E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)
MANASIK2025 Putrajaya, Malaysia, 7-8 Oktober 2025 451 menyelesaikan masalah praktikal dalam kerangka kemaslahatan dan akhlak (Muhammad Husni 2024). Dalam konteks ini, AI tidak ditolak secara mutlak, tetapi ditempatkan dalam kerangka sanad ilmu yang perlu dikawal oleh autoriti agama. Bagi merenungi semula matlamat ilmu pengetahuan, sebagaimana dinyatakan di dalam Al-Quran Surah Fatir 35:28, tentang orang berilmu “… Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hambahambaNya hanyalah orang-orang yang berilmu. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Pengampun …”. CADANGAN KAJIAN Berdasarkan dapatan kajian, integrasi kecerdasan buatan (AI) dalam bimbingan ibadah haji perlu diatur melalui kerangka etika yang berakar pada prinsip syariah dan warisan intelektual Islam. Pertama, AI mesti beroperasi dalam lingkungan sanad ilmu iaitu setiap maklumat atau respons yang dijana perlu dalam kerangka metodologi ilmu oleh ulama yang mahir supaya tidak menyimpang daripada pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Kedua, AI tidak boleh menggantikan ta’lim (pengajaran langsung) yang melibatkan interaksi rohani antara guru dan murid. Ini kerana, dimensi ta’abbud dalam haji hanya dapat dipupuk melalui bimbingan manusia yang berakhlak dan berilmu. Ketiga, sistem AI perlu secara nyata mengiktiraf dan mempromosikan autoriti agama rasmi iaitu Lembaga Tabung Haji Malaysia sebagai rujukan utama dalam isu hukum manasik. Akhirnya, AI harus dilihat sebagai alat bantu, bukan entiti autonomi dan ia tidak wajar ditolak secara mutlak, tetapi juga tidak boleh diterima tanpa pengawasan. Pendekatan seimbang ini selaras dengan semangat warisan ilmuwan Muslim yang membangunkan teknologi bukan untuk menggantikan akal, tetapi untuk memudahkan pengurusan ibadah dan memelihara kemaslahatan umat dalam kerangka tauhid dan akhlak. PENUTUP Kajian ini bertujuan menganalisis peranan tauhid sebagai asas epistemologi ibadah haji dan meneliti semula potensinya sebagai mekanisme penyatuan ummah dalam konteks transformasi digital yang sudah meningkatkan integrasi AI dalam bimbingan manasik. Dapatan kajian menunjukkan bahawa haji bukan sekadar ritual fizikal tetapi manifestasi hidup tauhid yang menyatukan umat melalui penghayatan bersama terhadap ketundukan mutlak kepada Allah iaitu suatu dimensi rohani yang tidak dapat direplikasi oleh AI kerana ia bergantung kepada penyaksian batin, hubungan gurumurid dan sanad ilmu yang hanya ada dalam tradisi pengajian Islam. Walaupun AI boleh berfungsi sebagai alat sokongan dalam menyampaikan maklumat, ia berisiko mereduksi haji kepada prosedur teknikal jika digunakan tanpa pengawasan autoriti agama dan tanpa berpandukan kerangka etika Islam. Justeru, kajian ini menegaskan bahawa integrasi teknologi dalam bimbingan haji hanya berkesan apabila ia memperkukuh, bukan menggantikan peranan ulama dan rujukan muktamad terutamanya mazhab Syafie di Malaysia. Dengan ini, bimbingan dalam ibadah haji akan terus menjadi wadah penyatuan ummah yang utuh dan berakar pada dasar akidah yang benar. Penghargaan: Penulis ingin mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada pihak Lembaga Tabung Haji Malaysia dan Majlis Islam Sarawak yang telah menaja penyertaan dalam Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 bersempena Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan kali ke 42. RUJUKAN 1. Al-Ansari, Abu Yahya Zakaria (2018). Lubb Al-Usul: Kajian dan Intisari Dua Ushul. Darul Azka. Santri Salaf Press. Kediri. 2. Al-Bantani, Muhammad Nawawi bin Umar (2019). Kasyfu Al- Ghuyum An Risalah Mabadi’ Al-Ulum. Syarahan oleh Mustafa Ridha Al-Azhari. Dar AlRafie. Kaherah.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=