E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)
MANASIK2025 Putrajaya, 7-8 Oktober 2025 413 Sebagai contoh, dalam laporan media kerajaan tempatan, terdapat inisiatif menaja umrah untuk mualaf kategori asnaf agar mereka dapat mendalami Islam secara lebih menyeluruh. Sokongan eksternal dari NGO atau kerajaan adalah sangat diperlukan agar mualaf tidak terbeban dari segi kos pakej, pengangkutan, penginapan dan keperluan perjalanan ibadah. Tanpa sokongan sebegini, bahkan jika mereka mempunyai niat, kemampuan fizikal dan pengetahuan mungkin tidak mencukupi untuk melaksanakan ibadah umrah atau haji dengan sempurna (Kosmo, 2024). Dalam literatur fiqh terkini di Malaysia, konsep al- taysīr (keringanan) telah dibincangkan dalam konteks pelaksanaan haji dan umrah melalui keputusan muzakarah haji kebangsaan. Kajian “Aplikasi Al -Taysir Dalam Ibadat Haji dan Umrah Berdasarkan Keputusan Muzakarah Haji Kebangsaan” meneliti bagaimana Islam memberikan kelonggaran yang sesuai dengan kemampuan individu (mslahah) dan keadaan kesukaran (mashaqqah) dalam memenuhi kewajipan ibadah. Bagi mualaf, yang mungkin baru dalam aspek fizikal, kewangan atau kultural berkaitan ibadah, kefahaman terhadap prinsip al-tay sīr adalah penting agar mereka tidak merasa tertekan atau putus asa apabila menghadapi batasan tertentu (Jusoh, W. A., et.al . 2021). Selain aspek pendidikan dan kewangan, pembentukan identiti Muslim yang kukuh dan kesiapsiagaan spiritual/psikologi bagi mualaf adalah penting agar ibadah haji dan umrah bukan sahaja ritual luaran tetapi pengalaman rohani yang menyeluruh. Kajian “Challenges of Muallaf in Building Muslim’s Identity in Malaysia” memperlihatkan bahawa mualaf menghadapi konflik identiti, terutama apabila latar belakang budaya dan keluarga tidak seiring dengan tuntutan agama baru mereka. Tambahan pula, aspek psikologi seperti rasa kurang yakin, ketidakfahaman tentang tatacara ibadah, dan kekurangan sokongan komuniti menambah beban mental yang boleh menjejaskan pengalaman ibadah. Sorotan literatur terhadap kajian-kajian berkaitan pengalaman umrah selepas ibadah (contoh dalam konteks wanita) turut menunjukkan bahawa persiapan mental dan spiritual adalah modal penting untuk memaksimumkan manfaat ibadah dan mengukuhkan rasa keimanan dan kekitaan (Shifa 2024). METODOLOGI PENYELIDIKAN Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan kaedah temu bual separa berstruktur bagi mendapatkan data yang mendalam tentang pengalaman mualaf menunaikan ibadah umrah dan haji. Pendekatan ini dipilih kerana ia membolehkan penyelidik meneroka pengalaman peribadi, cabaran, serta persepsi informan secara lebih holistik dan kontekstual. Temu bual dilaksanakan secara bersemuka menggunakan panduan soalan temu bual yang dibangunkan berdasarkan objektif kajian dan berpandukan kajian-kajian lepas. Perbualan dirakam dengan kebenaran informan dan seterusnya ditranskripsikan verbatim untuk dianalisis secara tematik. Sampel kajian terdiri daripada enam orang informan yang dipilih melalui kaedah persampelan berfokus ( purposive sampling ), dengan kriteria utama ialah mualaf yang pernah menunaikan ibadah umrah atau haji. Pemilihan ini bertujuan mendapatkan pandangan daripada peserta yang benar-benar mempunyai pengalaman relevan dan boleh memberikan maklumat yang kaya berkaitan persediaan, cabaran dan impak spiritual selepas ibadah. Data dianalisis menggunakan analisis tematik bagi mengenal pasti pola, konsep utama dan cadangan penambahbaikan yang boleh dimanfaatkan oleh institusi Islam dalam membantu mualaf menunaikan ibadah umrah dan haji pada masa akan datang. ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN Hasil daripada temu bual yang dijalankan bersama enam (6) orang informan kajian maka terdapat beberapa cabaran dan pengalaman kepada mualaf ketika melaksanakan umrah atau haji. Antaranya ialah; 1. Kekurangan Ilmu Berkaitan Umrah/Haji Menurut informan kajian, kefahaman terhadap rukun umrah yang kompleks, melibatkan banyak syarat,
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=