E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)

MANASIK2025 Putrajaya, Malaysia, 7-8 Oktober 2025 449 kekuatan manusia sematamata. Dalam konteks sirah, kemenangan tersebut mencapai puncaknya ketika Makkah dibebaskan daripada segala bentuk syiar kekufuran dan penyembahan berhala. Peristiwa Fathu Makkah bukan sekadar kemenangan ketenteraan, tetapi pemulihan fungsi asal Baitullah sebagai pusat penyembahan kepada Allah Yang Maha Esa. Allah SWT berfirman dalam Surah Al- Isra’ 17:81 “ Dan katakanlah:" Telah datang kebenaran (Islam), dan hilang lenyaplah perkara yang salah (kufur dan syirik); sesungguhnya yang salah itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap ". Ayat ini menegaskan bahawa kebenaran ( al-haqq ) - iaitu tauhid - akan sentiasa menghapuskan kebatilan ( al-batil ), termasuk segala bentuk syirik dan penyembahan palsu. Pemurnian Makkah daripada syiar-syiar jahiliah menjadi bukti nyata bahawa tauhid adalah prinsip yang tidak boleh dikompromi dalam agama Islam. Keimanan yang sejati lahir daripada keyakinan mutlak terhadap janji Allah SWT. Firman Allah SWT dalam Surah Al- Nisa’ 4:122 “ Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh, Kami akan masukkan mereka ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya, sebagai janji Allah yang benar. Dan siapakah yang lebih benar perkataannya daripada Allah? ”. Ayat ini menegaskan bahawa Allah tidak pernah menyalahi janji -Nya kepada hamba yang beriman dan beramal soleh. Keyakinan inilah yang menyatukan umat Islam - bukan atas dasar bangsa, bahasa atau wilayah - tetapi atas asas tauhid: pengakuan bahawa tiada Tuhan selain Allah dan bahawa seluruh umat adalah hambaNya yang sama di hadapanNya. Dengan demikian, tauhid bukan sekadar doktrin akidah, tetapi tapak asas rohani dan sosial yang menyatukan ummah dalam satu identiti, satu arah dan satu tujuan: ibadah kepada Allah SWT semata-mata. Kesimpulannya, pemahaman tauhid dalam ibadah haji akan mengembalikan syiar ketauhidan di dalam masyair dan pada masa yang sama akan menghapuskan syiar kekufuran. Sebagaimana dicatatkan dalam Sejarah peristiwa Fathu Makkah, dunia telah menyaksikan bagaimana seluruh Makkah telah tunduk kepada ajaran agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW. Telah diriwayatkan oleh Abdullah RA, beliau berkata: Maksudnya: Nabi SAW memasuki kota Mekah pada hari pembukaan kota Mekah (Fath Makkah) dan di sekeliling Kaabah terdapat 360 buah berhala. Baginda kemudiannya menghancurkannya dengan tongkat yang berada di tangannya seraya mengucapkan firman Allah: “…Telah datang kebenaran (Islam), dan hilang lenyaplah perkara yang salah (kufur dan syirik)…” [Surah Al- Isra’:81]; “Telah datang kebenaran (Al -Quran yang memberi segala kebaikan), dan perkara yang salah tidak memberi sebarang kebaikan di dunia, usahkan hendak mengulanginya d i akhirat” [Surah Saba’:49] . [Al-Bukhari (4270)]. Ketiga: Cabaran Kontemporari Daripada AI Terhadap Dimensi Rohani Secara umumnya, AI merupakan suatu program yang digunakan bagi melihat kemampuan mesin untuk belajar tingkah laku manusia serta memberikan respon seperti manusia. Menurut Aliff (2019), teknologi AI ini telah pun digunakan secara meluas di dalam pelbagai bidang sebagai menyokong kerja-kerja manusia antaranya adalah perubatan, ekonomi, perbankan, pertanian, politik, persenjataan dan lain-lain. Dalam bidang-bidang ini, penggunaan AI jelas boleh memberikan impak dalam pelbagai isu seperti keselamatan, penyalahgunaan, pencerobohan data peribadi dan penggunaan AI yang terbabas ke luar kawalan manusia. Dari segi asasnya, kekuatan AI sangat bergantung kepada beberapa perkara penting bagi menyokong fungsinya ke tahap yang lebih optimum. Antaranya adalah keperluan faktor knowledge base yang merangkumi fakta, teori serta hubungan antara keduanya dan inference engine iaitu kemampuan untuk membuat kesimpulan yang berdasarkan kepada pengetahuan dan pengalaman. Gabungan kedua-dua faktor ini yang akan menghasilkan AI yang boleh melakukan proses input dan output yang akhirnya berupaya untuk memberikan jawapan yang dicari oleh manusia dengan pantas berdasarkan kepada data yang telah dimasukkan (Aliff 2019). Walaupun AI merupakan pencapaian teknologi moden yang berakar sebahagiannya dalam warisan

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=