E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)
MANASIK2025 Putrajaya, 7-8 Oktober 2025 414 pantang larang dan amalan tertentu, menjadi cabaran utama yang menimbulkan kebimbangan kepada golongan mualaf. Sebagai contoh, Informan 1 menyatakan bahawa; “Perasaan mula -mula ialah takut tersalah langkah, kerana bimbang ibadah saya tidak sah kerana ilmu masih tidak cukup dan biasanyakursus umrah atau haji tidak cukup lagilah kalau first time pergi umrah atau mengerjakan haji.” Perkara ini jelas kerana tidak semua mualaf berpeluang mengikuti kursus umrah secara intensif, sama ada kerana kekangan masa, tempat atau kekurangan bahan rujukan yang sesuai untuk tahap pengetahuan mualaf. Hal ini menggambarkan realiti bahawa bimbingan khusus amat diperlukan agar mualaf lebih yakin dan tenang dalam melaksanakan ibadah umrah. 2. Masalah Kewangan Informan 2 dan 3 berkongsi perihal cabaran faktor kewangan menjadi halangan paling besar ketika menunaikan umrah atau haji. Ini kerana walaupun ditaja tetapi kadang-kadang terlepas pandang tentang keperluan lain seperti kos berulang-alik mengikuti kursus, membeli barang keperluan lain sebagai bekalan di Tanah Haram dan bekalan kewangan. “Kos umrah memanglah tinggi…sebagai mualaf yang baru memulakan kehidupan baru, saya tidak ada wang atau simpanan mencukupi,” Hal ini jelas bahawa bantuan daripada institusi zakat dan sumbangan sahabat Muslim yang prihatin, hasratnya untuk ke tanah suci mungkin tidak akan terlaksana. Hal ini menunjukkan betapa pentingnya sokongan kewangan berstruktur untuk membantu mualaf melaksanakan ibadah ini. 3. Sokongan Ahli Keluarga dan Masyarakat Cabaran lain yang dikongsikan oleh informan 3 adalah berhubung reaksi keluarga bukan Islam yang kurang faham perihal ibadah umrah dan haji. Menurut informan ini beliau menyatakan bahawa; “Keluarga saya pada mulanya tidak faham mengapa saya perlu ke Mekah. Ada yang marah, ada yang menuduh saya membazirkan wang. Saya rasa tertekan kerana tidak mendapat restu penuh...” Justeru, mualaf perlu mendapatkan sokongan daripada komuniti masjid dan sahabat seagama supaya dapat memberikan kekuatan emosi dan mental untuk meneruskan niat. Pengalaman ini menggambarkan kepentingan jaringan sosial bagi mualaf kepada masyarakat sekeliling. 4. Isu Penguasaan Bahasa Arab Informan 2 menceritakan cabaran dari sudut bahasa Arab ketika beliau menunaikan umrah, khususnya ketika bercakap dengan orang-orang Arab. “Saya tidak fasih bahasa Arab, doa -doa pun banyak yang saya tidak hafal. Kadang-kadang saya hanya ikut apa yang mutawwif sebut”…saya minta tolong pada Ustazlah… Kekangan bahasa ini menjadikan proses ibadah agak mencabar, terutama ketika berhadapan dengan arahan pihak berkuasa di Mekah dan Madinah. Namun, beliau mendapati panduan bergambar dan aplikasi mudah alih sangat membantu dalam memahami doa serta tertib ibadah.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=