E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)

MANASIK2025 Putrajaya, Malaysia, 7-8 Oktober 2025 443 PENDAHULUAN Dalam era digital, bimbingan haji sudah mula membuka ruang kepada sokongan teknologi seperti kecerdasan buatan atau artificial intelligence (AI). Sejak 2010 lagi, istilah AI telah disinonimkan dalam dunia Islam dengan istilah dzaka’ al -istisnaie yang merujuk kepada gabungan teknologi antara tangan manusia serta jentera yang akan mempermudahkan permasalahan yang pada asalnya juga memerlukan keputusan daripada akal manusia (Muhammad Husni 2021). Walaupun peningkatan penggunaan AI dalam kehidupan seharian telah memudahkan pelbagai urusan dalam kehidupan manusia, namun sehingga kini, penggunaan AI dalam hal ehwal keagamaan masih mempunyai ruang keterbatasan terutamanya dari segi aspek penyelewengan maklumat yang disebabkan oleh respons AI yang tidak ditapis dengan kaedah yang benar (Manar et al. 2025). Di dalam penyataan oleh pihak Lembaga Tabung Haji melalui siaran berita di Malaysia Kini bertarikh 24 Mei 2025, jemaah haji Malaysia telah dimaklumkan untuk tidak menggunakan kemudahan AI secara sepenuhnya dalam hal ehwal bimbingan ibadah haji. Tetapi sebaliknya, jemaah Malaysia telah dinasihatkan untuk menggunakan aplikasi e-Taib yang mana, segala persoalan hukum hakam akan dijawab sepenuhnya oleh petugas-petugas haji dari kalangan Pembimbing Ibadah Haji Tanah Suci (PIHTAS) yang akan bergilir-gilir menjawab segala kemusykilan ibadah. Umumnya, kemudahan AI yang telah muncul pada zaman ini walaupun telah banyak membantu manusia dalam urusan tertentu, namun aspek-aspek kerohanian yang memerlukan hubungan sesama manusia terutamanya dalam hal ehwal bimbingan agama adalah wajar untuk diperkukuhkan. Ini kerana, dalam tradisi Islam, hubungan sanad ilmu, bimbingan guru serta murid dan hubungan sosial yang digabungjalinkan sesama umat Islam merupakan aspek penting dalam usaha untuk meraih pengamalan ibadah yang sempurna. Oleh yang demikian, kertas kerja ini berhasrat untuk mencapai objektif berikut: 1. Menganalisis peranan tauhid sebagai asas pengamalan ibadah haji. 2. Meneliti semula potensi ibadah haji sebagai mekanisme penyatuan ummah. METODOLOGI KAJIAN Kajian ini dijalankan secara kualitatif melalui pendekatan kajian kepustakaan ( literature review ). Pendekatan ini membolehkan penulis mengintegrasikan perspektif tauhid, fiqah dan sosio-budaya bagi memahami haji bukan sekadar ritual fizikal semata-mata, tetapi sebagai manifestasi tauhid dan medium penyatuan umat Islam. Analisis dilakukan secara tematik, di mana data dikelaskan mengikut dua tema utama: (1) tauhid sebagai asas amalan haji dan (2) haji sebagai mekanisme penyatuan ummah melalui interaksi sosial dan spiritual yang transnasional. Dengan pendekatan ini, kajian ini berusaha untuk memberikan wawasan holistik yang menyambungkan warisan intelektual Islam dengan realiti kontemporari, khususnya dalam konteks cabaran digitalisasi dan penggunaan AI dalam bidang bimbingan keagamaan. ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN Pertama: Tauhid Sebagai Asas Amalan Haji Perbincangan mengenai asas ketuhanan dalam Islam tidak dapat dipisahkan daripada pemahaman yang mendalam terhadap konsep tauhid. Ini kerana, seruan tauhid merupakan teras utama dan identiti asas agama ini sepanjang sejarah risalah keNabian. Dari aspek bahasa, perkataan tauhid berasal daripada akar kata Arab iaitu wahhada – yuwahhidu , yang bermaksud menjadikan sesuatu itu satu atau mengEsakan. Apabila istilah ini ditujukan kepada Allah

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=