E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)
MANASIK2025 Putrajaya, Malaysia, 7-8 Oktober 2025 428 pelaksanaan haji melalui wakalah atau penggantian yang dikenali sebagai badal haji. Konsep ini mempunyai asas yang kukuh dalam nas- nas sahih, antaranya hadis Ibn ‘Abbās RA yang diriwayatkan oleh al- Bukhārī dan Muslim mengenai seorang wanita yang menunaikan haji bagi ibunya yang telah meninggal dunia. Justeru, badal haji diiktiraf sebagai mekanisme syarak untuk memastikan mereka yang tidak mampu secara fizikal atau telah meninggal dunia tetap mendapat peluang meraih ganjaran haji melalui pelaksana yang sah dan memenuhi syarat-syarat tertentu. Namun, dalam konteks semasa, amalan badal haji telah berubah daripada ibadah sukarela kepada suatu bentuk perkhidmatan berbayar yang dikendalikan oleh agensi, individu, atau entiti tertentu. Fenomena komersialisasi ini semakin ketara dengan wujudnya tawaran melalui media sosial dan platform digital, yang menimbulkan persoalan besar berkaitan integriti, etika, dan ketelusan pelaksanaan. Antara isu yang muncul ialah tawaran upah pada kadar tidak munasabah, ketiadaan dokumentasi sahih atau bukti pelaksanaan, serta tahap kesedaran awam yang rendah terhadap prosedur sebenar ibadah ini. Keadaan ini membuka ruang kepada penipuan, pengabaian amanah, serta eksploitasi atas nama agama. Lebih membimbangkan, dalam banyak keadaan, pewaris atau pelanggan tidak mengetahui identiti sebenar pelaksana, prosedur pelaksanaan, atau tahap pematuhan terhadap hukum syarak, sekali gus menimbulkan krisis kepercayaan dalam kalangan masyarakat Muslim. Situasi ini menuntut penelitian semula terhadap pelaksanaan badal haji melalui kerangka Maqasid alShariah, khususnya dari aspek pemeliharaan agama (ḥifẓ al - dīn), perlindungan harta (ḥifẓ al - māl), penjagaan maruah (ḥifẓ al - ʿirḍ), serta peneguhan prinsip ama nah dalam melaksanakan ibadah. Sehubungan itu, kajian ini bertujuan: (i) menganalisis secara kritis isu-isu semasa dalam perkhidmatan badal haji berdasarkan perspektif hukum Islam; dan (ii) mencadangkan kerangka pelaksanaan yang berpaksikan prinsip Maqasid al-Shariah dengan menekankan keabsahan, ketelusan, dan akauntabiliti dalam pengurusan ibadah ini. SOROTAN LITERATUR Badal Haji Wajib bagi yang masih hidup Ibadah haji merupakan salah satu daripada lima rukun Islam yang wajib ditunaikan oleh setiap Muslim yang memenuhi syarat istitha‘ah (kemampuan). Dalam Surah Ali ‘Imran ayat 97, Allah SWT berfirman: ۭ ۚ وَمَن كَفَرَ فَإَه ن ٱ هلَلَ غَنَىّ عَنَ ٱلْ وَ هلََلَ عَلَى ٱلنهاسَ حَجّ ٱلْبَيْتَ مَنَ ٱسْتطََاعَ إلََيْهَ سَبَيال عَ لمََي نَ "Dan (di antara) kewajiban manusia terhadap Allah adalah melaksanakan haji ke Baitullah, (yaitu) bagi orang yang mampu mengadakan perjalanan ke sana. Barang siapa mengingkari (kewajiban haji), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) dari seluruh alam." (Ali ‘Imran: 97). Ayat ini menegaskan bahawa kemampuan ( istitha‘ah ) menjadi syarat utama bagi kewajiban haji. Namun, terdapat individu yang berhadapan dengan ketidakmampuan fizikal seperti usia lanjut dan penyakit kronik yang tiada harapan sembuh, sehingga menghalang mereka daripada menunaikan ibadah secara langsung (Ibn Qudamah, 1997; An-Nawawi, 2000). Dalam situasi ini, badal haji atau haji secara wakil muncul sebagai mekanisme penting bagi memastikan kewajipan tetap terlaksana. Ulama sepakat bahawa individu yang masih sihat tubuh badan tidak boleh mewakilkan haji fardu kepada orang lain (al-Mawwaq, 2000; Ibn al- Mundhir, 2000; Ibn Qudāmah, 1997). Ibn Hajar al - ‘Asqalānī (2019) menegaskan bahawa wakil hanya sah apabila terdapat uzur syar‘i seperti kematian atau kecacatan kekal. Oleh itu, mereka yang sakit dengan peluang sembuh, individu yang dipenjara sementara, atau fakir yang mungkin berkemampuan di masa hadapan tidak termasuk dalam keharusan ini. Prinsip asalnya ialah kewajipan haji mesti ditunaikan sendiri oleh individu yang berkemampuan. Sebaliknya, bagi individu yang mengalami ketidakmampuan kekal seperti usia lanjut atau penyakit kronik, ulama mewajibkan pelantikan wakil sekiranya individu tersebut mempunyai kemampuan
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=