E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)
MANASIK2025 Putrajaya, Malaysia, 7-8 Oktober 2025 434 METODOLOGI Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan kaedah temu bual separa berstruktur. Reka bentuk ini dipilih kerana isu pelaksanaan badal haji melibatkan pengalaman peribadi, kefahaman hukum, serta cabaran praktikal yang tidak dapat digarap sepenuhnya melalui soal selidik kuantitatif. Pendekatan temu bual memberi ruang kepada pengkaji untuk mendapatkan jawapan yang lebih terperinci, kontekstual, dan mendalam daripada responden. Pengumpulan data dilakukan melalui dua bentuk temu bual: Temu bual bersemuka/atas talian – bagi responden yang dapat dihubungi secara langsung. Temu bual bertulis (written interview) – soalan dikemukakan lebih awal dan dijawab oleh responden secara bertulis. Pendekatan ini dipilih bagi menyesuaikan dengan kekangan masa, lokasi, serta peranan responden yang berada di Malaysia dan Tanah Suci. Walaupun terdapat variasi bentuk pelaksanaan, kedua-duanya tetap mengekalkan sifat temu bual kualitatif kerana membolehkan responden memberikan jawapan terbuka berdasarkan pengalaman sebenar mereka. Sebanyak tujuh orang informan dipilih melalui kaedah persampelan bertujuan ( purposive sampling ), kerana mereka mempunyai pengalaman langsung dalam pelaksanaan badal haji, sama ada sebagai pelaksana, petugas haji, atau pihak yang pernah menguruskan akad. Senarai informan adalah seperti berikut: Informan 1: Bekas Pelajar Universiti Umm al- Qurā, Makkah Informan 2: Petugas Haji Warganegara Malaysia Informan 3: Individu Persendirian Warga Malaysia Informan 4: Bekas Pelajar Universiti Islam Umm al- Qurā Informan 5: Petugas Haji Warganegara Malaysia • Informan 6: Petugas Haji Warganegara Malaysia • Informan 7: Petugas Haji Warganegara Malaysia Panduan temu bual disusun berdasarkan objektif kajian dengan menekankan enam aspek utama: pengalaman informan dalam pelaksanaan badal haji persepsi terhadap kadar upah yang munasabah bentuk bukti yang lazim digunakan untuk meyakinkan pewakil atau waris bentuk penyelewengan atau salah guna yang pernah berlaku cadangan penambahbaikan sistem pelaksanaan agar lebih telus dan selari dengan prinsip syariah ANALISA DAN DAPATAN KAJIAN Bentuk Upah dan Kadar Semasa Hasil temu bual menunjukkan bahawa bentuk upah bagi pelaksanaan badal haji kebanyakannya diterima secara langsung daripada pihak pewakil tanpa melalui perantara. Dari sudut kadar pula, dapatan memperlihatkan variasi yang ketara mengikut tahun dan status pelaksana. Pada tahun-tahun terdahulu, kadar upah berada sekitar RM3,500 (2011), manakala kadar semasa mencatatkan peningkatan sehingga RM12,000 (2025). Perubahan ini mencerminkan realiti kos ibadah haji yang semakin meningkat, seiring dengan laporan bahawa harga minimum permit haji bagi penduduk tempatan di Arab Saudi sahaja telah mencecah SR10,000 (sekitar RM11,300), tidak termasuk kos pengangkutan, penginapan, makanan, dan keperluan lain (MalaysiaGazette, 2025; Tabung Haji, 2025). Justeru, hampir semua informan bersepakat bahawa kadar di bawah RM5,000 pada masa kini tidak lagi munasabah, bahkan dianggap sebagai satu bentuk penganiayaan terhadap pelaksana (Informan 1, 2, 4, 5, 6, 7).
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=