Qur’an. Dalam era moden, penelitian iʿjāz beralih kepada analisis tekstual yang terfokus pada estetika, dalālah , serta aplikasi stilistik surah. Muṣṭafā Ṣādiq al - Rāfiʿī (2005) melalui Iʿjāz al - Qurʾān wa -al- Balāghah al - Nabawiyyah menekankan kesepadanan bunyi dan makna serta keunggulan pilihan kata. Kajian tematik seperti Riḍwān Jamāl Ḥusayn (2005) tentang Wujūh Dalāliyah wa - Balāghiyyah min Sūrat al - Fātiḥah menunjukkan bagaimana unsur dalālah - bayān menguatkan hujah iʿjāz pada skala surah. Sementara itu, Naṣr al - Dīn Ibrāhīm (2005) dalam Wujūh al - Iʿjāz fī al - Khiṭāb al - Uslūbī wa al - Maʿrifī li -al- Qurʾān al - Karīm menghubungkan retorik dengan horizon epistemik iaitu memperlihatkan iʿjāz bukan sahaja sebagai keindahan bentuk, tetapi sebagai modus pengetahuan. Secara keseluruhan, karya-karya moden ini menyatukan analisis mikro (diksi, sintaksis dan gaya) dengan analisis makro (koheren surah dan tujuan komunikasi).

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=