E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)
MANASIK2025 Putrajaya, Malaysia, 7-8 Oktober 2025 435 Perbahasan ini menuntut pembezaan antara dua kategori utama pelaksana, iaitu petugas rasmi haji dan individu persendirian. Petugas rasmi yang berada di Tanah Haram atas tugasan biasanya tidak menanggung kos asas seperti permit atau penginapan kerana segala keperluan disediakan oleh pihak berkuasa. Malah, mereka turut menerima elaun atau imbuhan sepanjang tempoh bertugas. Dalam konteks ini, pelaksanaan badal haji oleh petugas rasmi tidak menambah beban kewangan yang ketara. Sebaliknya, bagi individu persendirian yang bukan dalam kategori petugas, mereka perlu menanggung sendiri kos permit, penginapan, pengangkutan, serta sara hidup sepanjang tempoh ibadah haji yang minimum bermula 9 Zulhijjah hingga 12 Zulhijjah (nafar awal) atau 13 Zulhijjah (nafar thani). Oleh itu, kadar di bawah RM5,000 adalah tidak munasabah sama sekali bagi golongan ini, melainkan pelaksanaan dilakukan tanpa permit sah atau melalui saluran yang meragukan. Situasi sebegini turut dibangkitkan oleh salah seorang informan (Informan 3), yang mengaitkannya dengan kemungkinan wujudnya scammer atau pelaksanaan secara tidak telus. Dapatan juga menunjukkan bahawa kadar kos yang dikenakan kepada pelanggan melalui agen di Malaysia berada dalam lingkungan RM5,000 hingga RM10,000, dengan variasi bergantung pada bentuk urusan dan tahap keterlibatan perantara. Ada agen yang menetapkan kadar RM8,000 tanpa mengambil sebarang komisyen (Informan 2), manakala ada yang mengenakan kadar minimum RM10,000 dengan komisyen bergantung pada persetujuan antara agen dan pelaksana (Informan 3). Terdapat juga agen yang tidak mengambil komisyen kerana hanya membantu rakan dari Patani yang terlibat dalam pengurusan jemaah Malaysia (Informan 4), serta agen yang menetapkan kadar RM7,000 – RM8,000 dengan pandangan bahawa komisyen tidak lebih RM500 adalah munasabah (Informan 7). Walau bagaimanapun, kadar serendah RM5,000 (Informan 5) dianggap janggal berbanding kos sebenar haji semasa, melainkan dilaksanakan dalam keadaan tertentu yang menimbulkan keraguan. Implikasi dapatan ini memperlihatkan bahawa isu kadar upah badal haji bukan sekadar soal ekonomi, tetapi turut menyentuh aspek kesahan syarak, integriti pelaksana, dan pemeliharaan maqasid syariah. Tawaran kadar rendah menimbulkan keraguan terhadap kemampuan pelaksana menampung kos sebenar, sekali gus membuka ruang kepada penyelewengan seperti pelaksanaan ibadah tanpa permit, pengabaian rukun atau wajib haji, serta pelaksanaan berganda untuk ramai pewakil dalam satu musim. Keadaan ini jelas bertentangan dengan maqasid al-shariah, khususnya prinsip ḥifẓ al - dīn (pemeliharaan agama) dan ḥifẓ almāl (pemeliharaan harta), kerana ia bukan sahaja menjejaskan kesahihan ibadah, bahkan mengeksploitasi pewakil melalui janji yang tidak dapat dipenuhi secara sah. Oleh itu, penetapan kadar upah yang realistik dan selari dengan kos semasa merupakan prasyarat asas bagi menjamin ketelusan, keberterimaan syarak, serta kelestarian amalan badal haji pada masa kini. Bukti Pelaksanaan dan Isu Amanah Mekanisme pembuktian pelaksanaan badal haji merupakan aspek penting dalam menilai tahap amanah dan ketelusan. Berdasarkan dapatan kajian, semua informan menyatakan bahawa mereka menerima akad wakalah secara langsung daripada keluarga atau pewakil tanpa melalui orang tengah. Keadaan ini menunjukkan bahawa hubungan tersebut berasaskan kepercayaan peribadi pewakil terhadap kemampuan dan amanah pelaksana. Oleh itu, bukti pelaksanaan seperti sijil, gambar, atau rakaman video lebih berperanan sebagai pengukuh keyakinan, bukannya syarat mutlak penerimaan. Ada pelaksana yang hanya menyediakan bukti bergambar atau video ringkas di beberapa lokasi ibadah (Informan 1, 5, 6), manakala yang lain merakam keseluruhan rukun dan wajib haji dengan lebih menyeluruh (Informan 2, 3, 4, 7). Situasi ini berbeza apabila akad dilaksanakan melalui pihak ketiga atau agen yang tidak mempunyai hubungan langsung dengan pewakil. Dalam kes sedemikian, pewakil lazimnya tidak mengenali pelaksana, menyebabkan tuntutan terhadap bukti yang terperinci menjadi lebih mendesak. Dapatan kajian menunjukkan terdapat agen yang memberikan jaminan melalui video langsung ketika ibadah berlangsung (Informan 2), atau menyediakan video dan gambar lengkap di semua lokasi utama (Informan 3, 4, 7). Namun, ada juga agen yang hanya memberikan sijil atau video ringkas (Informan 5), suatu amalan yang membuka ruang kepada keraguan. Hal ini sejajar dengan sorotan literatur yang
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=