E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)

MANASIK2025 Putrajaya, 7-8 Oktober 2025 43 kerohanian, motivasi, dan sokongan psikososial. Dakwah kepada jemaah wanita perlu bersifat inklusif dan peka gender, serta menekankan aspek praktikal ibadah. Pendekatan targhib wa tarhib merupakan salah satu kaedah yang sesuai kerana ia merangkumi dua dimensi utama. Isu-isu ibadah haji wanita bukan sahaja bersifat fiqh, tetapi juga berkaitan kesihatan, keselamatan, psikososial, dan teknologi. Kesemua cabaran ini menuntut pendekatan dakwah yang menyeluruh, bukan sekadar penyampaian ilmu tetapi juga sokongan praktikal. Di sinilah pendekatan Targhib wa Tarhib memainkan peranan penting, kerana ia mampu memberi dorongan rohani, peringatan disiplin, serta membentuk ketahanan emosi dan fizikal jemaah wanita. Ia secara tidak langsung membantu mengurus emosi jemaah wanita dengan memberi harapan ketika berhadapan cabaran biologi seperti masalah haid, keletihan, kesihatan disamping menguatkan disiplin ibadah dengan peringatan agar tidak lalai dalam menjaga aurat, kesihatan, dan adab. Seterusnya dapat menghubungkan ajaran al- Qur’an dan hadis dengan realiti kontemporari seperti media sosial, logistik haji moden, dan sokongan psikologi. Cadangan Berdasarkan dapatan kajian, beberapa cadangan berikut pelu diambil penekanan dan dimplementasikan oleh pihak yang berautoriti antaranya; pengukuhan Modul Bimbingan Haji, Latihan Khusus untuk Pembimbing Ibadat Haji, pendekatan digital dan media sosial, penerapan dalam pengurusan haji di tanah suci seterusnya penyelidikan lanjutan Bimbingan haji telah dilaksanakan secara berkala sejak di tanah suci lagi, Oleh itu perlunya modul pra-haji dan kursus lanjutan perlu mengintegrasikan elemen targhib wa tarhib secara seimbang, bukan sekadar fiqh ibadah. Dorongan dan peringatan harus disampaikan dengan pendekatan psikologi yang sesuai dengan sensitiviti wanita. Pembimbing ibadat haji juga perlu dilatih dalam kaunseling Islam, psikologi emosi, dan komunikasi dakwah agar lebih berkesan dalam memberi sokongan spiritual dan praktikal. Memandangakan penggunaan AI semakin luas dalam kalangan masyarakat, platform digital yang digunakan untuk bimbingan haji perlu mengandungi kandungan targhib (motivasi, kisah teladan, janji syurga) dan tarhib (peringatan tentang kelalaian, dosa riak) dalam bentuk yang mudah difahami oleh generasi muda. Platform ini amat penting bagi jemaah untuk akses dan sentiasa mengingati maqasid manasik haji. Pihak Tabung Haji dan pengurusan muassasah boleh memanfaatkan pendekatan ini dalam sesi tazkirah harian, majlis ilmu, serta peringatan kolektif ketika ibadah utama seperti wukuf, tawaf, dan melontar jamrah. Akhir sekali, kajian lanjutan wajar dilakukan tentang kesan targhib wa tarhib ke atas tahap emosi, motivasi, dan disiplin jemaah wanita. Data empirikal ini penting untuk memperkukuh dasar pengurusan haji. Analisis ini membuktikan bahawa pendekatan dakwah targhib wa tarhib bukan sekadar teori klasik, tetapi sangat relevan dalam konteks haji wanita moden. Ia membantu mereka menghadapi cabaran fizikal, psikologi, dan sosial dengan harapan dan ketegasan. Tanpa targhib, semangat mereka mudah pudar; tanpa tarhib, disiplin mereka mudah longgar. Maka, keseimbangan dua pendekatan inilah yang menjamin keberhasilan ibadah ke arah haji mabrur . PENUTUP Kajian ini menegaskan bahawa pendekatan dakwah targhib wa tarhib merupakan strategi yang paling berkesan dalam menangani isu-isu ibadah haji wanita di tanah suci. Kedua-dua pendekatan ini saling melengkapi. Targhib memberi dorongan, motivasi, dan janji pahala untuk menanamkan semangat serta harapan dalam diri jemaah wanita. Ia membantu mereka melihat cabaran biologi, fizikal, dan emosi sebagai

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=