E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)

MANASIK2025 Putrajaya, 7-8 Oktober 2025 41 sesiapa di antara kamu sakit atau terdapat sesuatu yang menyakiti di kepalanya (lalu ia mencukur rambutnya), hendaklah ia membayar fidyah. Iaitu berpuasa, atau bersedekah, atau menyembelih Dam. Kemudian apabila kamu berada kembali dalam keadaan aman, maka sesiapa yang mahu menikmati kemudahan dengan mengerjakan Umrah, (dan terus menikmati kemudahan itu) hingga masa (mengerjakan) ibadat Haji, (bolehlah ia melakukannya kemudian wajiblah ia) menyembelih Dam yang mudah didapati. Kalau ia tidak dapat (mengadakan Dam), maka hendaklah ia berpuasa tiga hari dalam masa mengerjakan Haji dan tujuh hari lagi apabila kamu kembali (ke tempat masing-masing); semuanya itu sepuluh (hari) cukup sempurna. Hukum ini ialah bagi orang yang tidak tinggal menetap (di sekitar) masjid Al-Haraam (Makkah). Dan hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah; dan ketahuilah bahawasanya Allah Maha berat balasan seksaNya (terhadap orang- orang yang melanggar perintahNya) (al-Baqarah 2:196). Ayat ini memberi peringatan kepada jemaah haji agar melaksanakan ibadah dengan penuh disiplin syariat. Mengabaikan kewajiban atau mengambil mudah syarat-syarat haji boleh menyebabkan ibadah terbatal atau tidak sempurna. Selain itu, al- Qur’an juga menekanka n: Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya) Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya) (al- Zalzalah 99:7 – 8). Ayat ini mengingatkan bahawa setiap kelalaian kecil sekalipun akan diperhitungkan, termasuk dalam pelaksanaan haji. Dalam hadis, Rasulullah SAW pernah bersabda: “Barang siapa yang berhaji ke Baitullah, lalu dia tidak melakukan rafath dan fusuq, maka hajinya diterima. Barang siapa yang melakukan sebaliknya, maka dia hanya memperoleh kepenatan dan keletihan.” (Riwayat Ahmad). Hadis ini menjadi amaran (tarhib) bahawa jika haji dilakukan tanpa adab dan disiplin, maka ganjaran haji mabrur tidak akan dicapai. Pandangan Ulama tentang Targhib wa Tarhib Kalangan sarjana Islam, Ibn Zanjawayh 251H (1986) antara sarjana silam yang menggunakan motivasi targhib dalam kitabnya “ Kitab al-Amwal ”. Targhib atau galakan dalam konteks amalan bersedekah walaupun dalam keadaan harta yang sedikit di beri penekanan oleh beliau dalam satu bab khusus iaitu “ Bab al-Targhib fi Juhdi al-Muqil ”. Kelebihan bersedekah memberikan motivasi dan galakan kepada semua golongan termasuk orang yang mempunyai sedikit harta. Terdapat juga bab khusus berkaitan haji dan umrah yang dikarang oleh para ulama silam dalam meningkatkan ketakwaan para jemaah melaksanakan ibadah haji ke arah satu matlamat, iaitu haji mabrur. Imam Ghazali juga meletakkan satu bahagian yang khusus berkaitan dengan targhib dan tarhib . Fasal ini dinamakan dengan Motivasi dan Faktor Pendorong untuk Beribadat “ Usul Suluk Tariq al-Khawf wa al- R aja’” (al-Ghazali 2001). Motivasi dengan perasaan takut ( al-Khawf ) dan harapan ( al- Raja’ ). Dorongan dan motivasi menurut pandangan ulama perlu diambil perhatian dan diaplikasikan oleh para jemaah wanita dalam meningkatkan ketaatan dan melaksanakan ibadah sepanjang berada di tanah suci. Ini amat penting bagi setiap jemaah memandangkan peluang untuk menunaikan ibadah haji ini perlu digunakan sepenuhnya dengan mempelbagaikan ibadah-ibadah sampingan yang lain. Ulama klasik banyak menulis tentang pentingnya keseimbangan antara targhib dan tarhib. Al-Mundhiri

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=