E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)
MANASIK2025 Putrajaya, Malaysia, 7-8 Oktober 2025 450 intelektual Islam - termasuk sumbangan dalam logik, matematik, dan jentera automatic - ia kini berkembang tanpa kerangka etika yang mencukupi. AI yang juga sebagai alat yang tidak memiliki kesedaran, emosi atau kapasiti moral, berisiko digunakan secara terpisah daripada prinsip akal yang dalam tradisi Islam sentiasa dikaitkan dengan tanggungjawab etika dan khidmat kepada kemanusiaan. Justeru, timbul persoalan, bagaimanakah pembangunan dan penggunaan AI boleh selaras dengan nilai- nilai Islam yang menekankan keadilan, akhlak dan tujuan kemanusiaan yang lebih tinggi seperti mana yang tercermin dalam pendekatan sarjana Muslim klasik yang mengaitkan ilmu dengan hikmah dan kemaslahatan? Tanpa pengintegrasian semula dimensi etika ini, AI berpotensi menjadi alat reduktif yang menggantikan dan bukannya menyokong fungsi luhur akal manusia (Muhammad Husni 2024). Menurut kajian oleh Manar et al. (2025), pengaruh AI terhadap kefahaman masyarakat dalam akidah, fiqah dan tasawuf semakin membimbangkan kerana kebergantungan terhadap AI. Ini kerana, ianya merupakan program yang tidak memiliki kesedaran teologi atau pertimbangan kebenaran pada perspektif epistemologi Islam. Tambahan pula, kesan penggunaan generasi masa kini yang menggunakan AI untuk memahami agama adalah semakin meningkat. Walaupun Islam sendiri menekankan kepentingan ilmu pengetahuan dalam usaha memenuhi keperluan spiritual dan kebahagiaan, ia tidak bermaksud bahawa pengambilan ilmu boleh dicapai dengan jalan yang terlalu mudah. Wahyu pertama yang telah diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW telah mengkhabarkan bahawa Allah SWT yang mengajar manusia tentang apa yang tidak diketahui oleh mereka. Manusia yang pada asalnya tidak mengetahui apa-apa sememangnya mempunyai potensi untuk mencerap pengetahuan dan ianya memang akan dapat dicapai sesuai dengan tahap keyakinan sama ada melalui akal pengetahuan, pancaindera dan khabar berita yang benar. Walau bagaimanapun, semangat beragama yang tinggi tanpa melalui proses pengambilan ilmu yang benar boleh mengundang masalah lain. Sebagaimana dijelaskan oleh Al-Nasafi tentang golongan yang ingkar ilmu, beliau menjelaskan bahawa terdapat tiga golongan anti-ilmu iaitu la adriyyah (agnostik atau selalu raguragu tentang keberadaan sesuatu sehingga menolak kemungkinan ilmu pengetahuan), al-indiyah (subjektif atau menerima kemungkinan ilmu pengetahuan dan kebenaran tetapi menolak matlamat ilmu pengetahuan dan kebenaran) dan al-inadiyah iaitu golongan yang keras kepala yang menafikan realiti segala sesuatu. Berdasarkan kepada pengkelasan yang telah dinyatakan, penulis beranggapan bahawa AI sangat bergantung sepenuhnya kepada pengguna dan sekiranya pengguna tidak mengetahui maksud ilmu dan matlamatnya, pengguna akan berhadapan dengan kebanjiran maklumat tanpa ada batasan. Oleh itu, dalam kajian oleh Manar et al. (2025) telah menjelaskan bahawa, penggunaan prompt sangat memainkan peranan dan berupaya untuk mempengaruhi jenis jawapan yang dijana. Oleh yang demikian, suatu garis panduan yang menekankan etika prompt perlu selari dengan prinsip ilmu supaya respons yang dijana tidak akan tersasar daripada kerangka Ahli Sunnah Wal Jamaah. Oleh itu, dalam era transformasi digital, kesatuan umat dalam ibadah haji hanya terpelihara jika bimbingan haji tetap berpandukan autoriti agama, khususnya rujukan muktamad mazhab Syafie yang menjadi dasar pemfatwaan di Malaysia. Penghormatan rakyat dan para jemaah khususnya terhadap ulul amri dan fatwa rasmi bukan sekadar ketaatan birokratik, tetapi benteng terhadap kekacauan interpretasi yang mungkin timbul daripada sumber AI yang tidak memiliki kesedaran teologi atau pertimbangan akhlak. Seperti yang diingatkan dalam Surah Al-Hujurat: 13, kemuliaan sejati bukan pada bangsa atau puak, tetapi pada ketakwaan. Justeru, haji sebagai puncak manifestasi tauhid mesti terus menjadi wadah penyatuan ummah, bukan medan percanggahan akibat kebergantungan yang keterlaluan kepada algoritma yang terpisah daripada warisan ilmu dan bimbingan rohani yang asli. Model seperti e-Taib , yang menggabungkan teknologi dengan bimbingan langsung oleh PIHTAS, merupakan contoh terbaik bagaimana AI boleh berfungsi sebagai alat sokongan, bukan pengganti. Ini selaras dengan warisan ilmuwan Muslim seperti AlKhwarizmi dan Al-Jazari, yang mengembangkan teknologi bukan untuk menggantikan akal, tetapi untuk
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=