E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)

MANASIK2025 Putrajaya, 7-8 Oktober 2025 42 (1995) dalam al-targhib wa al-tarhib menghimpunkan ayat-ayat dan hadis yang memberi dorongan serta peringatan, menegaskan bahawa kedua-duanya tidak boleh dipisahkan. Al- Ghazali dalam Ihya’ Ulum al -Din menyatakan bahawa hati manusia cenderung berubah-ubah antara harapan dan ketakutan (Al-Ghazali, 2001). Oleh itu, dakwah berkesan perlu merangsang kedua-dua emosi tersebut. Ibn Qayyim al-Jawziyyah pula menekankan bahawa harapan tanpa takut akan menimbulkan sikap lalai, manakala takut tanpa harapan akan melahirkan putus asa Dalam konteks haji wanita, keseimbangan ini sangat relevan. Dorongan (targhib) diperlukan untuk memotivasikan jemaah wanita mengatasi cabaran fiqh, kesihatan, dan psikososial. Manakala peringatan (tarhib) diperlukan untuk memastikan mereka tidak mengambil ringan terhadap syarat, rukun, dan adab haji. Relevansi dengan Matlamat Haji Mabrur Gabungan targhib dan tarhib sejajar dengan visi haji mabrur, iaitu haji yang diterima Allah dan membuahkan perubahan akhlak. Haji mabrur tidak hanya diukur melalui ritual, tetapi juga melalui kesan moral selepas pulang dari tanah suci. Seperti hadis Rasulullah SAW: “Haji mabrur itu tiada balasan baginya kecuali syurga.” (Riwayat al -Bukhari dan Muslim). Hadis ini sekaligus memberi targhib (dorongan) untuk mencapai haji mabrur, serta tarhib (peringatan) agar tidak lalai dalam melaksanakan ibadah dengan sempurna. Dorongan ini amat berkait rapat dengan akidah seseorang dalam pelaksanaan ibadah sepanjang berada di tanah suci. Rajah 1 Elemen Akidah Islam Sumber: al-Humaydi 1997; Ibn Hanbal 2010. Al-Humaydi (1997) dan Ibn Hanbal (2010) mengetengahkan satu elemen akidah iaitu iman bertambah dan berkurang. Oleh itu, pendekatan dakwah dalam memantapkan akidah amat penting dalam memastikan keimanan sentiasa bertambah sebagaimana pandangan sarjana Islam. Dalam konteks haji, dakwah bukan sekadar penyampaian ilmu, tetapi turut berfungsi sebagai bimbingan AKIDAH Hati Amal Bertambah dan Berkurang Lisan

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=