E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)
MANASIK2025 Putrajaya, Malaysia, 7-8 Oktober 2025 430 Hadis-hadis ini menjadi dasar bagi ulama dalam membolehkan individu yang mengalami ketidakmampuan kekal untuk menyempurnakan ibadah haji melalui perwakilan. Badal Haji Wajib bagi yang telah meninggal dunia Sesiapa yang meninggal dunia dalam keadaan belum menunaikan haji yang telah diwajibkan ke atasnya, maka kewajipan tersebut tetap kekal dalam tanggungannya. Oleh itu, haji wajib dilaksanakan bagi pihaknya melalui harta pusaka yang ditinggalkan, kerana ia di anggap sebagai “hutang” yang mesti diselesaikan terlebih dahulu sebelum pembahagian faraid. Hal ini selaras dengan kaedah fiqh bahawa hutang terhadap Allah SWT lebih utama untuk ditunaikan berbanding hutang sesama manusia (al- Nawawī, 2000; Ibn Mufliḥ, 2000 ). Kewajipan ini berlaku sama ada si mati pernah berwasiat atau tidak. Walau bagaimanapun, jika si mati tidak meninggalkan sebarang harta, maka tidak wajib bagi waris menunaikan haji tersebut. Namun, para ulama menyatakan bahawa adalah disunatkan bagi waris untuk menunaikan haji bagi pihak si mati sebagai bentuk kebaktian dan penghormatan terhadap tanggungjawab agama yang belum tertunai (alNawawī, 2000; Ibn ʿUthaymīn, 2002). Pandangan ini merupakan pendirian mazhab al- Syāfiʿī (al - Nawawī, 2000), al - Ḥanābilah (al - Bahūtī, 1999), dan al- Ẓāhiriyyah (Ibn Ḥazm, 2001). Ia turut disokong oleh sekumpulan ulama Salaf termasuk Ibn ʿAbbās, Abū Hurayrah RA, al - Ḥasan al - Baṣrī, Ṭāwūs, al - Awzāʿī, Sufyān al - Thawrī, Muḥammad ibn ʿAbd alRaḥmān ibn Abī Laylā, Abū Thawr dan Isḥāq ibn Rāhawayh (al - Nawawī, 2000; Ibn Ḥazm, 2001). Dalil keharusan ini ditegaskan melalui hadis sahih, antaranya riwayat Muslim daripada ʿAbd Allah ibn Buraydah bahawa seorang wanita bertanya kepada Nabi SAW tentang ibunya yang meninggal dunia dalam keadaan masih berhutang puasa dan haji. Baginda SAW membenarkannya menunaikan kedua- duanya bagi pihak ibunya. Demikian juga hadis riwayat al- Bukhārī daripada Ibn ʿAbbās RA berkenaan seorang wanita dari suku Juhainah yang ibunya meninggal dunia sebelum sempat menunaikan haji nazar. Nabi SAW bersabda: ا مِن جُهينةَ جاءت إلى النب يِ صلهى اللهُ عليه وسلهم، فقالت: إ هن أ مِي نذ رََ عنِ ابنِ ع هباس رَضِيَ اللهُ عنهما: ))أ هن امرأة َتْ أن تحُ هج، فلم تحُ هج حتى ماتتْ، أفأحُج عنها؟ قال: نعم، حُ جِي عنها، أرأيتِ لو كان على أ مِكِ ديَن أكنتِ قاضِيَتهَ؟ اقضُوا الله؛ فاللهُ أحق بالوفا ءِ Daripada Ibn ‘Abbās RA, beliau berkata: "Seorang wanita daripada suku Juhainah datang kepada Nabi SAW lalu berkata: ‘Sesungguhnya ibuku telah bernazar untuk menunaikan haji, tetapi dia belum sempat menunaikannya sehingga dia meninggal dunia. Bolehkah aku m enunaikan haji bagi pihaknya?’ Baginda SAW menjawab: ‘Ya, tunaikanlah haji bagi pihaknya. Bagaimana pendapatmu sekiranya ibu kamu berhutang, adakah kamu akan melunaskannya? Tunaikanlah hak Allah, kerana sesungguhnya Allah lebih berhak untuk dilunaskan hak- Nya’” (Hadith riwayat al - Bukhārī). Meskipun hadis ini secara zahir merujuk kepada haji nazar, ulama menegaskan bahawa ia lebih utama diaplikasikan kepada haji fardu, kerana kewajipan haji fardu lebih besar kedudukannya. Di samping itu, penyamaan haji dengan hutang manusia menunjukkan bahawa kewajipan haji tidak gugur dengan kematian, sebaliknya berpindah menjadi kewajipan waris untuk menyelesaikannya daripada harta pusaka si mati (alShinqīṭī, 1995; al - Māwardī, 1999).
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=