E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)

MANASIK2025 Putrajaya, Malaysia, 7-8 Oktober 2025 448 muktamad menjadi lebih berkeperluan daripada zaman sebelum adanya kewujudan AI ini. Sesungguhnya, Allah SWT menetapkan persaudaraan sebagai asas utama dalam membina umat Islam iaitu bukan berdasarkan keturunan, bangsa atau asal usul, tetapi di atas landasan iman kepada Allah dan RasulNya melalui kalimah syahadah. Setiap Mukmin tanpa mengira latar belakang, adalah saudara seagama yang wajib dihormati dan dilindungi haknya. Sebagaimana firman Allah SWT Surah Al- Hujurat 49:10, “ Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat .”. Rasulullah SAW memperkukuh prinsip ini dengan menekankan bahawa seorang Muslim tidak boleh menzalimi, menghina atau memutuskan hubungan dengan saudaranya yang lain, kerana darah, harta dan kehormatan sesama Muslim adalah suci. Dalam sejarah, langkah pertama Baginda selepas hijrah ke Madinah ialah mempersaudarakan Muhajirin dan Ansar iaitu menggantikan fanatisme kesukuan Jahiliah dengan ikatan ukhuwwah Islamiyyah yang menyatukan hati, memperkukuh barisan dan melahirkan masyarakat yang saling membantu demi meningkatkan ketaatan kepada Allah. Inilah manifestasi tauhid dalam kehidupan sosial iaitu apabila pengakuan terhadap keesaan Allah mewujudkan satu identiti majmuk yang bersepakat dalam akidah sehingga melampaui sempadan duniawi. Selain itu, kecintaan terhadap syiar suci Islam sememangnya sudah kekal berada di dalam jiwa setiap peribadi Muslim dan ianya akan segar tumbuh dengan meneliti pengajaran-pengajaran di dalam ibadah haji. Ketika Nabi Ibrahim AS dan Nabi Ismail AS mendapat perintah daripada Allah SWT untuk membina Kaabah sebagai tempat ibadah dan menyeru kepada seruan tauhid, masyarakat dunia pada zaman tersebut sudah hanyut bergelumang dalam maksiat kesyirikan. Allah memerintahkan Nabi Ibrahim untuk menyeru umat manusia dari seluruh pelosok dunia untuk mengunjungi Baitullah yang memancar sinar hidayahnya dengan cahaya tauhid bagi mengerjakan ibadah haji. Sebagaimana dalam firman Allah SWT dalam Surah Al- Hajj 22:27, “ Dan serukanlah umat manusia untuk mengerjakan ibadat Haji, nescaya mereka akan datang ke (rumah Tuhan) mu dengan berjalan kaki, dan dengan menunggang berjenis-jenis unta yang kurus yang datangnya dari berbagai jalan (dan ceruk rantau) yang jauh. ”. Dari sini, bermulalah penyebaran risalah dakwah Nabi Ibrahim di jazirah Arab yang menyatupadukan umat manusia dengan agama tauhid dan keasyikan untuk mengagungkan tatacara ibadah haji. Namun, zaman yang berlalu telah melupakan sunnah agung tinggalan oleh Nabi Ibrahim AS. Manusia lalai dalam kebodohan dan memasang berhala di sekitar Kaabah. Sehingga datanglah Nabi Muhammad SAW yang mencabut puncak kekacauan akidah dan agama dengan sokongan beberapa pendokong sisa- sisa ingatan terhadap agama yang telah dibawa oleh Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail AS. Siri kebangkitan melawan kebatilan ini juga hanya bermula dari kelompok yang minoriti sebelum dapat menuju kemenangan. Dalam perjuangan ini, kemenangan hakiki bukanlah suatu yang mudah untuk dicapai kerana di dalam sejarah umat Islam kekuatan fizikal atau keunggulan strategi bukanlah penyebab utama tetapi manifestasi jiwa hamba yang beriman terhadap janji Ilahi yang sentiasa berpegang teguh kepada tauhid dan beriman kepada Allah SWT. Dalam kajian kitab sirah jelas menunjukkan bahawa Rasulullah SAW dan para sahabat juga tidak terlepas daripada ujian berat sebelum mencapai kemenangan. Mereka menghadapi kesulitan, ujian penyakit, ancaman musuh dan tekanan sehingga muncul pertanyaan: ‘Bilakah datangnya pertolongan Allah?’. Namun, Allah SWT menegaskan dalam firman-Nya dalam Surah Al- Baqarah 2:214, “… Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah ).”. Oleh yang demikian, ujian ini bukan sekadar cubaan, tetapi proses pengukuhan keyakinan terhadap tauhid bahawasanya kemenangan hanya datang daripada Allah, bukan daripada

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=