E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)

MANASIK2025 Putrajaya, Malaysia, 7-8 Oktober 2025 454 IMPLIKASI IʿJĀZ LUGHAWĪ AYAT 26 HINGGA 37 SURAH AL- ḤAJJ TERHADAP PENGHAYATAN IBADAH HAJI: KAJIAN TAFSIR AL-RAZI (10pt space) (10pt space) Khairul Anuar bin Abu Othman, Aishah binti Juri Institut Aminuddin Baki KPM, Negeri Sembilan; Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam, Selangor Emel : anuar@iab.moe.gov.my (10pt space) (10pt space) ABSTRAK (11pt space) Kajian ini meneliti iʿjāz lughawī (kemukjizatan bahasa) Surah al- Ḥ ajj, ayat 26 hingga 37 berdasarkan huraian Fakhr al- Dīn al - Rāzī, serta implikasinya terhadap penghayatan ibadah haji. Reka bentuk kajian ialah kualitatif interpretatif dengan analisis teks dan hermeneutik retorik. Data utama terdiri daripada ayat 26 hingga 37 dan tafsir Mafātīḥ al-Ghayb . Kajian ini menggabungkan kerangka balāghah klasik dan linguistik moden. Dapatan kajian mengenal pasti tujuh teras iʿjāz yang saling terikat iaitu kepadatan makna ( ijâz ) yang menegaskan tauhid mutlak dan keluasan manāfiʿ ; itnāb melalui deretan perintah yang menyusun tertib manāsik ; muqābalah yang mengangkat taqwā di atas penampilan zahir; metafora dan citra visual yang menimbulkan aversi moral terhadap syirik; susunan sintaksis dan penunjukan yang membentuk ‘ rentak ibadah berjemaah ’ serta etika pengagihan; variasi qirāʾāt yang memperluas penekanan tanpa mengubah makna pokok; dan ḥ adhf yang memusatkan korban pada zikir. Implikasi praktikal merangkumi pemurnian niat ( ta ḥqīq al -taw ḥīd ), disiplin bertahap dan pengawalseliaan diri, peneguhan integriti pertuturan, solidariti dan keadilan pemakanan, keseimbangan manfaat duniawi ukhrawi, adab musafir, serta keutamaan zikir. Sumbangan kajian ialah penghubung langsung antara analisis bentuk bahasa Qur’an dan pedagogi haji, menjadikan iʿjāz bukan sekadar estetika, tetapi mekanisme tarbiah yang menyokong pembinaan akidah, akhlak dan komuniti. (11pt space) Katakunci: I ʿjāz L ughawī ; Surah al- Ḥajj; B alāghah Qur’an; M anāsik Haji; Q irāʾāt (11pt space) PENDAHULUAN (11pt space) Al-Quran ialah wahyu Ilahi yang menjadi petunjuk asasi umat manusia, dan antara bentuk kemukjizatannya yang paling menonjol ialah kemukjizatan bahasa ( i ʿ j ā z lughaw ī ) iaitu keunggulan susunan lafaz, ketepatan makna, dan kekuatan retorik yang tidak mampu ditandingi. Sejak awal tradisi keilmuan Islam, para sarjana bahasa dan ahli tafsir meneliti rahsia keistimewaan gaya bahasa Qur’an melalui kerangka balāghah ( bayān, ma ʿ ā n ī , bad ī ʿ ) dan konsep na ẓ m (tata susun makna dan lafaz) yang memadukan bentuk dan makna secara optimum (al- Bāqillānī, 1997; al - Jurjānī, 1992). Perkembangan mutakhir dalam linguistik al-Quran memperluas perbahasan ini dengan menekankan kohesi dan koheren teks, hubungan bentuk dan fungsi, serta kesan estetik terhadap penerima (Abdul Raof, 2018a). Surah al- Ḥajj merupakan surah Madaniyyah yang merangkum tema akidah, eskatologi, hukum ibadah, dan pengukuhan syiar. Ayat 26 hingga 37 khususnya memusatkan sejarah pensyariatan haji, perintah pembinaan kaabah, serta perincian beberapa manāsik haji. Keunikan rangkaian ayat ini bukan sahaja pada kandungan hukum, bahkan pada cara penyampaian linguistik dan retoriknya. Unsur-unsur i’jaz lughawi ini secara serentak memperindah bacaan, memantapkan kefahaman tertib manāsik , dan meneguhkan nilai tauhid, ikhlas ( taqwā ), serta kesatuan umat. Dalam tradisi tafsir, Fakhr al- Dīn al - Rāzī memberikan sumbangan tersendiri dengan mensintesiskan

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=