E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)

MANASIK2025 Putrajaya, Malaysia, 7-8 Oktober 2025 438 Pelaksana badal haji perlu memenuhi syarat minimum yang jelas, iaitu seorang Muslim yang telah menunaikan haji untuk dirinya sendiri, mempunyai ilmu asas berkaitan manasik, serta diyakini amanah dan berintegriti. Syarat ini wajar diperakui melalui satu mekanisme pendaftaran rasmi yang dikawal selia oleh institusi berautoriti seperti Tabung Haji. Ketelusan Kuota dan Maklumat Pelaksana Agen yang menawarkan perkhidmatan badal haji hendaklah memperoleh maklumat lengkap berhubung bilangan, identiti, dan kelayakan pelaksana sebelum membuat sebarang bentuk pengiklanan. Langkah ini penting bagi mengelakkan eksploitasi, khususnya amalan seorang pelaksana menanggung badal dalam jumlah berlebihan pada satu musim yang menjejaskan kesempurnaan ibadah. Tawaran yang diiklankan juga perlu selaras dengan kuota pelaksana yang sebenar, bagi memastikan setiap ibadah dilaksanakan secara individu dan tidak digabungkan secara tidak sah. Dengan cara ini, pewakil boleh menilai kredibiliti pakej yang ditawarkan dan yakin bahawa ibadah badal haji dilaksanakan dalam ruang lingkup syarak serta kemampuan realistik pelaksana. Akses Langsung Pewakil kepada Pelaksana Pewakil sewajarnya diberikan akses maklumat lengkap berhubung pelaksana badal haji, termasuk biodata asas, dokumen pengesahan rasmi seperti pasport, iqama atau permit haji, serta rekod pengalaman terdahulu. Di samping itu, pewakil perlu diberi peluang untuk berhubung secara langsung dengan pelaksana sebelum ibadah dijalankan, sama ada melalui pertemuan fizikal, komunikasi maya, atau saluran rasmi yang disediakan agen. Akses ini bukan sahaja memperkukuh hubungan kepercayaan antara kedua-dua pihak, malah membolehkan pewakil menyampaikan doa, pesanan, atau niat khusus untuk dibacakan oleh pelaksana ketika wukuf di Arafah. Mekanisme sebegini penting bagi membina ketelusan, meningkatkan akauntabiliti, serta memastikan perkhidmatan badal haji benar-benar dilaksanakan berasaskan prinsip syariah dan nilai amanah. Kewajipan Penyediaan Bukti Dokumentasi Pelaksana hendaklah diwajibkan menyediakan bukti dokumentasi yang lengkap bagi setiap rukun dan wajib haji yang dilaksanakan. Dokumentasi ini sekurang-kurangnya dalam bentuk rakaman video dan gambar yang dihantar secara terus kepada pewakil sepanjang tempoh ibadah, terutamanya pada titik- titik kritikal seperti niat ihram, wukuf di Arafah, tawaf, sa‘i, mabit, dan melontar jamrah. Mekanisme dokumentasi ini berperanan menutup ruang keraguan, mengelakkan penipuan, serta menjadi instrumen pemantauan kendiri terhadap integriti pelaksana.Pelaksanaan cadangan ini bukan sahaja menjaga kesahihan akad wakalah, bahkan menepati maqasid syariah dalam aspek pemeliharaan agama (ḥifẓ al - dīn) dan harta (ḥifẓ al - māl) dengan melindungi pewakil daripada risiko eksploitasi. Regulasi dan Audit Pemantauan Institusi Berautoriti Bagi memastikan perkhidmatan badal haji dilaksanakan dengan telus, berintegriti, dan menepati syarak, pihak berautoriti seperti Tabung Haji, JAKIM, Jabatan Fatwa Negeri, dan Jabatan Agama Negeri perlu menggubal satu kerangka regulasi rasmi yang menyeluruh. Kerangka ini hendaklah mewajibkan pendaftaran rasmi di bawah pihak berautoriti agama bagi semua individu yang bertindak sebagai agen atau syarikat penyedia perkhidmatan badal haji. Langkah ini penting bagi memastikan setiap pelaksana berada dalam kawalan dan pemantauan, sekali gus mengelakkan penipuan serta penyalahgunaan atas nama ibadah. Penawaran perkhidmatan badal haji tanpa permit yang sah pula perlu dikuatkuasakan sebagai satu kesalahan undang-undang agama. Mekanisme audit berkala juga wajar diperkenalkan untuk menilai pematuhan pelaksana terhadap garis panduan syarak dan pentadbiran, termasuk semakan bukti dokumentasi ibadah, rekod kewangan, serta kesahihan permit haji. Selaras dengan perkembangan teknologi, pihak berkuasa boleh membangunkan sistem pemantauan bersepadu melalui pangkalan data digital atau aplikasi rasmi bagi menjejaki

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=