E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)

MANASIK2025 Putrajaya, Malaysia, 7-8 Oktober 2025 429 kewangan. Pandangan ini menjadi pendirian mazhab al- Syāfi‘ī (al - Nawawī, 2000; al - Sharbīnī, 2003) dan al- Ḥanbalī (Ibn Qudāmah, 1997; al - Bahūtī, 2003), serta merupakan riwayat daripada Abū Ḥanīfah dengan sokongan sebahagian sahabatnya (al- Sarkhasī, 2002; al - Ḥumām, 2003). Malah, tokoh Salaf seperti ‘Alī bin Abī Ṭālib, al - Ḥasan al - Baṣrī, Sufyān al - Thawrī, dan Ibn al - Mubārak turut berpandangan demikian (al- Nawawī, 2000). Dalam konteks fiqh, ulama mazhab Syafi‘i membahagikan individu yang tidak mampu menunaikan haji kepada dua kategori utama iaitu ketidakmampuan sementara, seperti sakit yang berpotensi sembuh atau keuzuran sementara. Dalam kes ini, individu perlu menunggu sehingga sihat untuk menunaikan haji sendiri. Kategori kedua Adalah ketidakmampuan kekal, seperti usia lanjut atau penyakit kronik yang tidak mempunyai harapan sembuh. Dalam situasi ini, individu dikategorikan sebagai ma‘ḍūb dan boleh mewakilkan haji kepada orang lain (al-Nawawi, 2000). Mazhab al- Syāfi‘ī membahagikan ketidakmampuan kepada dua: (i) ketidakmampuan sementara, seperti sakit yang berpotensi sembuh, di mana individu wajib menunggu sehingga pulih untuk menunaikan haji sendiri; dan (ii) ketidakmampuan kekal, seperti usia lanjut atau penyakit kronik yang tidak mempunyai harapan sembuh, di mana individu tersebut dikategorikan sebagai ma‘ḍūb dan boleh mewakilkan hajinya (al- Nawawī, 1347H). Imam al - Nawawī menyenaraikan ciri -ciri ma‘ḍūb termasuk kelemahan kekal, penyakit kronik, ketidakmampuan duduk tegak di atas tunggangan tanpa kesukaran berat, atau risiko kesihatan serius ketika menunaikan haji. Ibn Qudāmah (1997) turut menyokong perincian ini dengan menekankan bahawa halangan fizikal kekal seperti zamānah (kelemahan tubuh) atau usia lanjut yang uzur menjadi alasan syar‘i bagi pelaksanaan badal haji. Ibn Ḥazm (1984) menegaskan bahawa jika seseorang mampu melantik wakil sama ada dengan upah atau secara sukarela, maka dia dianggap mustatī‘ . Ibn Hajar al- ‘Asqalānī (2019) pula menekankan bahawa syarat keharusan badal haji ialah uzur kekal seperti usia tua atau penyakit kronik, manakala mereka yang berpotensi sembuh tidak dibenarkan menggunakan wakil. Ulama kontemporari seperti Ibn ‘Uthaymīn (2000) dan Ibn Bāz (2001) turut menegaskan bahawa individu yang tidak mampu dari sudut fizikal tetapi berkemampuan dari aspek kewangan wajib mewakilkan orang lain bagi menunaikan haji fardu. Amalan ini disokong oleh dalil daripada hadis sahih, antaranya hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim: َ قاَلَتْ: ياَ رَسُولَ هاللِ، إ هنِ أبَيِ أدَرَْكَهُ الْفَ رِ اَ مِنْ خَثعْم عَنْ عَبْدِ هاللِ بْنِ عَ هباس، أ هنَ امْرَأة لََ يَسْتطَِيعُ أنَْ يَثْبتَُ يضَةُ وَهُوَ شَيْخ كَبِير عَلىَ ال هراحِلَةِ، أفَأَحَُج عَنْه؟ُ قاَلَ: نعَمَْ Dari Abdullah bin Abbas RA, seorang wanita dari Bani Khath‘am berkata: "Wahai Rasulullah, ayahku telah terkena kewajiban haji, namun ia sudah tua renta dan tidak mampu duduk tegak di atas kendaraan. Bolehkah aku menghajikannya?" Nabi menjawab: "Ya, hajikanlah dia ." (HR. Al-Bukhari, no. 1513; Muslim, no. 1334) Hadis ini menunjukkan bahawa individu yang sudah diwajibkan haji tetapi mengalami ketidakmampuan fizikal secara kekal boleh dihajikan oleh orang lain. Selain itu, Hadis lain yang turut menyokong konsep badal haji ialah: عَنْ أبَيِ رَزِين قاَلَ: قلُْتُ: ياَ رَسُولَ هاللِ، إ هنِ أبَيِ شَيْخ كَبِير لََ يَسْتطَِيعُ الْحَ هج وَلََ الْعمُْرَةَ وَلَ ال هظعْنَ، قاَلَ: حُ هج عَنْ أبَِيكَ وَاعْتمَِرْ “Aku berkata, ‘ Wahai Rasulullah, sesungguhnya ayahku sudah sangat tua, ia tidak mampu melakukan haji, umrah, atau bepergian jauh.’ Maka Nabi bersabda: ‘Hajikanlah dan umrahkanlah dia .’" (HR. Abu Dawud, no. 1810; At-Tirmidzi, no. 930- dinilai sahih oleh Al-Albani)

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=