E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)

MANASIK2025 Putrajaya, Malaysia, 7-8 Oktober 2025 444 SWT, ia memberi maksud bahawa Allah adalah Tuhan Yang Maha Esa iaitu Zat yang tunggal, tiada sekutu, tandingan atau pembahagian dalam ketuhananNya. Menurut Al-Firuzabadi di dalam Kamus Al-Muhit, tauhid bererti mengetahui sesuatu itu satu. Al- Hasyimi (2022) dalam syarahannya kepada kitab Matan Umm Al-Barahin oleh Al-Sanusi turut menjelaskan bahawa tauhid bermaksud mengetahui bahawa sesuatu itu adalah satu. Dalam penjelasan oleh Al- Jurjani (2012) di dalam Ta’rifat, tauhid dijelaskan melalui tiga perkara iaitu pengetahuan tentang ketuhanan Allah SWT, pengakuan atas keEsaannya dan menafikan sekutu-sekutu yang setara atasNya. Tauhid dari segi syarak pula ialah mengEsakan Allah dengan ibadat atas landasan syarak serta meyakini keEsaan tersebut pada zat, sifat dan perbuatanNya. Menurut AlBantani (2019), tauhid adalah suatu ilmu yang membincangkan pengisbatan akidahakidah agama Islam melalui dalil-dalil yang yakin berdasarkan kepada ilmu yang pasti. Melalui takrifan ini, pemahaman terhadap tauhid akan menafikan segala bentuk syubhat dalam akidah sama ada pegangan serong yang ditimbulkan dalam kalangan ahli bidaah terhadap ketulenan agama Islam mahu pun hujah-hujah asing yang tidak datang dari dalil yang pasti seperti zan, syak dan waham. Al-Ansari (2019) menjelaskan bahawa wahid didefinisikan sebagai sesuatu yang tidak terbahagi sama sekali atau tidak serupa sama sekali kerana sesuatu yang boleh terbahagi boleh bertambah atau berkurang. Ada pun maksud tidak serupa sama sekali adalah tidak menyerupai sesuatu dan tidak diserupai sesuatu hingga dalam wujudnya. Dalam penjelasan yang lanjut, istilah wahdah terhadap Allah perlu merangkumi tiga perspektif iaitu dengan ‘meniadakan banyak’, ‘meniadakan sesuatu yang sepadan dalam zat dan sifatNya’, dan ‘sendirian dalam mencipta, mewujudkan dan mengatur’. Dalam syarahan terhadap Jauharah Al-Tauhid, dinyatakan bahawa ilmu tauhid ialah “suatu disiplin ilmu yang menjelaskan dan memperdalam pemahaman akidah agama berdasarkan dalil - dalil yang mutawatir dan meyakinkan.” Pengarang Jauharah AlTauhid pula menyenaraikan tiga perkara utama yang dikupas dalam ilmu tauhid iaitu: Ilmu tentang keTuhanan: Perbahasan ini bertumpu kepada penetapan sifat-sifat Allah dan keesaanNya, yang disandarkan kepada dalil aqli (akal) dan naqli (wahyu). Ia memerlukan pemahaman melalui metodologi yang telah ditetapkan oleh para ulama, termasuk perbincangan mengenai pembahagian hukum akal (seperti wajib, mustahil, jaiz), hukum syarak dan hukum adat. Demikian juga halnya dengan ilmu tentang keRasulan, yang turut memerlukan sandaran dalil aqli dan naqli. Perbahasan ini merangkumi sifat-sifat wajib bagi para Rasul, sifat-sifat mustahil, serta sifat-sifat jaiz yang boleh berlaku pada mereka. Sebagai contoh, apabila seseorang mengaku sebagai Nabi, pengakuannya mesti disokong oleh mukjizat yang nyata, lalu dikuatkan pula dengan dalil naqli yang menegaskan kebenaran keRasulannya. Perkara- perkara sam’iyyah (yakni perkara ghaib yang hanya diketahui melalui wahyu), seperti azab kubur, nikmat kubur, mizan (penimbangan amal), hisab (perhitungan amal) dan sebagainya. Istilah sam’iyyah merujuk kepada perkara-perkara yang tidak mungkin dicapai oleh akal semata-mata, melainkan mesti diterima berdasarkan pemberitahuan yang sahih ( khabar sadiq ) daripada Al-Quran dan Al-Sunnah. Penjelasan tentang tauhid juga boleh dibahagikan kepada dua buah pendekatan. Pendekatan pertama adalah atas jalan mutakallimin. Dalam kerangka ilmu usuluddin menurut manhaj Ahli Sunnah Wal Jamaah khususnya mazhab Ashairah dan Maturidiah, penetapan sifat-sifat Allah Taala mesti berlandaskan penyifatan Allah hanya dengan apa yang telah sah dan pasti melalui wahyu Ilahi sama ada bersumberkan Al-Quran mahupun Sunnah yang mutawatir. Dalam konteks ini, ulama usuluddin membezakan dua kategori utama sifat Tuhan iaitu sifat khabariah dan sifat aqliah . Sifat khabariah merujuk kepada sifat-sifat yang disebut secara tekstual dalam nas wahyu, namun maknanya tidak dapat ditentukan secara pasti oleh akal ( zanni dalalah ), sebagaimana terdapat dalam ayat-ayat mutasyabihat. Menurut pendekatan Ahli Sunnah Wal Jamaah, sifat-sifat sedemikian wajib diterima dengan prinsip tanzih atau bi la kayf (tanpa mempersoalkan bagaimana bentuknya) dan tanpa menyerupakan Allah dengan makhluk ( tasybih ) atau menafikan sifat tersebut

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=